17. Al Israa : 45
Dan sesiapa yang mengaji, mengerti, masyur, telah memahami dengan mendalam, menerima, mengenali, menyedari, tahu, mengenal dan mafhum Al'Qur'aan, Kami menetapkan RAHSIA'nya di hijab di antara kamu dan di antara mereka yang tidak beriman dengan akhirat.
Sabda Rasulullah
Sesungguhnya Ellaha mengangkat sebahagian kaum dengan Al Qur'aan dan dengannya, Dia menghina dan merendahkan sebahagian yang lain.
Soalan
Wahai Rabb Yang Maha Menguasai segala perkara, kenapa di hijab RAHSIA kepada mereka yang tidak beriman dengan Al Akhiraat? Siapa-kah golongan yang tidak percaya kepada Al Akhiraat itu?
Pertama
17. Al Israa 45 >> 1. Al Fatihaa << Ibu Al Qur'aan >> Kunci dan Pembuka kepada mereka yang Mu'min.
Israa menuju kepada Tuhanmu dengan Ibu Al Qur'aan. Di kunci Rahsia di sebalik makna Al Fatiha kepada mereka yang tidak beriman dengan ayat-ayatNya. Apabila Kunci Al Fatiha tidak di buka pintunya kepada kamu, bagaimana kamu hendak membuka pintu-pintu kepada ayat-ayatNya yang lain? Jika ibu sudah tidak mahu membuka pintu untuk anaknya masuk ke dalam rumah, maka, hilanglah segala rahmat di dalam rumah ke atas anaknya itu!
45 >> 4 + 5 = 9 >> 9. At Tawba
17 >> 1 + 7 = 8 >> 8 + 1 (Fatiha) = 9
9. At Tawbaa : 9
Mereka yang menukar ayat-ayat Ellahi dengan harapan dan harga yang rendah dan berpaling dari jalanNya. Sesungguhnya, amat jahat apa yang mereka telah lakukan itu.
17. Al Israa : 45 (45 + 1) >> 46
17. Al Israa : 46
Dan Kami menetapkan perbendaharaan sebagai penutup ke atas hati mereka agar mereka tidak dapat memahami dengan mendalam dan penutup pada telinga mereka supaya mereka tidak dapat mendengar. Iaitu, mereka, apabila kamu menyebut hanya Tuhan kamu semata-mata di dalam Al Qur'aan, mereka menjauh/berpaling dengan penolakan yang keras.
Kedua
1. Al Fatiha 7 ayat (4 + 3) >> 43. Az Zukhruf
112. Al Ikhlaas >> 7 ayat kiri + 7 ayat kanan = 14
5. Al Maidah : 15 - Telah datang Cahaya dan Al Qur'aan dari Ellaha.
19 hurofs Bismillah
43. Az Zukhruf : 14
Mereka berkata “Sesungguhnya kepada Rabb kami kembali."
43. Az Zukhruf : 15
Tetapi mereka mengaitkan dan menjadikan bersama Ellaha sebahagian dari hamba-hambaNya.
43. Az Zukhruf : 19
Padahal mereka-mereka ini adalah hamba-hamba (ibad’ul) Ar Rahmaan.
Soalan
Wahai Rabb Yang Maha Pemurah, Yang Maha Berilmu lagi Maha Mengetahui, siapa-kah mereka yang Engkau tinggikan darjaat dengan mengangkat mereka lalu membuka ke atas mereka Rahsia Al Qur'aan?
Hisab Al Jumal
Al Batin (62) >> 6 + 2= 8 >>> Al Zahir (1106) >> 1+1+0+6= 8
Sunnatu'llahi di sebut sebanyak 8 kali di dalam Al Qur'aan.
>>> Maka, mereka yang di angkat darjaat adalah mereka yang tegak berdiri tegoh umpama besi, zahir dan batin, di atas Sunnah Ellahi pada jalan Al Qur'aan.
Zahir (8) dan Batin (8) >> 88. Al Ghaasyiyah >> 1, 6, 8
88. Al-Ghaasyiyah : 8
Muka mereka yang beriman (pada sunnah Ellahi) pada hari itu berseri-seri.
8. Al Anfaal : 8
Al Qur'aan menegakkan Al'Haqq dan menghapuskan Al'Baatil
Deen dan agama >> yang HAQ di dasari melalui pintu ilmu yang tinggi. Agama palsu dan baatil menjadikan adat perhambaan kepada makhluk, i-taghut (ketua-ketua agama, idola, pujaan, ikon, figura) dan dunia.
Namun, mereka yang ingkar dan kufur >>
88. Al-Ghaasyiyah : 1
Sudahkah sampai kepada kamu Hadiithu Al'Ghaashiya?
88. Al-Ghaasyiyah : 6
Tiada makanan bagi mereka pada hari itu selain dari pokok-pokok yang berduri.
1. Al Fatiha : 6 >> 6. Al An'aam
Al Fatiha : 6 (Tunjukkanlah) kami sirat >> اهْدِنَا adalah perkataan yang ke 18 pada Surah Al Fatiha.
6. Al An'aam : 18
Dan Dia Maha Berkuasa ke atas sekalian hambaNya!
18. Al Kahfi : 6
Maka jangan kamu (wahai Muhammad) membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Hadith ini.
>> Al Qur'aan itu Hadith Ellahi dan Hadith Ellahi adalah Sunnah Ellahi >> Al Fath : 23; Al Israa : 77; Al Ahzaab : 62; Al Waaqiah : 77 & 81; Al Ahzaab : 38
Kenapa negara Islam ramai yang sengsara dan di hinakan wahai Rabb Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih?
Hisab Al Jumal
1. Al Fatiha : 6 >> Tunjukkanlah kami sirat (perkataan ke 18)
Juz (45) >> 4 + 5 = 9 >> (7&2) >> 72. Al Jinn *** Juz (Juzuk Al Qur'aan)
72. Al Jinn : 18
Al Massajida milik Ellahi, maka, jangan kamu seru dan Ahad-kan sesiapa bersama Ellaha di dalamnya.
1. Al Fatiha : 6 Tunjukkanlah kami sirat >> (1+1+4) 114
1. Zahir dan 1. Batin >> (1 + 1= 2) 2. Al Baqara
2. Al Baqara : 114
Dan apa yang lebih zalim dari mereka yang menghalang masjid Ellahi dari di ingati nama-namaNya di dalamnya dan mereka itu-lah yang berusaha untuk memusnahkan masjid itu. Tidak-lah mereka itu untuk masuk ke dalamnya melainkan rasa gementar, takut dan gerun kepadaNya. Kepada mereka kehinaan di dalam dunia dan mereka akan dapati azab yang agong .... gudnite!
1. Al Fatiha : 6 Tunjukkanlah kami sirat >> Tunjukkanlah >> perkataan ke 18 Al Fatiha
73 Golongan >> 73. Al Muzzammil (Golongan Yang Berselimut)
73. AL MUZZAMMIL : 18
Langit terbelah dengan keingkaran mereka; janji ini (azab) terhadap mereka tetap terlaksana.
73. AL MUZZAMIL : 19
Sesungguhnya, ini Taz'kira maka sesiapa tidak berkehendak sedemikian hendaklah dia mengambil jalan menuju kepada Rabbi-nya
1. Al Fatiha : 5 Kepada Mu sahaja aku memperhambakan diri >> 5. Al Maaida : 15
Mereka yang terbalik >> 15 jadi 51 >> 51. Adh Dzaariyaat
51. Adh Dzaariyaat : 51
Dan jangan kamu adakan tuhan yang lain bersama Ellaha kerana sesungguhnya aku hanya utusan Ellaha kepada kamu sebagai pemberi amaran.
Hisab Jumal
AL Ahad (13) >> 1 & 3 (1 + 3 = 4) 1. Al Fatiha 3. Al-I'Imraan
AL Wahid (19) 1 + 9 = 10 (6 +4)
1. Al Fatiha : 4
Dia-lah Penguasa dan Pemilik kepada cara hidup yang telah distrukturkanNya pada jalan yang selamat.
3. Al-I'Imraan : 10
Sesungguhnya, mereka yang kafaru ayat-ayatNya, kekayaan mereka mahupun anak-anak mereka tidak dapat membantu mahupun menyelamatkan mereka dari Ellahi sama sekali. Dan mereka-mereka itulah yang menjadi bahan bakaran api neraka.
3. Al-I'mraan : 64
Jangan ambil selain dari Ellaha untuk dijadikan orang yang di puja dan di dewa-dewakan.
Juz (45) >> 4 + 5 =9 >> 9. At Tawba
Alif Lam Lam Ha (66) >> 33 + 33
9. At Tawbah : 33
Orang musyrik tidak menyukai syirik di hapuskan.
33. Al Ahzaab: 9
Ellaha sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
33. Al Ahzaab : 33
Sesungguhnya Ellaha memerintahkan kamu supaya menghapuskan perkara yang mencemar diri kamu - wahai "AhlulBait" hendak-lah kamu mensucikan diri dari segala perkara yang tidak baik.
Jangan sesekali kamu mencabar keTUNGGALan dan keESAan-Nya!!!
1. Al Fatiha 7 ayat >> 7. Al Ar'aaf
1. Al Fatiha : 3 >> Ar Rahmaan Ar Raheem
1. Al Fatiha : 4 >> Dia-lah Penguasa dan Pemilik kepada cara hidup yang telah distrukturkanNya pada jalan yang selamat.
7. Al Ar'aaf : 3
Katakanlah: "Turutlah kamu apa yang diturunkan ke atas kamu dari Tuhan kamu dan jangan kamu ikut dan adakan penolong bersama Ellaha; jarang sekali kamu mengambil peringatan ini."
7. Al Ar'aaf : 4
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
7. Al Ar'aaf : 34 (AMARAN!)
Dan tiap umat telah ditetapkan ajal mereka; maka ajal akan tetap datang menemui mereka. Dan tidak mereka akan dikemudiankan mahupun di dahulukan, walau sesaat akannya.
Soalan.
Wahai Rabb Yang Maha Menguasai segala perkara Ar Rahman Ar Raheem, bagaimana-kah kami dapat keluar dari perkara-perkara yang Engkau murkai ini?
Hisab Al Jumal
Al Akhir (801) >> 8 + 1= 9 At Tawba
Al Awal (37) >> 3 + 7 = 10 Yunus
9. At Tawba >> 10. Yunus
Kembali-lah kamu bertaubat dengan taubatan nasuha pada contoh ikutan Nabi Yunus >> Al An'aam : 90
Taa Haa : 100
Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al Qur'aan, maka sesungguhnya ia pada hari qiamat menanggung beban dosa yang amat berat.
Al Kahfi : 29
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran telah datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya."
Al-Qur’aan tidak sesekali terkesan oleh keangkuhan kamu mahupun tersentuh oleh kesombongan kamu. Ia tetap teguh berdiri di atas Qalam-Nya, tegak dengan hakikat yang tidak pernah musnah. Angin ujub tidak mampu mengusiknya, ombak takabbur tidak dapat menenggelamkannya. Sesungguhnya ia adalah cahaya yang menenggelamkan kegelapan. Sesiapa yang menyelam ke dalam lautannya yang penoh bermakna dengan hati yang makrifah, akan karam-lah ia di dalam Cinta-Nya, bukan di dalam keAkuan diri.
Barang siapa yang mendekati Al-Qur’aan dengan hati yang berdebu, nescaya ia tidak dapat mendengar suaranya mahupun terbuka hijab pada rahsiaNya dan penglihatan tidak akan dapat mencapainya walau ia di iqraa ribuan kali mahupun di hafal jutaan kali. Namun, sesiapa yang datang kepadanya dengan merendah diri di hadapan Ellahi Yang Maha Pemurah nescaya setiap hurof akan menjadi makna, setiap makna akan berbicara secara Rahsia di dalam sirr yang tersembunyi. May your heart hear unspoken words, clearly.
Sesungguhnya Al-Qur’aan hanya berbicara kepada mereka yang telah hancur hatinya kerana terlalu majnun kepada Tuhan-nya, yang berdiri, ruku dan sujud hanya kepadaNya dan bukan selainNya.
Mereka yang datang kepada Al Qur'aan dengan adab, akan dilimpahi dengan khazanah ilmu dan akan pulang dengan kegembiraan. Wahai anak-anak ku, apabila iqra Al-Qur’aan, jangan mencari suara yang indah alunannya mahupun pujian dari manusia, kerana kalimah Ellaha bukan untuk hiasan lidah dan dunia, tetapi untuk membakar hijab yang menutup diri dan membangkitkan jiwa yang mati.
Apabila Nuun bertemu Qaaf! 💝
Maka, rendahkanlah dirimu, menyelusuri maqam ruh ketika ia tunduk patuh dan sujud kepada ayat-ayat Ellahi, sebagaimana bumi menerima hujan, lalu menjadi aktif dengan getaran makna. Hati dan jiwa pasrah menyerah tanpa soal, akan disirami dengan rahmat yang turun dari langit makrifah. Tatkala Nur menyentuh jiwamu, engkau akan dihidupkan semula sebagai pembawa rahsiaNya lalu bernafas kamu di dalam cahaya yang menerangi. Tiada lagi “aku” ... yang tinggal hanya Cinta yang berbicara tanpa hurof tanpa suara.
Wahai kekasih yang mencari, apabila Nur Al-Qur’aan menerangi, engkau tidak lagi membaca huruf, engkau akan fanaa di dalam dakapan makna. Dan di saat itu, setiap hela nafas mu menjadi zikraa, dan setiap diam mu menjadi sujud.
Apabila hati sudah dihancurkan oleh sujud dan cinta,
di sana rahsiaNya akan mekar berbunga,
tanpa benih tanpa akar,
tanpa sempadan tanpa noktah. 💞
Sesungguhnya, Al Qur'aan itu adalah roh yang menghidupkan hati yang telah mati dan jiwa yang telah lama tidor.
No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you.