Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Wednesday, November 19, 2025

Darjat dan Tingkatan Al Murid >> Petunjuk Al Qur'aan dan Ilmu Para Wali

Wahai anak-anak Adam, kamu tidak akan selamat daripada tipu daya-Ku dan rancangan-Ku sehingga kamu telah menempuh jalan yang lurus. 
Tiada sesiapa, melainkan mereka yang sesat, berasa selamat 
daripada tipu daya dan rancangan Ellaha - Hadith Qudsi.

Surah Al-A‘rāaf 7 : 99
Maka adakah mereka berasa aman daripada rancangan Ellaha?
Tiada yang merasa aman dari rancangan Ellaha 
melainkan mereka yang rugi

Tuhan menguji kekasih-Nya dengan cara yang tidak disangka-sangka,
agar tersingkaplah siapa yang tulus dan siapa yang hanya pura-pura 
Maulana Jalaluddin Rumi

Segala yang berlaku kepadamu adalah tadbīr Al-Haqq (rancangan Ellaha).
Mereka yang berasa aman daripadanya tidak mengenal Tuhan mereka 
Ibnu Al Araabi

Setiap kali kamu berkata: ‘Aku telah selamat’,
Ellaha datangkan kepadamu satu ujian yang menyingkap keadaanmu.
Jangan berasa aman daripada rancangan-Nya,
kerana rancangan Ellaha itu untuk memuliakan mereka yang beriman 
dan memperdaya mereka yang munafiq  - Syaikh Abdul Qadir Al Jilani

Al Hadiid : 22
Tidak ada sesuatu yang menimpa, melainkan ia telah tertulis di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya berlaku, sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Ellaha  

Ar Ra'd : 16. Az Zumar : 62
Ellaha jua-lah yang menciptakan tiap sesuatu

Setiap peristiwa, kejadian yang berlaku di sekeliling, datang dengan mesej yang membawa rahsia. Ia juga membawa ujian, tegoran dan hikmah. Pada hakikatnya, ia bukan hanya sekadar peristiwa tetapi sapaan halus dari Ellahi yang menyapa kita semua dengan membawa maklumat yang hanya dapat di baca oleh hati yang di saluti dengan Nur. Para Wali berkata, alam ini umpama kitab Ellahi yang senantiasa di buka, di perjalankan dan di baca. Peristiwa adalah pembawa mesej Ellahi kepada Sang Guru dan juga kepada Al Murid.

Para saintis seperti Albert Einstein melihat alam sebagai satu sistem yang tidak berlaku secara kebetulan. Katanya, “Tuhan tidak bermain dadu dengan alam semesta.” Maka, apabila sesuatu peristiwa berlaku, Sang Guru melihat pada Al-Faʿil > Yang Maha Melaksanakan, Al Qadiir > Yang Maha Menguasai setiap urusan dan perkara, yang memperjalankan ujian-ujian melalui rancanganNya.

Tingkat Al Murid Di Dalam Perjalanan Menuju Kepada Ellaha 
Lalu di tetapkan ujian ke atas mereka.

Al Murid ada 3 jenis:
>> Salik (Israa' >> berjalan menuju kepada Ellaha)
>> Washil (sampai kepada perhubungan dengan Ellaha)
>> Waajid (mendapatiNya lalu di beri khazanah dari rahmatNya)

Setiap langkah Al Murid, setiap perkara, urusan dan peristiwa yang berlaku di sekelilingnya, adalah ujian sebagai perangkap bagi ego. Jangan sesekali pernah merasa aman daripada ujian dan rancangan-Nya. Apabila Ellaha mahu mengangkat darjat seseorang hamba, Dia akan tumpaskan tempat bersandar hamba itu satu demi satu, agar tiada lagi pergantungan, kecuali hanya kepada-Nya.

Al Hajj : 74  
Tidak mereka (Maa) menetapkan nilai Ellaha pada ketetapan Qadr, iaitu dengan menghargai, mengagong, menyanjung Ellaha (Qadaru'llaha) dengan kadar nilai dan junjungan yang HAQ (Haqqa Qad'ri). Sesungguhnya, ketahuilah bahawa, Ellaha, Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa 

Tingkat-Tingkat Al Murid Melalui Peristiwa-Peristiwa Untuk Renungan 

Antara Al Murid, ada yang tegas berkata, cukuplah Sunnah Ellaha dan Al Qur'aan bagi ku apabila di pukul dengan badai kemurungan. Alhamdulillah, selepas itu, menjadi tenang dan bahagia. Namun, di atas kelupaan pada lafaznya itu, meninggi diri apabila di nasihati untuk memperbetulkan jalannya Sesungguhnya manusia yang ingkar suka menempatkan sesuatu pada bukan pada tempatnya lagi - Ibrahim : 34 

Al-Ahzab : 36
Tidaklah layak bagi lelaki mukmin dan wanita mukmin, apabila Ellaha dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu perkara, ada pilihan lain bagi mereka  

Al Murid di tingkat ini mengabaikan HAQ-HAQ Ellaha dengan melaksanakan hak-hak mereka. Mereka fanaa kepada aql dan emosi kerana "pemberian" dan belum di selubungi rasa gerun dan takut kepada perintah Ellaha walau setelah di uji dengan azab kemurungan. 

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Al Israa : 18 
Sesiapa yang berkehendak dengan tergesa-gesa, Kami akan percepatkan ia kepadanya apa yang telah Kami takdirkan di dalamnya apa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami menetapkan jahanam kepadanya dan ia di bakar lalu ditundukkannya kepada celaan

Adapun di antara Al Murid, tegas berkata, "aku taat kepada Ellaha dan Qalamu'llah." Namun, setelah di beri nikmat untuk memahami sedikit dari ilmu tauhidNYa, menjadi-lah mereka sombong dan takabbur lalu berjihad mengemudi manusia yang berada di dalam bahteranya melalui petunjuk ilmu yang di sampaikan oleh Qur'aanist You Tubers dengan menyatakan bahawa ilmu yang di sampaikan Sang Guru itu adalah tidak betul.  

Al An'aam : 116
Maka, para Al Arif berkata, "hendaklah kamu menempuh jalan kebenaran dan jangan merasa terasing kerana kurangnya orang yang menempuhnya dan jauhi jalan kebatilan dan jangan terpedaya dengan banyaknya orang yang menempuhnya."

Tipu daya Ellaha ialah, Dia menggerakkan Al Murid kepada ilmu Al Qur'aan dari You Tuber itu lalu Al Murid mengambil ia sebagai tempat petunjuk dan apabila di bandingkannya dengan ilmu Sang Guru, ia menggunakan aql untuk mengambil keputusan dari memperolehi petunjuk Ellaha dengan Al Qur'aan.

Al An'aam : 153
Dan bahawasanya sesungguhnya, Al Qur'aan ini-lah jalanKu yang lurus, maka jangan kamu turut jalan selain dari jalan ini, nescaya kamu akan bercerai berai dari jalan Aku

Al Mu'minuun : 54
Maka biarkanlah mereka tenggelam di dalam penyelewengan sehingga ke suatu masa

Al Fajr : 14
Sesungguhnya, Tuhan kamu tetap mengawasi dan membalas!

Maka, Al Murid ini pun mengemudi ilmu dari You Tuber itu ke atas rakan-rakan yang berada di dalam bahteranya. Setelah sekian lama di biarkan Al Murid ber"gembira" dengan kesombongannya, Ellaha menenggelamkannya bersama dengan bahtera yang di kemudinya itu lalu menjadilah ia hidup di dalam kesusahan dan kesempitan, dan cuba untuk kembali kepada Sang Guru.   

Asy-Syuura : 48
Oleh itu, jika mereka berpaling, maka tidak Kami mengutus kamu sebagai pengawas terhadap mereka. Tugas kamu tidak lain hanyalah menyampaikan perintah-perintah dari ayat-ayat Kami 

An Nahl : 9 >> Al Layl : 12 - 13
Dan kepada Ellaha jualah tertentunya urusan memberi bimbingan menerangkan jalan yang lurus

Sang Guru terpaksa menolak Al Murid demi menjaga adab Sang Guru di hadapan Ellaha kerana sesungguhnya, hanya Ellaha yang berhak memberi petunjuk dan kepada Dia-lah sebaik-baik tempat kembali, lalu menasihatinya melalui seorang perantara agar ia kembali sujud kepada Pencipta-nya. Lagipun, telah di buka ke atas dirinya ayat-ayatNya semasa 4 tahun berada di dalam perjalanannya sebagai Al Murid. Maka, tugas Sang Guru berhenti di sini dan menyerahkan urusan hidupnya di tangan Ellahi dan itu-lah yang terbaik untuk dirinya.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Asy-Syuura : 48 
Sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu nikmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan sebaliknya mereka di timpa kesusahan. Ini adalah disebabkan dosa-dosa mereka membantah serta lupa   

Hud : 19
Mereka yang menghalang dirinya dan orang lain dari jalan dan deen Ellaha dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka-mereka inilah yang mengingkari Al Akhiraat

Inilah masalah yang terjadi kepada ramai Al Murid, kerana mereka masih baru di dalam perjalanan menuju kepada Ellaha dan apabila mendapati sedikit "pemberian" dari sisiNya, mereka merasai bahawa mereka telah selamat. Tidak mereka ketahui bahawa perjalanan menuju kepada Ellaha bukan semudah yang di sangkakan >> sedangkan para Nabi, Wali dan Rasul-RasulNya melalui ujian-ujian yang sangat dasyat untuk memperolehi title HAMBA YANG SOLEH, inikan pula kita yang tidak punya apa-apa. 

Al Hijr : 75
Sesungguhnya, balasan azab yang sedemikian, mengandungi tanda-tanda bagi mereka yang telah "kenal"  

Sang Guru dapat melihat kesudahan yang akan berlaku kepada diri Al Murid, mulanya akan mengetuk mereka melalui pintu nasihat dan pergi dengan nota panggilan namun, jika mereka menolaknya, maka bukan lagi tugas Sang Guru untuk mengawasi tentang apa yang hendak mereka lakukan. Kerana sesungguhnya, tiada paksaan di dalam agama dan deen Ellaha dan Al Qur'aan tidak tersentuh emosinya dengan kesombongan kamu.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Al Israa : 22  
Jangan adakan tuhan yang lain dari Ellahi, jika ada yang sedemikian rupa, maka kamu akan kekal ditinggalkan, dipermalukan, diperlakukan dengan kehinaan, disengsarakan, dibiarkan tanpa pertolongan dan kamu akan kekal tidak berdaya

Adapun Al Murid, di anugerah dengan pemberian dapat mengubati penyakit melalui makanan dari nikmatNya. Kerana terlalu bergembira dengan "pemberian" itu yang mendatangkan hasil yang sangat lumayan, dan di atas sifat tamak halobanya terus mengambil nasihat dari seorang Ustaz untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad untuk memperolehi kekayaan yang lebih besar. Setelah di lalaikan dengan apa yang ada di hadapan mereka, maka, Al Murid jatuh sakit, lumpuh, di timpa kesusahan dan kesempitan lalu perniagaan mereka mengalami kerugian yang besar. 

Pengajaran yang sangat signifikan daripada peristiwa ini kepada Sang Guru ialah >> bahawa sesungguhnya, janjiNya benar dan perkataanNya benar, maka menjadilah Sang Guru di selubungi rasa gerun, gementar dan takut kepadaNya. Dan ini meneguhkan lagi Sang Guru untuk berdiri di atas syariat Ellahi pada jalan Al Qur'aan tanpa menoleh lagi. Ini-lah Nur penyaksian yang di alirkan Ellaha untuk bersaksi tentang kesudahan mereka yang berpaling dari jalanNya dan kebenaran di atas janji-janjiNya.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Al A'raaf : 45
Iaitu mereka yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari menurut jalan Ellaha, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat

Di antara Al Murid, ada yang datang ke Majlis Ilmu Sang Guru hanya untuk mendengar apa yang di ajar supaya dia dapat menghalang orang lain ke Ilmu yang di sampaikan. Ada yang datang mendengar ayat-ayat Ellaha yang di bacakan ke atas mereka lalu mengambil keputusan bahawa apa yang di sampaikan Sang Guru tidak sama dengan syariat kebanyakan manusia lalu berpaling tanpa menoleh lagi. 

Rasulullah bersabda kepada Abu Dzar, "sesungguhnya kamu seorang yang masih mempunyai sifat jahiliyah" lalu kata Abu Dzar, "atas umur-ku yang sudah tua ini wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Ya!"

Al Mutaffifin : 14
Sebenarnya, ayat-ayat Kami tidak ada cacat-nya bahkan mata hati mereka telah di selaputi dengan kekotoran dogma dan sangkaan dengan sebab apa yang mereka kerjakan

Al Murid jenis ini memandang "Diri" Si Penyampai dari memandang ayat-ayat Ellaha yang di baca ke atas dirinya. Dia berpaling dari ayat-ayat Ellaha kerana ia tidak sama dengan apa yang di bacakan oleh bapa-bapa dan nenek moyang ke atas dirinya. Tiada paksaan di dalam agama, dan Al Qur'aan tidak emo dengan kesombongan kamu.

Hud : 28
Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?"

Adapun Al Murid yang apabila dibacakan ke atasnya ayat-ayat Ellaha dengan di beri bukti yang jelas nyata terang lagi bersuluh masih mahukan nas dan sanad dan sebagainya. Apakah ayat-ayat Ellaha perlu kepada nas dan sanad manusia? Sungguh tinggi nilai kamu kepada ayat-ayat manusia melebihi tingginya nilai ayat-ayat Ellahi ke atas kamu.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Al Israa : 84
Bahawa, setiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya

Al-Anfaal : 24
Wahai mereka yang beriman, sahut-lah seruan Ellaha dan utusanNya apabila ia menyeru kepada perkara yang menghidupkan kamu

Adapun di antara Al Murid, diam membisu seribu bahasa apabila di hantar nota, panggilan dan berita tentang ada ilmuNya dari ayat-ayatNya yang hendak disampaikan kepada mereka. Hanya setelah suara nasihat di angkat tinggi dengan tegoran halus yang tajam umpama pedang Khalid Al Walid, peringatan tegas, di tegur, di herdik dengan goncangan dari firman-firmanNya, baru-lah mereka yang diam membisu seribu bahasa terus membalas nota, panggilan dan berita itu. 

Al Murid di tingkat ini belum lagi di angkat untuk berdiri, ruku, sujud dengan teguh dan baqaa pada Wujud-Nya dan masih belum mengenali Ellaha dengan sebenar-benar pengenalan walau di anugerah dengan sedikit "pemberian." Cinta mereka kepada Ellaha belum lagi berbunga sepenohnya dengan keterujaan yang membakar jiwa kepadaNya dan belum ada rasa takut dan gerun kepadaNya. "Di mana sahaja kamu berpaling, di situ Wajah Ellaha" belum mekar di dalam diri kerana mereka tidak dapat melihat sifat Ellaha pada kuasa, ilmu dan gerakNya. 

An-Nur : 63
Jangan kamu jadikan seruan dan panggilan utusanNya seolah ia hanya panggilan dan seruan di antara kamu dengan rakan-rakan   

Mereka memandang panggilan, berita dan seruan tentang ada ilmuNya yang hendak disampaikan Sang Guru itu hanyalah biasa-biasa kerana bukan Ellaha dan malaikatNya yang menurunkannya tetapi hanya seorang manusia yang sangat taat kepada Sang Guru menyampaikan amanah Sang Guru kepada mereka. Maka, blue tick sahaja, cukuplah. 

Al Murid tingkat ini, menyeru panggilan hanya setelah di herdik makhluk, maka pergantongan mereka adalah kepada goncangan makhluk dari makrifah kepada keagongan Ellaha pada HaqNya. Mereka-mereka ini belum lagi di anugerah kasyaf yang hanya di buka kepada mereka yang mengenal sifatNya dengan sebenar-benar kenal.  

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
An Nur : 39
Dan mereka tetap mendapati hukum Ellaha di sisi mereka, lalu Ellaha menyempurnakan balasan ke atas amalan mereka - An Nur : 39 

Taha : 10, An Naml : 7, Al Qasaas: 29
Sesungguhnya aku (Musa) melihat adanya cahaya api

Adapun Al Murid, yang apabila ada nota, panggilan dan berita tentang akan adanya ilmuNya dari ayat-ayatNYa, tanpa menoleh ke kiri ke kanan terus bergegas menjawab panggilan dengan penoh keterujaan kerana di buka kasyaf kepada keagongan dan kebesaran ilmuNya dan sangat mahu mendekati diri kepadaNya melalui ilmu-ilmuNya.  

Umpama Musa a.s yang melihat cahaya dari jauh lalu bergegas-lah ia keluar tanpa menoleh ke kiri ke kanan, tanpa memikir panjang terus berlari ke arah cahaya kerana cinta dan keterujaannya terhadap Tuhannya dan mengagongkan Ellaha pada HAQ-Nya serta tahu bahawa baginda akan memperolehi ilmu dari cahayaNya yang memberi manfaat kepada diri, keluarga dan juga kepada kaumnya. Inilah sifat kehambaan yang tiada tandingnya >> "aku memperhambakan diri hanya kepada Mu" menjadi nyata ke atas diri Musa a.s sehingga di angkat darjat baginda dapat berqalam dengan Ellaha.

Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani menggambarkan Al Murid yang hatinya terbakar oleh "iradat" >> 
Keinginan Al Murid yang murni terhadap Ellaha. Al Murid jenis ini tidak peduli kepada sesiapa walau di hasut. Ia menolak mereka dengan lembut tetapi hatinya teguh umpama besi. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani lagi, Al Murid yang sebenar ialah yang bangun bukan setelah di herdik dan di panggil, tetapi kerana tidak dapat menahan diri untuk mendekati Tuhannya melalui ilmu-ilmu dan ayat-ayatNya. Ini adalah Al Murid yang berjalan dengan api Cinta yang membara dan tegoh jiwa umpama besi dan bukan lagi berjalan dengan aql dan emosi, kemalasan dan kelalaian.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Al Israa : 107 
Sesungguhnya, mereka yang di beri ilmu Al Qur'aan, apabila di baca ke atas mereka ayat-ayatNya, mereka patuh dan sujud dengan rendah diri  

Al Israa : 109 
Dan mereka tunduk merendah diri dengan tangisan dan mereka bertambah kusyuk padanya

Syaikh ʿAbdul Qadir Al-Jilani mengingatkan:
Jika engkau hanya bangun setelah di dorong, itu bukan bangun seorang yang benar-benar mengenal Ellaha. Itu adalah bangun seorang yang di dorong oleh herdikan, bukan hati yang Cinta-nya telah fanaa ke hadrat Tuhan. 

Adapun Al Murid yang di beri nikmat Cinta. Namun, Cinta ini hanya wujud di Maqam Rasa tetapi belum baqaa pada WujudNya yang hakiki. Maka Cinta ini adalah ujian. Jika benar engkau mencintai Aku, mengapa diam seribu bahasa dan hanya menjawab nota panggilan ke ilmuKu hanya setelah di herdik makhluk?

Sedangkan hakikat Al Murid yang Cintanya di lahirkan Ellaha dari sirr yang tersembunyi dari rahmatNya ialah >> 
yang bergegas sepertimana Musa a.s, taat sebelum di perintah, tunduk sebelum di tegur, kerana hatinya sudah hidup pada Cinta Ellaha dan baqaa pada WujudNya, bukan melalui tamparan dari sesiapa. Di dalam maqam para Al Arif, ketaatan lahir dari rasa malu kepada Ellaha — bukan malu kerana herdikan Sang Guru. Dan barangsiapa menilai Ellaha dengan ketinggian dan kebesaran pada HAQ-Nya, hanya dengan satu nota panggilan merasakan ia lebih keras goncangannya daripada seribu bom Hiroshima.

Imam al-Ghazali berkata tentang tingkatan Al Murid >>
Al Murid yang kelihatan mencari Ellaha, tetapi sebenarnya mencari dirinya >> kedudukan, rasa hebat, fadhilat, nikmat dan sebagainya. Mereka hadir di majlis ilmu, membaca penulisan dari ayat-ayatNya tetapi hati masih belum lagi di buka kepada Cinta hakiki walau telah mendengar kalimah-kalimahNya diperjelaskan dengan bukti yang nyata. Mereka membaca buku-buku dan Kitab-Kitab besar, tetapi bertujuan untuk menang di dalam berhujah. Ramai yang berjalan ke arah Ellaha, namun kaki mereka menuju kepada keangkuhan, ketinggian diri dan kesombongan.

Apabila takut dan gerun kepada Ellaha belum bertapak di dalam diri maka berjalanlah Al Murid dengan sombong. Inilah KeAkuan yang mengikat Diri yang akhirnya akan sengsaralah ia.  

Rasulullah bersabda, "kamu tidak mengenal Ellaha sepertimana aku kenal! Dan aku-lah manusia yang paling takut dan gerun padaNya." Ini-lah tingkatan iradat seorang hamba yang berjalan di dalam samudera >> berdiri, ruku dan sujud dengan Cinta di dalam sirr yang tersembunyi dan dengan Kehambaan yang total. Inilah Muhammad yang berdiri di atas hurof lalu hurof-hurof itu menjadi nyata dan ke atas dirinya, Nur Penyaksian.

Maka, kata Ibn Al Araabi, jika kamu hendak mengetahui rahsia yang ada pada diri kamu, maka kaji-lah apa yang ada pada Nabi Muhammad."

Al Qasas 28 : 88
Apabila akar hati telah di pasak di dalam Al Haq, ke mana sahaja kamu berpaling di situ Wajah Ellaha >> maka kamu akan malu untuk berjalan dengan kesombongan dan malu akan akhlak mu sepertimana malunya Rasulullah kepada Ellaha lalu baginda berjalan dengan penoh kehambaan.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Maulana Rumi:
Ada hati yang lembut seperti tanah kebun — cukup hanya sekadar di sentuh dengan kelembutan kasih sayang. Ada hati yang keras seperti batu — jika tidak di ketuk, ia tidak akan pecah untuk mengeluarkan air nikmat.

An Nisaa : 64
Mereka dapati Ellaha Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani 

Adapun Al Murid yang datang ke Majlis Ilmu Tauhid, pada malam hari mereka sujud ruku dan berdiri dan berjanji serta berbai'ah dengan Ellaha untuk mentaatiNya, namun, di siang hari, mereka menggunakan kudrat mencari selainNya. Setelah di gertak dengan tamparan yang hebat dan berlaku peristiwa yang tidak baik, meraung dan menangis di atas kesalahan mereka lalu mengembalikan sujud kepada-Nya. Namun, tidak terkecuali, mereka-mereka ini tetap akan melalui ujian dari tipu daya dan rancangan Ellaha.  

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Maulana Rumi:
Jika engkau belum mahu berlari kepada-Nya, engkau akan di tampar oleh kesakitan dan kesempitan. Kerana sakit dan kesempitan adalah cara Ellaha menjemput kamu untuk kembali kepadaNya

Shaikh Abdul Qadir Al-Jilani:
Apabila Ellaha mahu memilih mu untuk mengangkat mu, Dia akan mematahkan mu terlebih dahulu. Apabila Dia mahu memuliakan mu, Dia akan membersihkan mu dengan api di dalam perjalanan.

Adapun Al Murid yang telah di bacakan ilmu Tauhid ke atas mereka melalui ayat-ayat perintahNya, masih memikir di antara patuh dan taat atau tunggu dahulu. Lalu, mereka di hantar dengan tamparan sakit serta kesempitan hidup dan berjumpa dengan Sang Guru untuk mengetahui apakah sebabnya mereka menjadi sedemikian rupa. Sang Guru, dengan menjaga adab dengan Ellaha meminta mereka memohon petunjuk Ellaha dan mereka telah di bawa ke petunjuk yang nyata, jelas dan terang lagi bersuluh, kenapa keadaan mereka menjadi sedemikian rupa.

Al Baqara : 38
Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari Aku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita 

Maka, Sang Guru menasihati mereka untuk mentaati perintah Ellaha itu. Dan setelah melaksanakan perintah Ellaha melalui ayat-ayat dari petunjukNya, Alhamdulillah syukor, mereka kini bahagia dan di saluti dengan cinta hanya kepadaNya. 

Namun, ketahuilah, wahai anak-anak, perjalanan kamu ini bukan kerana hebatnya diri kamu menjawab panggilan itu, tetapi kerana Cinta-Nya yang memanggil mu melalui kesakitan dan kesempitan dan syukorlah bukan melalui istidraj untuk melupakan kamu kepadaNya agar kamu lalai bergembira dengan nikmat pemberian dari tipudayaNya.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Adab Dan Ilmu Terpisah Tiada
Al Baqara : 72 
Dan apabila kamu katakan bahawa kamu telah bunuh "diri" kamu dan menipu akan ia, apa yang kamu sembunyikan di atas penipuan itu, Dia menjadikan ianya nyata ke atas kamu (melalui corak kelakuan kamu)   

Aku lebih menghargai orang yang beradab daripada berilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun ada yang lebih tinggi ilmunya daripada manusia - Syaikh Abdul Qadir Al Jilani

Adapun Al Murid yang hanya "blue tick" mesej yang di sampaikan Sang Guru kepadanya melalui perantara. Begitulah nilai Sang Guru di sisi mereka. Adapun Al Murid, tidak menjawab panggilan telefon Sang Guru, walau dia tahu sifat Sang Guru pasti untuk menyampaikan sesuatu pesanan kerana Sang Guru tidak suka kepada perbualan yang sia-sia. Walau di minta untuk mengembalikan panggilan Sang Guru, dia tidak berbuat demikian. Namun, apabila dia memerlukan tempat tinggal di rumah Sang Guru, dia membuat panggilan dengan memberi alasan kenapa tidak mengembalikan panggilan Sang Guru pada hari itu. Hanya mampu tersenyum dengan alasan itu, namun, apa agaknya jika Sang Guru pula tidak menjawab panggilannya, bagaimana pula perasaannya ya? Tetapi walaupun tiada hormat di tunjukkan kepada Sang Guru, Sang Guru tetap menyantuninya dengan memberinya tempat tinggal.

Adapun Al Murid, di dalam sebuah peristiwa yang berlaku >>
ketika Sang Guru membalas mesej Al Murid dengan hanya satu kesilapan perkataan, terus di tutupnya telefon, seolah tuan rumah menutup pintu di muka tetamu kerana kesilapan terkurang satu perkataan di dalam salam-nya. Setelah melihat kenapa mesej di baca tetapi terus berdiam diri, barulah terperasan akan kesilapan satu perkataan itu lalu memperbetulkannya dengan permohonan maaf, namun, apabila Sang Guru melihat mesejnya masuk sebagai satu tick sahaja, Sang Guru mengambil keputusan, setakat ini sahajalah kita, lalu mengundurkan diri demi menjaga kehormatan diri. 

Ibnu Araabi
Barangsiapa melihat kesilapan Guru-nya sebelum melihat cela dirinya, maka dia masih Al Murid kepada nafsu, bukan Al Murid kepada Tuhan-nya 

Bagaimana agaknya jika tetamu itu pula yang menutup pintu kepada tuan rumah? Sudah pasti ia akan menjadi sangat "terasa" namun, ketika dia melakukannya kepada tetamu itu, apa yang di rasainya?   

Nikmat Cinta yang di anugerah kepadanya tidak menjadi nyata di dalam dirinya kerana tiada rasa kasihan pada Sang Guru yang ketika itu sedang mengalami masalah keluarga namun tetap memilih untuk menyantuni Al Murid dengan membalas mesejnya. Atau, tidakkah santunnya Al Murid untuk bertanya kembali tentang mesej yang tersilap itu untuk kepastian? Tidak, kamu memilih untuk terus tutup pintu ke muka Sang Guru. Dan ini adalah suatu penghinaan yang tidak dapat di terima oleh sesiapapun apatah lagi seorang Guru.

Al Murid di tingkat ini, mereka menyamakan Sang Guru umpama rakan taulan, memiliki sifat pra sangka serta sifat sombong kerana merasakan diri sudah sempurna tanpa ada cela. Hanya dengan di jentik nikmat Cinta, hilang terus adab dan rasa hormat di hadapan Sang Guru. Apakah itu Cinta yang hakiki atau, ilusi? Sedangkan Ellaha Al Wadud (Cinta Hakiki), Dia tidak menutup pintuNya walau kepada para Nabi yang melakukan kesilapan dan kesalahan. 

Para Wali melihat karakter sebagai cerminan tertinggi nama-nama Ellaha pada akhlak seorang hamba yang sempurna. Rasulullah di gelar sebagai Sifat Terpuji, kerana karakter baginda adalah cerminan Al Haq.  

Subhanallah Ellah El Aziim El Kabiir hebatnya rancangan Ellaha >>> 
Dia-lah Al Qaadir, yang menggerakkan Sang Guru untuk melakukan kesilapan dengan hanya pada satu perkataan sahaja - bukan satu ayat, SATU PERKATAAN berjumlah 4 HUROF sahaja, lalu di buka penglihatan Sang Guru pada akhlak Al Murid.  

Hikmah dari peristiwa ini kepada Sang Guru sangat-lah besar signifikannya, iaitu, Sang Guru tidak mengajar Al Murid Ilmu Adab sebagai ilmu yang paling penting dan utama, kerana sesungguhnya, Pintu Utama/Kepala bagi Ilmu adalah ADAB. 

Adz-Dzaariyaat : 11
Mereka yang tenggelam di dalam kejahilan serta dilalaikan

Namun, yakinlah, Al Murid yang tidak menjaga adab dengan Sang Guru, bagaimana mungkin dapat menjaga adab di hadapan Ellaha dan meletakkan nilai Ellaha pada keagongan HAQ-Nya? Mereka-mereka ini berada di atas kejahilan ADAB, maka ia jahil akan dirinya dan sudah pasti jahil di dalam menjaga adab-adab dan hak-hak Ellaha. 

Al Mu'minuun : 63
Sekalipun demikian, mereka yang ingkar tidak juga berfikir, bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada memahami ajaran Al-Qur'aan

Adapun Al Murid, setelah di nasihati mahupun di terjah dengan herdikan lalu menangis keinsafan, tetap akhlaknya masih belum mahu tunduk pada akhlak Al Qur'aan. Mereka masih di peringkat akhlak pada tingkat yang sama bahkan lebih lagi dan sangatlah mereka ini ruku dan sujud kepada emosi dan aql. 😢  

A-li'Imraan : 156
Di tangan Ellaha kunci, untuk menghidupkan dan mematikan, dan Ellaha sentiasa melihat akan segala perbuatan kamu!

Al Murid yang tergendala di dalam perjalanan mereka untuk sampai kepadaNya adalah di sebabkan masalah "tidak dapat pisahkan diri dari diri" dan juga kerana masalah adab walau telah di anugerah ke atas mereka nikmat air mata apabila mendengar ayat-ayatNya, Cinta di Maqam Rasa dan sebagainya. Namun, semua itu tidak berdiri dengan nyata di dalam pembawaan mereka. Mereka dimatikan pada diri mereka sifat Al Wadud (Cinta Yang Hakiki) lalu berkhayal di dalam pelukan bayangan Cinta yang penoh ilusi yang di sangkanya asli.

Pembaca Al Qur'aan dan mereka yang di baca ke atas mereka ayat-ayatNya, namun bersanding dengan kejahilan adab, kesombongan, emosi dan maksiat kepada Ellaha, maka di langit nama-nya hanya tertulis sebagai hamba yang tukang pamer dan ambil nota sahaja!

Wahai Al Murid, janganlah kamu jadikan ibadah kamu di waktu malam itu sebagai ibadah yang di sia-siakanNya, maka menjadilah kamu di kalangan mereka yang rugi. 

Para Wali menyatakan, didik Al Murid dengan adab dan ajarkanlah kepada mereka. Ilmu Adab adalah memperbaiki Al Murid dan memperbetulkan tempat-tempatnya, memelihara mereka dari kesalahan, kesilapan, kejahilan dan kecacatan. 

Syaikh Qadir Al Jilani apabila di tanya Al Murid >>
"apakah ilmu yang di perolehi mu wahai Syaikh di dalam amal ibadah mu kepada Tuhan-mu di waktu malam." Jawab Syaikh, "ilmu "ADAB." 

Dengan adab, baru-lah IlmuNya akan turun umpama limpahan hujan rahmat ke atas tanah yang gersang.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Arif bil'llah : 
Disiplin >> Akhlak >> Tertib >> ADAB >> Limpahan Ilmu

Apabila Al Murid meninggalkan adab, dia di kembalikan kepada tempat yang dia mula datang. 
Dan terdapat ayat-ayat Al Qur'aan yang mengajar tentang adab di hadapan Rasulullah, serta memperlihatkan adab-adab para Nabi di hadapan Rabb >> Al An'aam : 90

Al Murid yang mulia tidak mengukur Guru-nya dengan aqlnya, tetapi mengukur dirinya dengan adab. Di jalan para Wali, akhlak itu lebih tajam daripada pedang, dan lebih kuat daripada ilmu. 

Dengan adab baru-lah di buka kepada limpahan ilmu >> adab para Nabi di hadapan Ellaha, maka >> Ellaha dan para malaikatNya ikut dengan rapat ke atas mereka (Al Ahzaab : 56) lalu mengalir di dalam diri mereka anugerah melalui nikmat dari RahmatNya. 

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Asy Syams : 9
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya suci, bertambah-tambah suci

Maulana Rumi
Al Murid yang tinggi akhlaknya adalah seperti tanah yang subur, apa jua benih yang di tanam Guru, ia tumbuh menjadi Cahaya.

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani
Apabila Al Murid menjaga hatinya daripada kesombongan, Ellaha buka ke atasnya pintu-pintu makrifah yang tidak di buka kepada Al Murid yang tergesa-gesa.

Adapun, terdapat Al Murid yang tinggi akhlak, sifat terpuji dan adab mereka, Subhanallah. Mereka-mereka ini berjaya di dalam ujian dari tipu dayaNya walau telah di beri nikmat, tetapi tidak sombong, lalu di buka pintu-pintu makrifah ke atas diri mereka. Takbir!!    

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Taufiq dan Hidayah

Dua mekanisa ini perlu menjadi SATU di dalam perjalanan Al Murid semasa Israa menuju kepada Tuhan-nya. 
Taufiq >> Ellaha jadikan kekuatan taat kepada hamba-hambaNya.
Hidayah >> petunjuk ke siratNya.  

Adapun Al Murid yang telah diperlihatkan ke atasnya JALAN LURUS tetapi tidak memperolehi taufiq. Adapun Al Murid yang telah memperolehi hidayah, tetapi terkandas di dalam perjalanan kerana tidak mampu melaksanakannya kerana tiada taufiq. Ramai Al Murid yang berilmu, tetapi tidak memperolehi taufiq kerana emosi telah mencengkam jiwa dan aql.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Siasat Tunggangan Kamu!
Para Wali sepakat berkata, 
"meninggalkan adab mewajibkan pengusiran maka sesiapa yang buruk adabnya di atas hamparan, dia di tolak ke pintu dan sesiapa yang buruk adab di pintu, dia harus di kembalikan ke "siasat tunggangan." 

Maksud "siasat tunggangan" 
>> selidik balik apa yang sedang menunggang diri kamu :
Aql, nafsu, emosi, kebanggaan, kesombongan, pra sangka buruk, keangkuhan, kebanggaan dari nikmatNya atau dunia? Ia adalah untuk mengetahui: “Apakah yang sedang menggunakan di dalam diri aku ini sebagai alat?” 

Para wali berkata: 
Setiap gerak yang lahir dari diri yang tidak di siasat, akan menjadi tunggangan nafsu walau ia kelihatan seperti amal dan ibadah. 

Al Kahfi : 28
Jangan kamu mengindahkan mereka yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Qur'aan, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran

Setiap corak kelakuan ada hiasan dari penunggangnya. Apabila bergerak dengan nafsu, mereka menunggang bayangan diri. Apabila bergerak dengan aql dan emosi, mereka menunggang dalil, hujah dan debat yang terbatas. 

Pakai-lah pakaian kamu yang indah dengan hiasan pada setiap kali kamu berada di dalam amal ibadah - Al Ar'aaf : 31

Maka, di dalam kamu beramal ibadah, menjadilah kamu seorang yang munafiq kerana hiasan batin tidak seindah hiasan pakaian dan wangian zahir.

Maka ingatlah bahawa apa yang sedang berlaku di sekeliling kamu adalah “tajallī” dari rancangan dan tipu dayaNya. Hanya mereka yang terpedaya sahaja yang akan terkecundang. Oleh itu, sekiranya di datangi sesuatu kepada kamu, jangan tergesa-gesa, kerana sifat tergesa-gesa sangat di benci Ellaha.

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Sains Neuro
Yunus : 92
Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami

Inilah akibat apabila Al Murid terlalu yakin bahawa dirinya “kebal” daripada kelalaian, kelupaan, kesilapan persepsi dan kesalahan dan mereka-mereka inilah yang mudah terperangkap oleh bias diri. Fenomena ini di panggil "overconfidence bias" kerana telah fanaa kepada keAkuan diri umpama Firaun apabila dia menerima pemberian dari nikmat Ellahi. Ia adalah suatu sistem yang merasa bahawa dirinya telah “stabil” tanpa menjangka ujian dari perubahan biasanya runtuh secara tiba-tiba tanpa di duga kerana belum bersedia menghadapi perturbation.

Al-Maa'uun : 5
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada ikut dengan rapat (apa yang diperintahkan ke atas mereka di dalam Al Qur'aan)

Dari segi Sains Neuro, rasa telah selamat yang palsu timbul kerana melihat hasil dari "pemberian" dan ini menurunkan tahap kewaspadaan neuron instinct seorang hamba; menjadikan dirinya lebih mudah lalai dan tertipu oleh kegembiraan dari rangsangan "pemberian" >> pujian, rasa diri sudah sempurna, kehebatan diri, nikmat Cinta, nikmat air mata, nikmat ilmu dan sebagainya. 

Mafhumnya, sesiapa yang menyangka diri telah selamat, sebenarnya dia-lah yang paling mudah tertipu. 

>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Adab mereka yang Al Arif 
>> tidak menyesal di atas sesuatu yang telah luput, tidak bergembira dengan pujian dan sesuatu yang mendatanginya. Ini adalah kerana mereka dapat melihat perkara-perkara itu dengan kasyaf "fanaa" dan kehilangan, kerana ia pada hakikatnya hanyalah bayang-bayang khayalan; dan ayat "Dunia ini hanya-lah permainan dan ilusi" menjadi jelas nyata pada cahaya basirah mereka! 

Bahawasanya, sesungguhnya,
Al Murid belum menjadi Al Murid yang Al Arif sehingga dia di beri Kerajaan Sulaiman lalu tidak melalaikan dirinya daripada Ellaha walau sekelip mata pun.

Al Israa : 45
Kami menetapkan RAHSIA Al Qur'aan di hijab di antara kamu dan di antara mereka yang tidak beriman dengan akhirat. 

Maulana Rumi:
Setiap petir yang memecah langit bukan membawa kemusnahan, tetapi membawa cahaya. Namun tidak semua mata sanggup memandang Cahaya itu.

Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani:
Tidak semua rahsia layak kau dapati dan di buka ke atas kamu sebelum tiba waktunya. Hati yang belum matang, andai di buka rahsia, ia akan luluh dan hilang arah

Kerana di dalam kerajaan ilmu-Nya, adab, ilmu dan amanah itu adalah darjat dan bukan satu kebanggaan. Tiada satu pun darjat yang di angkat ke atas diri seseorang melainkan dia-lah yang selayak-layak untuk menerima dan memikulnya dengan penoh kehambaan dan tawaduk.

Berhati-hatilah, kerana tipu daya dan rancangan Ellaha tidak hanya berlaku melalui peristiwa, perkara dan urusan namun, ia juga datang sebagai nikmat, pemberian, nota, mesej, berita dan panggilan. Jangan sampai kamu di hijab dari Rahsia Al Qur'aan dan tidak dapat melihat lagi apa yang benar dan apa yang ilusi.

Al An'aam : 53
Dan demikianlah Kami menguji sebahagian dari mereka dengan sebahagian yang lain. Bukan-kah Ellaha mengetahui siapa yang bersyukor?

Kamu masih belum lagi selamat! Tidak, sama sekali tidak! Kamu masih belum selamat! Maka, jangan sombong apabila di bukanya kamu kepada nikmatNya, kerana bukan setiap nikmatNya adalah dari rahmatNya!

Dan baca-lah dari penulisan ini sebagai suatu pengajaran, jika benar kamu siddiq>>
Apabila kalimah menjadi pedang
menyambar kamu seperti halilintar
lalu huruf-huruf menjadi cahaya kepada
mereka yang hati telah sujud 
mereka mengenal siapa yang berbicara!  

Apabila kalimah menjadi pedang
menyambar ego dan takabbur Firaun
huruf-huruf menjadi sengsara
lalu emosi akan berbicara

Segala yang ada di langit dan di bumi akan binasa. Dan yang kekal kebal hanya-lah Dia, Zat yang memiliki pada perbendaharaan Jamal dan JalalNya Kemegahan, Kebesaran, Ketinggian, Keagongan dan Kemuliaan.💘💘💘

Jadilah kamu hamba yang merendah diri
Jangan menjadi hamba yang meninggi 
kelak kamu akan di tarik ke dalam dasar lautan 
yang di izinNya di belah Muusa 💘

Dan sesungguhnya, Ellaha, Dia sahaja-lah yang selayaknya memakai selendang kesombongan kerana ketinggian dan keangkuhan diriNya. Mereka yang memakai selendangNya, maka akan tiba suatu masa dan ketika untuk di lebur dan dihancurkanNya. Dan ingat-lah, sesungguhnya janji Ellaha itu pasti!  

The sun shines so bright and flowers bloom so much due to fear of Ellaha 💕
 
Hadir Sang Guru hanyalah >>
An Naml : 92
Untuk membaca ayat-ayat Al-Qur'aan kepada mereka. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk Al Qur'aan maka faedah akan dikembalikan kepada dirinya dan sesiapa yang tersasar, maka, "Sesungguhnya aku hanyalah seorang penyampai berita dan amaran."

Meninggalkan adab mewajibkan pengusiran kepada sesiapa yang 
buruk adabnya di atas hamparan - kata para Wali.
 
Tidak ku minta untuk di hormati umpama seorang Raja mahupun Permaisuri, tidak ku minta apa jua balasan, pemberian mahupun gaji dari kamu kerana Cinta-ku kepadaNya lebih tinggi dari nilai dunia, tetapi, >>> cukuplah dengan santun mu. 💓

Katakanlah kepada mereka, kini aku menjauh dan berpaling dari semuanya! Cukuplah bagi ku Tuhan ku. Itu sahaja yang ingin ku katakan di sini dan tak usah engkau mengatakan apa-apa lagi! 

Sekian, seadanya. 💖


No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.