Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Wednesday, December 17, 2025

Al Murid Hilang Arah

Ramai rebah di batas lurus
kerana Sabar di anggap Buruk
ramai gugur di pintu Jalan
bukan gelita jadi halangan
NUR hadir tidak di sambutkan
kerana DIRI enggan di tanggalkan
Copyright Lirik YouTuber@PensilLangitOfficial

Wahai Al Murid yang hilang arah! .... tafakur dengan mendalam akan haqiqat makna pada lirik ini. πŸ’ž

Segala yang ada akan fanaa' 
yang baqaa hanya wajahNya 
yang memiliki keagongan dan kemuliaan
Ar Rahmaan : 26 - 27

Wahai jiwa yang hilang arah
mengapa mencari lautan
sedangkan engkau titisan hujan dari rahmatNya
yang dilimpahkan dari awan kerinduan dan Cinta

Kamu di bakar kerana hilang arah 
Namun, hadirnya bakaran bukan untuk membinasakan 
Tetapi untuk meleraikan kamu dari ikatan sandaran
agar Cinta mula berbicara
untuk mengubahmu menjadi Cahaya
supaya kamu fanaa hanya kepada Wajah-Nya.

Lepaskan namamu,
Hapuskan ceritamu,
Musnahkan dirimu.
Menarilah di medan kefanaa’an,
hingga terlerai keAkuan 
dan hanya Kekasih-mu yang kekal
Lalu kamu akan dapati CintaNya
menyentuh sukma sirr di Maqam Rasa.

pabila "Diri" di lenyapkan
di situ lah Cinta mula berputik
pabila "Diri" di diamkan
di situ Dia mula berbicara
tanpa hurof tanpa suara πŸ’–πŸ’—
Maryam Al Jamalulail πŸ’ž

No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.