Bahaya kekeliruan di antara An Nabiyyu dan An Nabiyyi!
Wahai para agamawan! Semoga kamu perbetulkan apa yang telah kamu kelirukan kelak kamu akan di tanya, apakah yang telah kamu lakukan demi mempertahankan kebenaran agamaNya.
Apakah kekeliruan itu?

Terjemahan di petik dari https://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/ Surah Al Ahzaab : 56 >>
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (YUSALUNA ALAA) (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad (An NABIYYI); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah (SALU) kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Yusaluna >> telah di terjemah sebagai SELAWAT
Salu >> telah di terjemah sebagai SELAWAT
An Nabiyyi >> telah di terjemah sebagai NABI MUHAMMAD
Namun >> pada tahiyyat awal dan tahiyyat akhir solat 5 waktu, kamu lafaz >> Assalaamu’aLaika ayyuhan NABIYYU warahmatullaahi wabarakaayuh.
(Lafaz kepada tahiyyat kamu itu, amaranNya ada pada Surah Yunus 10 : 10 & 11).
Kamu lafaz AN NABIYUU pada tahiyyat kamu yang merujuk kepada Nabi Muhammad sedangkan pada terjemahan di Surah Al Ahzaab ayat 56 AN NABIYYI kamu juga merujuk kepada Nabi Muhammad.
Namun, apakah sebenarnya makna AN NABIYYU dan AN NABIYYI pada petunjuk Al Qur'aan?
Qs 2 : 61 & 177 & 213 Qs 3 : 21 >> l-nabiyīna >> the Prophets >> (para Nabi).
Qs 3 : 68 >> l-nabiyu >>[the] Prophet >> (Nabi).
Qs 33 : 6 >> al-nabiyu >> [the] Prophet >> (Nabi).
Di dalam erti kata lain, kamu telah mengubah dan menukar makna AN NABIYYU DAN AN NABIYYI dengan merujuk ia kepada Nabi Muhammad. Dan, dari perbandingan ayat-ayat Al Qur'aan yang di hamparkan dengan jelas, terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa makna AN NABIYYU dan AN NABIYYI adalah dua perkataan yang sangat berbeza maknanya.
Oleh hal yang sedemikian rupa adanya, maka, Surah Al Ahzaab ayat 56 terang jelas lagi bersuluh menyebut AN NABIYYI dan bukan AN NABIYYU sepertimana yang kamu telah lafaz AN NABIYYU di dalam tahiyyat kamu. Ini jelas menunjukkan bahawa, kamu tahu bahawa makna AN NABIYYU itu merujuk kepada Nabi Muhammad.
Dan, pada Surah Al Ahzaab ayat 56 kamu menyatakan bahawa ﷲ dan para malaikatNya berSELAWAT (YUSALUNA) ke atas (alaa An NABIYYI) maka, hendaklah kamu berSELAWAT ke atas PARA NABI (AN NABIYYI) dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad (AN NABIYYU) jika benar makna YUSALUNA itu kamu terjemah sebagai SELAWAT. Maka, laksanakanlah apa yang telah di perintahkan ke atas kamu itu, jika benar kamu siddiq.
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran - Al Israa' : 89
Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir; dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur - Al Furqaan : 50
Padahal, terjemahan yang sebenar mengikut petunjuk An Nabiyyi dari ayat Al Qur'aan yang berulang-ulang itu ialah >>
Surah Al Ahzaab ayat 56
Sesungguhnya, ﷲ (Innallaha) dan (Wa) para Malaaikat-Nya (Malaaikata-hu) ikut dengan rapat ke atas (Yusolluuna Älaa) para Nabi (An'Nabiyyi). Wahai (Yaa Ayyuha) mereka yang (Ellaziina) selamat (Aamanu') ikut dengan rapat ke atas mereka (Sollu' Älay'hi) dan serah diri kamu (Salli'mu') dengan penyerahan yang bulat-bulat (Tas'liimaa)
>> Ayat ini selari, pairing, parallel, seia sekata dengan Surah Al An'aam : 90.
Lihat bagaimana terjemahan An Nabiyyi dan An Nabiyyu mampu membawa kita kepada kesilapan di dalam melaksanakan perintahNya dan ini adalah suatu perkara yang amat menggerunkan, jika benar kamu gerun dan gentar serta takut kepada ﷲ.
Selawat kepada Nabi Muhammad adalah dari tradisi Syiah. Dan apabila ulama Parsi menterjemah Al Qur'aan (boleh kaji secara intensif sejarah terjemahan Al Qur'aan), mereka menggunakan tradisi dan makna dari bahasa mereka dari menterjemah ayat-ayat Al Qur'aan satu persatu mengikut perbandingan ayat-ayat Al Qur'aan yang berulang-ulang. Yang paling gerun ialah mereka menggunakan aql dari menterjemah mengikut bahasa Araab Al Qur'aan yang telah dihukumkan ke atasnya, oleh itu timbul fitnah dari maknanya yang sebenar (Al Baqarah : 191).
"Around 2010, Dr Moret says she began to investigate hidden governance structures and elite networks to get to the bottom of who "really rules the world" and she arrived at her core historical thesis that Ancient Iranian/Persian (Zoroastrian) bloodlines originating 5000 years ago have continuously controlled global power structures." Mereka-mereka inilah yang control stuktur dan tatacara amal ibadah dan sistem kepercayaan dan bagaimana ia harus di laksanakan, menulis hadith-hadith dan memanipulasi serta mengubah kebanyakan terjemahan pada makna ayat-ayat Al Qur'aan mengikut kesesuaian naratif mereka. Dan sesiapa yang tidak mengikut naratif mereka di label dan di hukum sebagai sesat seolah merekalah Pentadbir urusan manusa. Namun, ada wali-wali ﷲ dari Parsi yang di anugerah ilmu-ilmu laduni yang membawa kebenaran agamaNya dan ketahuilah, akan tiba masanya agama Ellaha yang Al Haq akan menang.
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran - Ibrahim : 18
Lain yang di perintahkan, lain yang di buat dan kita merasai kita telah melaksanakan amal ibadah dengan sempurna untuk di kumpul dan di bawa pulang ke pintu syurga, namun, kita tidak pernah terfikir kut apabila sampai di sana, di dapati amalan kita hanyalah debu yang berterbangan (Al Furqaan : 23) dan tidak terpakai sebagaimana kita telah menjadikan Al Qur'aan sebagai perlembagaan yang tidak terpakai (Al Furqaan : 30).
Mereka menukarkan ayat-ayat ﷲ dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu menghalangi dirinya dan orang-orang lain dari agama ﷲ yang lurus; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan - At Taubah : 99
Wahai para agamawan, jangan sesekali kamu mengikut sahaja tanpa usul periksa, tanpa menggunakan aql kamu untuk merenung akan ayat-ayatNya satu persatu kerana >>> Sesungguhnya Al-Qur'aan itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepada kamu dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan) - Az-Zukhruf : 44
Dan di bulan puasa yang mulia ini, adakah kita semua telah di buka kepada RAHSIA Al Qur'aan pada malam Laylatul'Qadr atau puasa kita hanya sekadar lapar dan dahaga tanpa membawa apa-apa makna. 😢
Dan akhir sekali untuk renungan bersama >>
Dan kamu tidak akan dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatu pun kecuali mematuhi cara yang telah di struktur dan di atur oleh ﷲ, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam - At Takwir : 29
👆 Ingat! bukan ke atas kehendak kamu wahai para agamawan untuk menentukan amalan mengikut cara yang kamu atur, melainkan hanya dengan cara yang telah di susun atur ﷲ. Sesungguhnya, Dia yang mentadbir, bukan kamu! Sesungguhnya Dia Al Wakil bukan kamu dan sesungguhnya Sunnah ﷲ adalah Al Haqqu.
Kuasa menetapkan sesuatu itu hanya tertentu bagi ﷲ - Surah Yusuf 12 : 67
Dan jika kamu menurut kebanyakan orang yang ada di mukabumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan ﷲ. Tidak mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanya-lah berbohong dengan kedustaan - Al An'aam : 116
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad (Khutbah Perpisahan) disampaikan pada 9 Dzulhijjah tahun 10 Hijrah semasa Hajjatul Wida' (Haji Perpisahan) di Lembah Uranah, Arafah. Namun, ada 3 versi dari perawi-perawi >>
1 >>> I leave with you Qur'aan and Sunnah - Muwatta, 46/3.
2 >>> I leave with you Qur'aan and Ahlul-Bayt - Muslim 44/4, NU2408; Ibn Hanbal 4/366; Darimi 23/1, NU 3319.
3 >>> I leave you for Qur'aan alone you shall uphold it - Muslim 15/19, nu 1218; Ibn Majah 25/84, Abu Dawud 11/56.
Dan soalan yang patut kita tanya pada diri kita ialah "adakah aku yakin dan taat serta tunduk patuh hanya kepada Qalam ﷲ atau kepada qalam manusia yang sering berbelit-belit."
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Ellaha Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan - Yunus 10 : 36
Dan kamu semua akan di tanya kelak, kenapa tidak menggunakan aql untuk mencari kebenaran dan petunjukNya dengan Al Qur'aan.
Renung-renungkanlah.
Sharifah Aminah Al Jamalulail
No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you.