Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Thursday, November 13, 2025

Hakikat Perjalanan Al Murid

Kredit : freepik.com

Dan janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang lalai 
- Al Ar'aaf  205

Wahai mereka yang beriman, kamu tetap akan di uji!
Apakah mereka mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja dengan menyatakan, “Kami telah berserah diri!” sedang mereka tidak diuji lagi?"
Al Ankabuut : 2

Antara kegembiraan, kelalaian dan kelupaan — di sanalah rahsia perjalanan hati tersingkap. Dhkri adalah tali halus yang mengikat hati agar tidak terlepas ke lembah kelalaian. Dari kelalaian, maka akan timbul kelupaan kerana kelalaian adalah hijab di antara hamba dan Kekasihnya. Namun, apabila Al-Murid bergembira dengan anugerah yang dikurniakan kepadanya, maka di situlah kelalaian mula berbisik lembut, membalut nur kesedaran dengan selimut "keakuan." Dari keakuan, maka timbul-lah pra-sangka dari emosi dan aql, lalu setiap langkah dan keputusan, bergerak di atas emosi dan aql dan bukan lagi di atas siratNya yang tersembunyi.

God, the ever Al Mighty and Majestic, says, O' Children of Adam, you shall not be safe from My ruse until you have traversed the Path. Noone, except those who are lost, feel safe from the ruse of God - Hadith Qudsi.

Wahai anak-anak Adam, kamu tidak akan selamat daripada tipu daya-Ku dan rancangan-Ku sehingga kamu telah menempuh jalan yang lurus. Tiada sesiapa, melainkan mereka yang sesat, berasa selamat daripada tipu daya dan rancangan Ellaha - Hadith Qudsi.

Ketahuilah, wahai salik, bahawa kegembiraan terhadap pemberian adalah ujian yang halus dan di situlah hati di uji; kerana yang hakiki bukan pada pemberian, tetapi kepada Dia Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Barangsiapa hatinya bergembira kerana kurniaan, maka ia masih melihat "diri"nya; namun barangsiapa bergembira kerana Ellaha, maka ia telah fanaa dari "diri"nya dan baqaa pada Wujud-Nya. 

Namun, wahai Al Murid yang sedang bernafas di dalam dhkri, ketahuilah bahawa, apabila kamu bergembira dengan anugerah, di situ tersembunyi racun halus bagi hati. Kerana kegembiraan di atas pemberian akan menumbuhkan “keAkuan” sedang kegembiraan kepada Dia Yang Maha Berkuasa ke atas segala urusan dan perkara, memusnahkan “keAkuan.”

Jangan engkau mabuk oleh manisan nikmat, hingga engkau lupa kepada tangan yang memberi madu itu - Maulana Jalaluddin Rumi

Jadilah engkau di dalam nikmat sepertimana seorang yang sedang berlayar di lautan — jangan jadikan airnya masuk ke dalam perahu mu, nescaya engkau akan tenggelam - Shaikh Abd Qadir Al Jilani

Hamba yang bergembira kerana menerima,
masih hidup dalam bayangan dirinya;
tetapi yang bergembira kerana melihat Pemberi,
telah hidup dalam bayangan Wujud-Nya - Ibnu Al Araabi

Apabila diri memandang diri, maka, sudut pandang kamu hanya akan memandang "diri" di mana sahaja kamu menoleh, tanpa dapat melihat Dia Yang Maha Esa Maha Berkuasa. Di sini-lah, ramai Al Murid terkecundang semasa di dalam perjalanan menuju kepada Ellah Er Rahmaan Er Raheem. Dhkri mengandungi kesempurnaan penjagaan, kemaslahatan hati, berwaspada dari kelalaian dan memelihara diri dari hasutan dan bisikan. Jika masih ada "bisikan" dari sangkaan aql dan emosi, ketahuilah, dhkri kamu masih belum mahu berdiri dengan sempurna dan Al Fatiha masih belum mahu membuka rahsianya yang "tersembunyi." 

Fanaa bermaksud, meninggalkan Kehendak Diri untuk menuju kepada kehendakNya, tetapi Al Murid yang terikat dengan kegembiraan maka tenggelamlah kapal Titanic kerana bergembira dengan cintanya kepada kesempurnaan dirinya. Maka azab-lah kerana keAkuan dan kesombongannya.

Ellaha berfirman dengan maksud,

Dan di antara orang-orang yang TIDAK dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah mereka yang berkata: 
"Kami beriman kepada Ellaha dan kepada utusan penyampai-Nya dan kami taat" kemudian sepuak dari mereka berpaling sesudah pengakuan itu dan tidaklah mereka itu menjadi dari mereka yang beriman 
- An Nuur : 47

Iaitu mereka yang menghalang dirinya dari ilmu Ellaha, Ellaha sia-siakan segala amal mereka - Muhammad 47 : 1

Ia memalingkan dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari ilmu Ellaha; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak - Al Hajj 22 : 9  

Apabila bayangan "KeAkuan" muncul, tanpa di sedari, pandangan Al Murid adalah dari batas aql dan emosi. Aql adalah sempit, kata Saidina Ali r.a. Maka, Al Murid tidak lagi memandang Dia Yang Maha Esa Maha Berilmu di sebalik ilmu yang di sampaikan dari ayat-ayat perintahNya tetapi memandang "Diri" Si Penyampai lalu menggunakan aql dan emosi untuk mengambil keputusan. Wallahi, telah berapa ramai Al Murid terkecundang di dalam bab ini.

Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Ellaha, namun kamu lupa; dan, apabila kamu di timpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan - AnNahl - 53

Apabila kamu susah dan sakit, kamu meraung kepadaNya. Namun, apabila susah dan sakit itu di tarik balik, akhirnya kamu lupa kerana "gembira" dengan anugerah yang diberi. Lenyap sudah dari diri kamu sifat "kehambaan" dan hilang lenyap-lah pada diri kamu satu ayat dari sirat Al Fatiha >> hanya kepada Mu aku memperhambakan diri. Maka, Al Fatiha tidak lagi mahu membuka pintunya kepada mereka yang zalim dan sombong. Umpama kesombongan Titanic yang belayar dengan kemegahannya lalu tenggelam dengan kehancuran dan umpama Firaun yang tenggelam dengan azab kerana kesombongannya.

Apabila kamu menyeleweng, maka kamu fanaa dengan apa yang ada pada diri kamu daripada apa yang ada bagiNya. Lalu kamu mengabaikan ilmuNya dan menyamakan di antara kesukaan dan kebencian >> sudah tidak lagi berminat dan sebagainya, lalu kamu mengabaikan jalanNya. Tiada kerugian bagi Sang Guru walau sebesar zarah pun jika kamu menolak ilmu dan jalanNya! 

Sabda Rasulullah
Sesungguhnya Ellaha mengangkat sebahagian kaum dengan Al Qur'aan dan dengannya, Dia menghina dan merendahkan sebahagian yang lain.  

Maka, mereka yang Al Arif berkata, "perjalanan mereka yang "gembira" berakhir dengan keruntuhan dan kesempitan ke atas diri mereka." Maka, iyaaka na'budu wa iyyaka nasta'in >> kedudukan kefaqiran ini sudah tidak lagi mahu menjadi nyata ke atas diri mereka.

Cinta tidak mengenal kehilangan, kerana yang di cintai hanyalah Dia yang Al Wujud. Yang berpaling hanyalah bentuk, sedang hakikat Al Wujud tetap hadir - Ibn Araabi

Guru sejati tidak mengira jumlah murid, kerana setiap murid hanyalah ayat yang dibacakan oleh Ellaha kepadanya. Jika satu ayat selesai di baca, maka Guru pun melangkah ke ayat yang seterusnya — tanpa bersedih, tanpa bangga, tanpa ujub, kerana dia tahu dia hanya-lah hamba kepada Sang Pencipta dan dia sangat mencintai diriNya.

Guru tidak pernah rugi di atas kehilangan Al Murid, kerana hakikatnya tiada sesiapa pernah memiliki sesiapa. Al Murid hanya-lah bayang yang berjalan di sisi Sang Guru, dan apabila bayang itu lenyap, cahaya tetap bersinar pada dirinya sebagaimana wujudNya yang sedia ada.

Guru bukan pemilik jiwa, tetapi pembawa berita gembira dan amaran dari Yang Maha Esa lagi Maha Menguasai ke atas segala perkara. Maka, apabila seorang murid berlalu pergi, tiada sesuatu yang berkurang pada Sang Guru, kerana lautan tidak pernah berkurangan apabila ombaknya telah surut.

Maulana Rumi berbisik:
Jangan engkau sangka bunga itu bersedih ketika kelopaknya gugur, kerana gugur itu adalah cara kelopak itu dikembalikan ke akarnya.

Sang Guru mengajar bukan untuk di kekalkan Al Murid di dalam genggaman, tetapi untuk menyampaikan ayat-ayat Ellaha melalui ilmuNya dan cintaNya. Dia tidak pernah meminta gaji mahupun pemberian kepada sesiapa kerana cukuplah bagi dirinya, gaji di tangan Ellahi. Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani berkataBarangsiapa mengajar kerana Ellaha, maka ia tidak menunggu kembalinya murid, kerana ganjarannya telah kembali kepada-Nya sejak kata pertama diucapkannya.

Sesungguhnya mereka tidak mendustakan mu, tetapi mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Ellaha yang di sampaikan ke atas mereka - Al An'aam : 33

Tugas yang telah di amanahkanNya untuk menyampaikan ayat-ayatNya kepada Sang Guru telah di sampaikannya dengan penoh ketaatan kepada Al Murid πŸ’“ dan Sang Guru sedia menunggu dengan kepatuhan dan ketaksuban kepadaNya sesiapa sahaja yang dipilihNya untuk, bukan sahaja di keluarkan dari menjadi Ahli Al Qur'aan, tetapi siapa yang akan di bimbing dan siapa pula yang akan di ujiNya ke atas keimanan mereka. 

Maka, bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Ellaha yang menyebabkan mereka di bunuh dan di hapuskan. Dan bukan engkau yang melempar, akan tetapi Ellaha jua-lah yang melempar untuk membinasakan mereka yang tidak percaya dan untuk mengurniakan mereka yang selamat dengan kemenangan yang besar dari sisi-Nya - Al Anfaal : 17

Kehilangan hanya-lah ilusi bagi mereka yang masih melihat dengan mata. Bagi Sang Guru, tiada istilah kehilangan pada jalan Ellaha, kerana setiap perpisahan dan apa yang dilemparkanNya keluar dari diri Sang Guru adalah isyarat dari cintaNya, untuk menjaga Sang Guru dan untuk menyatakan >> si polan ini Aku menerimanya atau si polan ini, Aku menolaknya. Bukan kamu yang melempar keluar, Dia-lah yang melempar keluar sesiapa yang dikehendakinya dari memperolehi rahsia-rahsia pada ayat-ayatNya dan nama-namaNya. Sesungguhnya, Dia-lah Ellaha Al Qaadir Al Hakiim Al Aziim dan Dia tidak pernah lalai!

Maka berhati-hatilah, wahai salik,
kerana kegembiraan membawa kepada kelalaian 
dan kelalaian membawa kepada kelupaan
dan ia tidak selalu datang dengan dosa,
terkadang ia datang sebagai bisikan halus dari aql dan emosi 
Ingatlah, kelalaian bukan hanya lupa kepadaNya  
tetapi lupa bahawa tiada sesuatu selain dari diriNya
tiada sesuatu selain dari agamaNya
tiada sesuatu selain dari petunjukNya ke atas sirat yang telah ditetapkanNya 
dan bahawasanya, sesungguhnya, 
Dia Huwa'llahu Ahad Ellahu As Somadu
dan Dia-lah Ellahu Al Qaadir Yang Maha Menguasai.

Begitu-lah cara Al Khaliq, kamu tidak akan pernah selamat daripada tipu daya-Nya dan rancangan-Nya >> di berinya kamu "anugerah" untuk melihat corak kelakuan kamu lalu kamu merancang dengan kesombongan! Namun, sesungguhnya, ketahui-lah bahawa Dia lagi Maha Hebat akan perancanganNya - Al Anfaal : 30 >>>> and let that sink in!

Dan ketahui-lah bahawa, sesungguhnya, agama dan deen Ellaha tetap akan menang dengan kemenangan yang besar dan kebatilan tetap akan dihapuskan dan dilenyapkanNya πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Dari Dia dengan Dia bersama Dia > kini dan selamanya! πŸ’˜

Love and Light πŸ’πŸ’ž


No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.