Al Ghafir 40: 4
Tiada yang berdebat tentang ayat-ayat Ellaha melainkan mereka yang kafir (tidak percaya)
Al-Baqara 2: 258
Tidakkah engkau melihat orang yang berhujah dengan Ibrahim tentang Tuhannya?
Do not contend with those who know not
for words unrooted in knowledge and speech divorced from His Word
are like swords without edges
it wounds only the flesh yet brings forth no Truth to the Soul
Speak only with those whose hearts are receptive
and minds that are illumined by the desire of longing and yearning towards none but Him alone π
Once you debate with an ignorant fool, you have lost - Saidina Ali r.a >> Imam Syafie
Adapun diam di hadapan kebodohan
itulah keselamatan bagi Al Arif
Dan berpaling daripada perdebatan yang sia-sia
itulah adab orang yang telah mengenal Tuhan
Dia-lah Ellaha Yang Esa lagi Maha Benar QalamNya
Syaikh Abd Qadiir Al Jilani
Al-Hajj 22: 3
Dan di antara manusia, ada yang berdebat tentang Ellaha tanpa ilmu dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan kerana ia telah menurut tiap-tiap apa yang telah di bawa oleh syaitan-syaitan yang telah menjadi sebati dengannya
Al-Hajj 22: 8
Dan di antara manusia, ada yang berdebat tentang Ellaha tanpa ilmu, tanpa petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi Cahaya
Usah berhujah dengan mereka yang tidak mengkaji Al Qur'aan secara taffakur yang mendalam dan dengan kegilaan yang melampau, kerana suara tanpa ilmu hanya-lah angin yang bertiup tanpa arah dan kebenaran tidak dapat singgah pada hati yang sudah di kunci dan di tutup rapat. Such exchanges only create fire than Light and when a debate is lost, slander will become their only tool.
Al Israa : 41
Dan sesungguhnya Kami telah sorof/menjelaskan dengan berbagai cara di dalam bentuk perbandingan yang berbeza-beza di dalam Al Qur'aan supaya ia memberi peringatan, dan tidak ia menambah serta meningkatkan keberkatan, rahmat, kurniaan, kebaikan, kebahagiaan dan keselamatan kepada mereka melainkan mereka menolak/berpaling/enggan mendekatinya dan menjauhkan diri darinya
Wahai para pencari haqiqat kehidupan
yang hati sentiasa berada di dalam sentuhan Cahaya
Telah datang kepada kalian ayat-ayat Ellahi
di bacakan ke atas kalian dengan jelas lagi nyata
dan kalian telahpun meneguknya
dengan mata dan suara hati
yang akan tertulis di dalam kitab suratan amal
kelak ianya akan di buka ke atas kamu
pabila kamu telah kembali kepadaNya
Maka sesiapa yang mahu beriman dan percaya
sila melangkah masuk ke maqam Al Yakin
dan sesiapa yang mahu berpaling serta tidak merasa takut pada maqam Ellaha
maka sila-lah berlalu pergi ke arah jalan yang di pilih
Namun, jangan sesekali lupa
bahawa sesungguhnya, sesiapa yang bertekuk lutut pada selain dari Al Qur'aan
telah di tentukan ke atas dirinya jahanam, lalu di keluarkan dirinya dari rahmatNya dan dimasukkan ke dalam kegelapan >>kemurungan, penyakit mental, kesusahan, kesempitan, kesengsaraan, kelakuan buruk, rancangan tipudaya dari nikmatNya dan lain-lain azab yang ditentukanNya pada ilmuNya Yang Maha Meliputi setiap jiwa dan kamu akan dapati tiada sebarang pertolongan dariNya.
Al Anbiyaa : 105
Demi sesungguhnya, Kami telah menulis di dalam Kitab-Kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya di Lauh Mahfuz : "Bahawasanya, bumi akan di warisi oleh hamba-hambaKu yang soleh"
Sesungguhnya, sesiapa yang bertekuk lutut pada Al Qur'aan dengan ketaatan dan kepatuhan yang melampau, maka, telah di tentukan ke atas dirinya segala fadhilat kebaikan lalu dirinya di buka kepada pintu-pintu nikmat dari rahmatNya untuk memperolehi khazanahNya, demi kebahagiaan di dunia dan Al Akhiraat.
Tugasku hanya menyampaikan setitis dari lautan Qalam-Nya, dan sekadar mengetuk pintu hati dengan isyarat-isyarat yang telah lama dinyalakan oleh para Kekasih-Nya.
Sesungguhnya telah banyak ayat-ayat Ellaha diperjelaskan dan dibuktikan dan selebihnya adalah urusan kalian dengan Dia Yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa ke atas diri kalian.
Al An'aam : 32
Sesungguhnya, kediaman Al-Akhirat ialah kesedaran Tuhan
Harim Ibni Hayyan bertanya kepada Uwais Al Qarni :
bacakan kepada ku ayat-ayat Al Qur'aan. Sungguh, saya mencintai mu di jalan Ellaha. Uwais Al Qarni, sambil memegang tangan Harim berkata, "Aku berlindung kepada Ellaha Yang Maha Mendengar Maha Mengetahui dari syaitan terkutuk." Dengan menyebut nama Ellaha Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lalu menangis dan berkata, "Duhai Rabb, perkataan paling benar adalah perkataan Mu, perkataan yang paling jujur adalah perkataan Mu dan perkataan yang terbaik adalah perkataan Mu." π’π’π’
Sekian, seadanya. π

No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you.