BAHAGIAN 2 (sambung) dari PART 1
Az Zumar : 23
Ellahu telah menurunkan sebaik-baik Al Hadiithi, kitab yang memiliki ayat-ayat mutasyaabihan (sinonim, persamaan, saling bersama, sisi yang sama, self-same, similar, sama dan serupa, berkait dengan rapat) dengan berulang-ulang
Al Qiyaama : 19
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungan Al Qur'aan
Al Israa : 89
Dan sesungguhnya Kami t'aelah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini dengan berbagai-bagai contoh perbandingan
Al Furqaan : 50
Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali memberi hujjah-hujjah dengan Al-Quran supaya mereka berfikir
Ar Rahmaan : 1 - 3
Yang Maha Pemurah, Dia sahajalah yang mengajar Al Quran - dan Dialah mencipta manusia - dan Dia sahajalah yang mengajar dan menjelaskannya
SOLAT, SOLU DAN SOLAWAT ADALAH SINONIM DI ANTARA SATU SAMA LAIN
>>> Solat, Salu dan Solawat adalah dari triliteral root word @ 3 kata akar "sad lam waw."
>>> Solat dan Solawat di sebut sebanyak 99 kali di dalam Al Qur'aan.
>>> Solataa ialah kata benda (noun - digunakan untuk menyatakan tentang satu perbuatan) di sebut sebanyak 83 kali di dalam Al Qur'aan.
>>> Solawat ialah (kata benda berjumlah lebih dari satu atau jamak yang di sebut Plural).
Maksud SOLAT di dalam bahasa Araabiyan Qur'aanan
>> Solataa > "contact prayer" > perhubungan yang rapat (close relationship) dengan Ellaha > menghubungi dan berkomunikasi dengan Ellaha melalui mekanisma solat. Communicate and exchange (in thoughts, feelings, emotion and awareness).
>> Solat 5 waktu > Qs 11 : 114 Fajr, Maghrib, Isya >> Qs 17 : 78 Zuhr >> Qs 2 : 238 Asr'.
Maksud SOLAWAT di dalam bahasa Araabiyan Qur'aanan
>> "Sollu" dan "solawat" membawa maksud yang sama mengikut konteks ayat yang di persembahkan >> "follow a duty or follow someone/something closely, patuh pada sesuatu tugas, perintah atau kewajipan atau ikut seseorang atau sesuatu dengan rapat. To follow closely the Truth."
>> Solawāti adalah ayat feminin yang membawa maksud, melaksanakan sesuatu dengan mengikut dengan rapat cara atau sifat seseorang. >> rapatkan diri > align dan sync diri, sepadan, sehaluan, seia sekata kepada sesuatu atau seseorang.
>> At Tawbah : 99 Mereka berbelanja untuk mendekatkan diri kepada Ellahi (Yunfiqu' inda'l-lahi) dan ikut dengan rapat cara dan sifat para Rasul-Nya (wa-solawāti l-rasūli) >> sangat berkait rapat, sync, selari, seia sekata, sepadan dan sehaluan dengan perintah pada Surah Al An'aam : 90
Al An'aam : 90
Mereka (Nabi-Nabi, Rasul-Rasul) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Ellaha, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka
Sinonim >> solawat dan Solaat
>> Al Baqara : 238
Beri perhatian, pelihara, jaga, lindungi >> guard, protect and preserve di atas (Haafizu’ Älaa) perhubungan, komunikasi solat dan rapatkan/hubungkan diri dengan menembusinya dengan mendalam, wujudkan perhubungan yang akrab, intim, dekati dengan erat dengan intensif (Es'Solawaati Wa Es’Solaatil' Wus'toa) dan (Wa) berdiri, bina, bangunkan, tegakkan, asaskan, dasarkan diri kamu (Quumu') pada ketaatan dan kesetiaan di hadapan Ellahi (Qaanitiin Lillahi)
>> Al Baqara : 157
Mereka yang (U'laaika) ikut di atas sifat dan cara mereka itu dengan rapat (Älai'him' Solawaatun) dan dari (Wa Min) Tuhan mereka (Rabbi-him') adalah rahmatNya (Rah'matun) > ikut dengan rapat cara dan sifat mereka yang mana? >> Al Baqara : 156 Mereka yang apabila musibah melanda, mereka berkata: "Sesungguhnya kami milik Ellahi dan sesungguhnya, kepadaNya kami kembali."
Solat dan Solawat adalah sinonim di antara satu sama lain dan bermaksud "berhubung/perhubungan/dekatkan diri" dengan mengikut dengan rapat cara dan sifat sepertimana para RasulNya (At Tawbah 9 : 99).
Haqiqat Makna SOLU YUSOLUNA Dari Petunjuk Araabiyan Al Qur'aanan
Al Ahzaab : 56
Sesungguhnya, Ellaha (Innallaha) dan (Wa) para Malaaikat-Nya (Malaaikata-hu) ikut dengan rapat ke atas (Yusolluuna Älaa) para Nabi (En'Nabiyyi). Wahai (Yaa Ayyuha) mereka yang (Ellaziina) selamat (Aamanu') ikut dengan rapat ke atas mereka (Sollu' Älay'hi) dan serah diri kamu (Salli'mu') dengan penyerahan yang bulat-bulat (Tas'liimaa)
Adakah di sebut nama Nabi Muhammad pada ayat di atas? Ada di sebut SOLAWAT? Maka, jika tiada, jangan di adakan!
An Nabiyyi >> Qs 5 : 81; Qs 9 : 113 & 117 >> para Nabi
An Nabiyyu >> At Tahrim : 9; At Talaq : 1 >>Yaa Ayyuha An Nabiyyu (Wahai Nabi)
>> Al Ahzaab : 56 juga sangat berkait rapat, sync, selari, seia sekata dan sehaluan dengan perintah pada Surah Al An'aam : 90 Mereka (Nabi-Nabi, Rasul-Rasul) itulah, orang-orang yang telah di beri petunjuk oleh Ellaha, maka turutlah oleh mu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka
Al Ahzaab : 56 adalah ayat muhkamat dan ia sangat jelas dan terang lagi bersuluh kenapa perkataan solawati atau solawat tidak di letakkan pada ayatnya kerana adalah mustahil bagi Ellaha dan para malaikat untuk ikut dengan rapat cara dan sifat para Nabi dan para Rasul-Nya.
Terjemahan orang kebanyakan >>
An-Nisaa : 102
>> "Yusalu" di terjemah sebagai "sembahyang"
>> "fal-yusaluna" di terjemah sebagai "sembahyang (berjemaah)."
Terjemahan sebenar >>
An Nisaa : 102
Dan apabila kamu berada bersama mereka, maka, dirikan, asaskan, bangunkan As Solaata (Es'Solaata) dan hendaklah sebahagian dari mereka berdiri bersama mu dengan menyandang senjata, dan apabila mereka telah sujud, maka, hendaklah mereka berada di belakang mu, dan biar sebahagian yang lain yang belum ikut dengan rapat (Yusollu') datang rapatkan diri mereka (falyusollu'na) kepada mu
Contoh perkataan YUSOLUNA, SOLU dan SOLAWAT boleh dilihat pada ayat >>
Al Baqara : 60
>> "masrabahum" yang bermaksud jamah/konsumpsi dan serap atau di dalam Bahasa Inggeris consume and absorb dan "kulu wa'israbu" bermaksud "makan dan minum." Masrabahum dan Wa'israbu memiliki kata akar yang sama iaitu shīn rā bā (ش ر ب), namun, maksudnya tidak serupa jika di lihat dari segi susunan makna pada konteks ayat yang hendak diperjelaskan itu.
As Saaffaat : 86
Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Ellaha, kerana kamu memutar belit kebenaran?
Sesungguhnya, Ellaha tidak berbelit-belit perkataanNya sehingga mengelirukan kita kerana sifat berbelit-belit ini hanya ada pada manusia.
Al Baqara : 59
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan dan perintah Kami yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya
Maka Ellaha memberi amaran mengenai fitnah pada QalamNya pada Surah Al Baqara : 191 >>>
Dan sampaikanlah kepada mereka sepanjang hayat kamu dan beri kefahaman kepada mereka dari kemahiran/penelitian kamu dengan makhraj kamu dari apa yang hayat makhraj mereka bawa itu, dan fitnah dari hayat makhraj mereka itu lebih buruk kenyataannya dari membunuh
Maksud "Solawat" di letakkan mengikut kesesuaian naratif pentafsir >>
>> Salawat Allah ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat.
>> Salawat Malaikat ialah doa.
>> Salawat orang mu'min ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad."
Al Qur'aan adalah ROH
Asy Syuraa : 52
Dan demikian Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, Al Qur'aan sebagai roh yang menghidupkan hati di bawah perintah Kami
Al An'aam : 115
Dan telah sempurna Kalimah Tuhanmu dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari kalimah-kalimahNya
Al Qur'aan adalah roh yang menghidupkan hati manusia dari perintah Ellaha jadi mana mungkin makna pada perkataan Solawat di letak ikut suka pentafsir dan ia pula tidak seiring, selari, sync dan seia sekata akan maknanya jika di bandingkan dengan ayat-ayat Ellaha yang berulang-ulang.
Al Israa : 77
Dan kamu tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang telah ditetapkan itu
Ellaha Maha Berkuasa lagi Maha Berilmu lebih berhak untuk meletakkan makna Solawat sesuai dengan tempatnya dan Al Qur'aan telah ditetapkan hukum Nya pada bahasa Araab dan kamu akan dapati tidak akan ada sebarang perubahan pada hukum dan ketetapan yang telah ditentukanNya.
Maka, laksanakanlah perintah Ellaha pada Surah Al Ahzaab 33 : 56 dengan berkata, "Rabbana, ana sollu alaa An Nabiyyi. Ana sallimu taslimaa" - ikut, taat dan patuh kepada apa yang di firmankan Ellaha adalah lebih selamat dari mengikut para pentafsir yang mengelirukan makna ikut kesesuaian dirinya agar roh Al Qur'aan dapat menghidupkan hati yang telah lama mati.
Al Baqara : 79
Maka celaka-lah mereka yang menulis Al Kitaab dengan apa yang ada di hadapan mereka dan berkata, "Ini adalah dari Ellahi," untuk memperdagangkannya dengan keuntungan yang sedikit. Maka, celaka-lah apa yang mereka catatkan apa yang ada di hadapan mereka, dan celaka-lah kepada mereka apa yang telah mereka raihkan itu
Maka, lihat-lah kamu wahai para agamawan akan kemusnahan umat Islam hasil dari "pendapat" nenek moyang (kerana di kalangan mereka, ada sanad yang telah mengkhianati amanah Nabi). Kamu hanya dapat melihat kesengsaraan dan kehinaan berlaku ke atas mereka dan sudah pasti kamu tidak mampu berbuat apa-apa.
Al Ahzaab : 57
Kerana sesungguhnya, jika kita melakukan perkara pada amal ibadah yang tidak diredhai, Allah swt akan melaknatkan kita di dunia dan di akhirat dan azab seksa yang sangat hina sedang menunggu kita
Al Maaida : 60
Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Ketua-Ketua Agama, religious scholars, pendeta (i-Taghuta). Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul
Pak Su Mid, wali Ellaha, 30 tahun tidak menghampiri maasjid. Apabila di tanya kenapa, anak muridnya menjawab, Pak Su Mid melihat ada wajah-wajah binatang di dalamnya. Selainnya, saya tidak perlu berkata apa lagi kerana sesungguhnya janjiNya benar dan perkataanNya benar.
Al Ahzaab : 67
Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak Ketua-Ketua dan Pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar
Al Baqara : 256
Maka, sesiapa yang kufur dengan Ketua-Ketua Agama (bil-taghuti) dan beriman hanya dengan Ellahi, maka dia telah berpegang teguh, mengikat dengan kukuh, mencengkam erat, berpegang dengan kuat simpulan yang tidak akan terurai. Dan Ellahu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Al Baqara : 257
Ellahu adalah Wali kepada mereka yang selamat dan Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada Cahaya. Dan mereka yang kufur, awliya mereka adalah Ketua-Ketua Agama (Al-Taghut). Mereka membawa mereka itu keluar dari Cahaya melainkan kepada kegelapan. Mereka itulah penghuni api. Mereka kekal di dalamnya, selama-lamanya.
Maka, beramal-lah dengan berilmu agar kita tidak menjadi dari golongan orang-orang yang rugi. Semoga Ellaha menjadikan kita orang yang taat mendengar perkataanNya ketika orang lain mempersembahkan dan memperhambakan diri mereka kepada Ketua-Ketua mereka.
At Taghaabun : 8
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Ellaha dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Qur'aan - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Ellaha Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan
Firman Ellaha di dalam Al Qur'aan memerintahkan kita sebut/dhkri'/tasbihan nama-namaNya Yang Maha Mulia lagi Maha Agong, namun kita di suruh bertasbih "solawat" ribuan malahan jutaan kali dan mengambil Nabi sebagai tempat untuk perolehi kekayaan dari syafaat dan tidak pula di nasihat untuk bertasbih ribuan atau jutaan kali nama-nama kebesaran dan keagongan Ellaha adalah suatu perkara yang saya tidak dapat cerna.
Tasbih/dhkri'/sebut/puji-pujian ke atas nama-namaNya dan mengagongkanNya merupakan satu perintah yang mutlak akan tetapi, kita amat-lah ingkar akan bab ini. Saya sangatlah amat tidak dapat nak brain bab ini! 😡😡😡 Kita lebih memilih untuk taat kepada perintah manusia dari perintah Ellaha yang memberi kita makan dan minum dan ini amatlah menggerunkan kerana kita telah meletakkan manusia sebagai tuhan selain Ellaha untuk di taati.
Taa Haa : 100 - 101
Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Qur'aan itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung azab yang sangat berat. Mereka kekal di dalam azab itu; dan amatlah buruk tanggungan itu bagi mereka
Hanya mereka yang tidak percaya pada Al Akhiraat sahaja yang tidak mengindahkan amaran Ellaha.
WA'SALIMU TASLIMAN :
Al Ahzaab : 56
Dan serah diri bulat-bulat kepada Tuhanmu.
Al-I'Imraan : 20
Katakanlah wahai Muhammad : aku telah berserah diri-ku kepada Ellaha dan demikian juga orang-orang yang mengikut ku
Soalan saya : Nabi Muhammad telah berserah diri kepada Ellaha, kamu pula bila lagi? Jangan-lah kamu mati sebelum kamu berserah diri! Aslim!! - perintah Tuhan kamu yang jelas lagi nyata dan terang lagi bersuluh.
Al Baqara : 131
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepada Nabi Ibrahim: "Aslim!" (serah diri) Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serah diri (aslamtu) kepada Tuhan yang IlmuNya Maha Meliputi
Maqam Mu'taslimaa >>
Nabi Ibrahim a.s "pada Ellaha aku ada hajat, pada kamu aku tidak ada!"
>>> "Aslim" - dari kata akar 3 hurof (triliteral root) sīn lām mīm di sebut sebanyak 8 kali sebagai "Islam" di dalam Al Qur'aan di dalam bentuk Form IV kata nama verbal dan "aslamtu" di dalam bentuk kata kerja.
>>> "Wasallimu" "wayusallimu" "fasalli" serta "fasallimu" juga adalah dari kata akar 3 hurof sīn lām mīm yang membawa makna yang sama iaitu "serah diri." Islam (aslim) bermaksud "serah diri" atau "submission to the One and Only God."
Al Ahzaab : 43
Dia-lah yang berserta dengan sepenohnya (bulat-bulat) ke atas kamu (Yusallii Älai'kum’) dan (Wa) para malaikatNya (Malaaikatu-hu) untuk mengeluarkan kamu (Yukh'rija-kum) dari (Mina) kegelapan (Ez'Zulumaati) kepada (ilaa) kepada Cahaya
Al'Imraan : 39
Dan (Fa) malaikat itu (El'Malaaikatu) memanggilnya (Naadat'hu) ketika (Wa) dia (Huwa) mengasaskan (Qaaimun) penyerahan diri dengan sepenohnya - bulat-bulat (Yusollii) di dalam (Fii) mih'raab (El'Mih'raabi)
Al l'Imraan : 33
Sesungguhnya Ellaha memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imraan, melebihi orang lain di alam ini (l-ʿālamīna)
An Nisaa : 125
Dan (Wa) siapa (Man') yang lebih baik (Ah'sanu) di dalam agama (Diinan) than one who (Mimman') berserah (As'lama) wajah-nya (Waj'ha-hu) kepada Allah (Lillahi) dan (Wa) dia (Huwa) membuat kebaikan (Muh'sinun) dan (Wa) mengikut (Ettabaä) agama (Millata) Ibrahim (Ib'raahiima) yang lurus (Haniifan)? Dan (Wa) Allah (Ellahu) mengangkat (Ettakhaza) Ibrahim (Ib'raahiima) sebagai Kekasih💓 (Khaliilaa)
Surah Al-Baqarah 2 : 130; Surah An Nisaa : 125; Surah An Nahl : 123; Surah Al An'aam : 161; Surah Al Hajj : 78
Siapa yang berpaling dari (millati) agama Nabi Ibrahim melainkan orang yang memperbodohkan dirinya sendiri. Sesungguhnya Kami memilih Ibrahim di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh
Korban diri kamu, serah-lah diri kamu dan bunuh-lah diri kamu kerana diri kamu, dia adalah musuh yang perlu dipisahkan, cut-off, axed. Yakni, korban nafsu dan kehendak diri dengan membawa kehendak Ellaha kerana itulah tugas Khalifah di mukabumi.
Pada solat 5 waktu, bahasa pada fi'li (perbuatan dan pergerakan) pada Takbir dan Qiyam ialah bunuh-lah diri kamu (axe your "self") - korban diri dan TAKBIR -agongkan kuasa dan kehendak Ellaha - kerana sesungguhnya Ellahu Al Malik yang menguasai diri-ku - dan QIYAM - secara berterusan (continuity) - dan jangan sesekali biarkan diri kamu kembali kepada kamu selamanya - get out of my life and don't you (diri) ever dare come back ... ever, you hear me! 😡 Setiap huruf ada bayang yang menyembunyikan makna. Rugi-lah diri jika berdiri, ruku dan sujud tanpa mengetahui makna>> maka tidak merasa nikmat orang yang solat yang hanya berdiri, ruku dan sujud tanpa huruf itu membayangi kelazatan di maqam rasa. 💓
Dengan perintah Tuhan-ku yang telah ditetapkanNya maka lafaz-ku di hadapan Ellaha Yang Maha Pemurah Maha Pengasih >>
Bismillahirrahmanirrahim.
Rabbana, ana sollu alaa An'Nabiyi, ana salimun taslimaa. Ana ittabi'millata Ibraahim wa'ala ahlihi'Ibraahim. Ana aslamtu li'rabbul'alaamiin.
Wahai Rabb yang menguasai hari pembalasan, masukkanlah daku ke pintu yang benar dan keluarkanlah daku dari pintu yang benar dan jadikanlah daku dari sisi Mu kuasa yang menolong-ku dan masukkanlah daku ke dalam golongan mereka yang berserah diri dan ke dalam golongan mereka yang Engkau redhai. Dan jadikanlah daku dari golongan orang yang sedikit dan keluarkanlah daku dari orang kebanyakan.
It Takes 3 To Tango
Al Ahzaab adalah Surah ke 33.
3 dan 3 : iaitu 3 sebanyak dua kali: untuk menyatakan 2 kali bahawa "it takes 3 to tangle" di dalam bahasa Mekanik Kuantum pada mekanisma Kuantum Keterikatan atau Quantum Entanglement.
Keterikatan kuantum jarak jauh memerlukan interaksi 3 hala – Keterikatan kuantum (Quantum Entanglement) adalah penting untuk pemprosesan maklumat kuantum - aksi pada jarak jauh - action at a distance. Sumber: RIKEN, 6 Mei 2022.
At Takwiir : 7
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya
Yaa Siin 36 : 26
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; dan dari dalam diri mereka (anfusihim)
>> An Nur : 35 - Cahaya (1) atas Cahaya (2) maka terbimbinglah kepada CahayaNya (3) - aksi jarak jauh walau berbillion jarak cahaya, keterikatan pasti berlaku pada Hukum Pasangan pada sifat persamaan.
Al Ahzaab membawa maksud "combined forces" atau "kuasa-kuasa yang disatukan." Ini adalah kuasa yang sangat powerful kerana Ellaha dan para malaikatNya ikut dengan rapat ke atas mereka yang ikut dengan rapat cara dan sifat para Nabi >> hasilnya : rahmatan, kebahagian, limpahan kesejahteraan dan nikmat serta kekayaan dunia dan akhiraat.
Al Anbiyaa : 2
Tidak datang kepada mereka peringatan baru - reminder anew - (dhik'rin muh'dathin) melainkan mereka berpaling
I am not here to re-invent Islam nor reinvent any amal nor ibadah. Saya datang untuk dhik'rin muh'dathin the Message of The Holy Qur'aan dengan membawa ayat-ayat Al Qur'aan sebagai peringatan. Al Qur'aan adalah mubiin : clear, jelas, terang lagi bersuluh dan complete. Ikut suka hangpa lah >> sesiapa yang nak percaya, biarlah dia percaya, sesiapa yang tidak mahu percaya, maka biarkanlah ia dengan jalan yang di pilih - there is no compulsion in religion.
Al Kahfi : 29
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya"
PESANAN DARI SEORANG PEMBACA
Seorang anak murid menyampaikan kepada Sang Guru pesanan dari seorang pembaca. Siapakah yang lebih hebat ilmunya? Imam yang mengumpul dan menghafal lebih 600,000 hadith Nabi selepas 200 tahun lebih kewafatan baginda dan yang hafazan Al Qur'aan ribuan kali atau Guru-nya yang tiada apa-apa ijazah kelulusan - no PhD, no Sijil no nothing!😐
Lalu Sang Guru pun menjawab:
Subhana'llah, kehebatan kebijaksanaan hanya milik Ellahu Al Hakim Al Aliim Ar Rasyiid. Sesungguhnya, Dia menganugerahkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Alhamdulillah. 💓
Saya menghormati sesiapapun yang mampu mengumpul dan menghafal lebih 600,000 hadith selama bertahun-tahun dengan jerih payah dan menjadi hafazan Al Qur'aan beratus mahupun ribuan kali kerana sesungguhnya saya, bab ini, amatlah fakir melainkan hanya Dia Yang Maha Kaya.
Namun, saya tidak dapat menerima dan "brain" kenapa mereka-mereka yang sangat hebat ini tidak mengumpul serta mencari dan memperbetulkan terjemahan Al Qur'aan iaitu Risalah Ellaha yang memberi kamu makan dan minum, yang telah di tetapkan hukumnya di dalam Bahasa Araab dengan jerih payah sebegitu rupa, satu persatu, yang hanya ada 6236 ayat, iaitu lebih kurang 1% sahaja dari hadith tulisan tangan manusia yang telah dikumpulkan itu?
Maka, jawab-lah wahai Sang Penyampai, jika benar kamu siddiq.
At Takwiir : 26
Maka, ke manakah hendak kamu pergi kiranya kamu menyeleweng dari jalan Al Qur'aan
Aku, hamba yang tunduk patuh dan taat hanya kepada sunnah'Ellaha yang di bawa Rasulullah dari agama Nabi Ibrahim yang lurus di atas dasar tawheed for as long as my soul lives!
Sharifah Aminah Al-Jamalulail
JIHAD AGAMA TAWHEED . AL QUR'AAN SUNNATU'LLAH 💓














No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you.