Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Sunday, January 22, 2023

"Allahuma" - Ummah Berdoa Kepada "tuhan yang ramai" atau Tuhan Yang Maha Esa?

Al Qur'aan adalah peringatan dan petunjuk kepada kaum yang Al Yakin

Az Zukhruf : 44
Dan sesungguhnya Al Qur'aan itu memberi kemuliaan dan peringatan kepada kamu dan kepada kaum mu dan kamu akan di tanya kelak tentang isi kandungunannya yang telah kamu amalkan 

Taa Haa : 124
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkannya di dalam keadaan buta pada hari Kiamat

Al Anbiyaa : 106
Sesungguhnya (Inna), terdapat (La) balagha (Balaghah) di dalamnya (Al Qur'aan)(Fii Haaza) kepada (Li) kaum (Qaw'min) yang menghambakan diri hanya kepadaNya (Ääbidiin)
  
Al Jathiyaa : 6 & 7
Dalami, renung, analisa dengan mendalam (Til'ka) ayat-ayat Ellahi (Aayaatu-llahi) yang di bacakan ke atas kamu (Nat'luu-ha Älai'ka) dengan HAQ (Bil' Haqqi). Maka, dengan Hadiith yang mana-kah (Bi Ayyi Hadiithi) selepas Ellahi dan ayat-ayatNya (Ba'dallahi Wa Aayaati-hi) yang akan kamu percaya (Yu'minuun)?  

Yusuf : 2
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Qur'aan yang di baca dengan bahasa Araab, supaya kamu menggunakan aql untuk merenung dan memahami akannya  


Perkataan "Allahumma" bukan bahasa Araab dan ianya tidak di sebut di dalam Al Qur'aan! "Allahumma" di kaitkan dengan tuntutan yang dibuat oleh Al Khalil Ibn Ahmad Al Farahidi (174H) yang menyatakan bahawa maksud "Allahumma" itu membawa maksud, "Ya Allah."

Yang di sebut di dalam Al Qu'raan adalah >> l'lahuma.
(Qs 3:26:2) l-lahuma قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاء
(Qs 5:114:5) l-lahuma قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ
(Qs 8:32:3) l-lahuma وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَٰذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً
(Qs 10:10:4) l-lahuma دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ
(Qs 39:46:2) l-lahuma قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ

Persamaan "Allahumma" dengan perkataan "Elohim"
"Allahumma" adalah persamaan dengan perkataan "Elohim" di dalam kitab Hebrew Bible yang telah korup. Maksud "Elohim" >>

Elohim >> Aleph-lamed-he-yud-mem

Maksud : Elohim adalah dari perkataan "plural" Eloah di dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud "tuhan-tuhan." ('Plural' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'lebih dari satu dalam bilangan'). Elohim adalah perkataan "plural" di dalam Hebrew Bible dan ia selalunya di ambil dari "singular verb" yang merujuk kepada satu tuhan terutamanya, tetapi tidak selalu, tuhan kaum yahudi. Pada masa-masa lainnya, ia merujuk kepada "tuhan-tuhan" di dalam bentuk "plural." 

E-lo-him : aleph-lamed-he-yud-mem "Allahumma." E-lo-him adalah persamaan dengan Allahumma - noun masculine plural (feminine 1 Kings 11 : 33) yang bermaksud tuhan-tuhan.  Kebanyakan para ulama yang berilmu bersetuju bahawa "Allahumma" adalah asas yang digunakan secara meluas di dalam Hebrew Bible dan bukan Torah, yang bermaksud tuhan-tuhan (deities) atau hakim-hakim (judges).

Bahasa Araab ialah E'llaha.
Bahasa Aramaic, yakni bahasa Nabi Isa a.s ialah E'llaha dan di tulis sebagai ܐܠܗܐ (ʼĔlāhā) di dalam kitab-kitab Aramaic. (E di sebut seperti Eh tanpa h).

The Aramaic word for God is alôh-ô (Syriac dialect) or elâhâ (Biblical dialect), which comes from the same Proto- Semitic word (*ʾEllâh) as the Arabic and Hebrew terms - Sources : www.cs.mcgill.ca

Contoh perbandingan dari ayat-ayat Al Qur'aan yang berulang-ulang >>

Al Ar'aaf :  20
Syaitan membisik was-was kepada (Fa Es'shai'toanu was'wasa) mereka berdua (lahuma) supaya ia menampakkan kepada (yub'diya) mereka berdua (lahuma) apa yang tertutup (wuriya) dari mereka berdua (an'humaa) pada pandangan mereka (saw'aati-himaa).

SURAH AL BAQARA : 36
Dan (Fa) syaitan (Es'Shai'toanu) menggelincirkan (Azalla) mereka berdua (humaa) daripadanya (Än'ha) dan (Fa) ia mengeluarkan (Akh'raja) mereka berdua (humaa) dari (Mimmaa) tempat itu (Kaana Fiihi). 


Maksud : Allahuma adalah lanjutan dari perkataan Allah. Asal usulnya tidak diketahui. Teori-teori termasuk perhubungan dengan (ma) atau di pinjam dari Hebrew ("elohim") - Wikipedia. 

Adapun yang pada setiap susunan huruf dan ayat, satu persatu itu (terperinci) mereka mengalami penyakit mata hati dan tidak dapat memberi tumpuan yang tepat maka mereka hanya "membaca doa" dan memutarkan maksudnya. Membaca doa dan berdoa adalah dua isu yang berbeza. Dan, berdoa dan bertasbih juga adalah dua mekanisma yang berbeza.  

Maka, jika lafaz di dalam bahasa Araab, "Allahuma" membawa pengertian dan maksud >>  

Tuhan-Tuhan (dua) yang banyak (lebih dari dua) 😱
** Allah - Tuhan   ** hum - lebih dari dua (banyak)   ** huma -  (dua)

Al Israa : 12
Dan ingatlah, tiap-tiap sesuatu yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu, Kami telah menerangkannya satu persatu di dalam Al-Qur'aan dengan sejelas-jelasnya 

"Da'wahum" bukan maksud "mereka berdoa" tetapi bermaksud "mereka mendakwa" atau "mereka menuntut." Jika maksud Surah Yunus pada ayat 10 ialah "merka berdoa" maka, seharusnya berbunyi "Du'aa-hum" dan bukan "Da'wahum.

Maka, terang, jelas lagi bersuluh Yunus 10 : 10 adalah ayat yang di firmankan kepada mereka golongan neraka (Yunus : 8) dan bukan kepada golongan yang soleh (Yunus : 9). Jika masih tak nampak, tak tau lah nak bagitahu lagu mana  lagi. 😞

Yaa Siin 36 : 36
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari dalam diri mereka (anfusihim) dan dari apa yang mereka tidak mengetahuinya 

Ellaha mengadakan undang-undang yang menyatakan bahawa setiap makhluk diciptakan ber"pasangan" dan ianya pula diletakkan pada QS 36 : 36 yang juga memiliki dua nombor yang berpasangan. Maka, yang demikiannya juga pada Surah Yunus 10 : 10 yang sudah pastinya memberitahu kita tentang terdapatnya pengertian adanya ayat "pasangan" dan sudah pasti ia adalah "l-lahuma."

Surah Yunus 10 : 10 adalah ayat Muhkamat yang terang, jelas, nyata lagi bersuluh untuk menjelaskan kepada kita bahawa pada dakwaan dan tuntutan "Subhana-ka-l'lahuma" mereka (iaitu mereka yang di ayat 8) itu, Ellaha membalas dengan firman "keburukan yang mereka tuntutkan itu secara sesat." Ayat "l'lahuma" di letakkan pada QS 10 : 10 iaitu dua nombor yang berpasangan dan ini sangat signifikan untuk kita bertafakur tentang keburukan syirik yang telah dilafazkan pada kebanyakan doa yang di tulis dari tangan manusia.


Maka, Nabi Muhammad di perintahkan Ellaha untuk QUL! >> katakan! tempelakkan! nyatakan! dengan keras kepada golongan musyrik yang suka mengambil selain Ellaha sebagai tempat pemberi syafaat, dan sudah pasti QUL "l'lahuma" bukan maksud berdoa "Ya Allah" sepertimana yang diputarbelitkan.

Jika Ya E'llah, sudah pasti tulisan Araab-nya ialah :
Al Baqara : 59
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik  

Lihat bagaimana mereka bermain dengan semantik Al Qur'aan dan sengaja mengubah makna dan cara Al Qur'aan itu di sampaikan kepada kita. QUL! "l'lahuma" sepatutnya ada tanda seru "!" dan komma "," sepertimana : Qul! "'l'lahuma!" namun ianya di sambung terus untuk menampakkan ayat itu seolah-olah Nabi "berdoa" untuk mengelirukan kita. 

Maksud "semantik" : Semantik merupakan bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang tatabahasa secara khusus iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti aspek kajian fonetik dan fonologi, morfologi dan sintaksis.

Dari segi undang-undang, hanya dengan tanda komma (,) seseorang di jatuhi hukuman mati kerana dokumentasi yang dikeluarkan itu telah disalahertikan.  Tanda seperti komma "," atau tanda seru "!" adalah sangat penting untuk memahami sesuatu ayat sehinggakan tanda komma "," dijadikan sebagai satu peraturan yang wajib di ikuti oleh pihak Pendakwaraya dan Peguam di dalam penyediaan kertas pendakwaan dan guaman mereka.

Kerajaan Amerika kehilangan satu juta dolar dan seseorang di hukum mati hanya kerana tanda "komma" tidak diletakkan. Kita pula telah kehilangan keimanan hanya melalui tanda koma dan tanda seru "," dan "!" dan kehilangan ini amatlah mengerikan lagi menggerunkan.

Yaa Siin : 5
Al-Qur'aan itu diturunkan oleh Ellaha Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani 

Yaa Siin : 6
Supaya engkau (Muhammad) memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai 

Sungguh menghairankan bagaimana para ulama terlepas pandang satu perkara yang amat besar akan makna sebenar "l'lahuma." 

Al Qalam : 44
Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Qur'aan, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya 

Sekali lagi dinyatakan bahawa "Qul" bukan maksud "berdoa" tetapi bermaksud "katakanlah" "ucapkanlah" atau "tempelaklah" mengikut ayat yang di persembahkan. Jika maksud Surah 39: 46 ialah "berdoa" maka, Araabnya seharusnya berbunyi "Du'ai > Du'aa."     


Al Hajj : 74
Mereka yang musyrik tidak menghormati Ellaha dengan selayaknya sebagaimana yang telah ditetapkanNya; sesungguhnya Ellaha adalah Maha Perkasa, lagi Maha Berkuasa 

Al An'aam : 106
Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Dia dan berpalinglah dari orang-orang musyrik 


Amat terang dan jelas lagi bersuluh, "l'lahuma" adalah ucapan keras yang di perintahkan Ellaha kepada para Nabi untuk dilemparkan, di tegaskan dan ditempelak kepada kaum musyrik yang suka menduakan Ellaha pada KeEsaanNya.  

Hud : 105
Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia 

At Tawba : 32
Mereka memadamkan cahaya Ellaha dengan mulut mereka, sedang Ellaha tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya 

Maka tidak hairan-lah apa yang terjadi kepada ummah sekarang ini di seluruh dunia. Doa yang mereka fikirkan baik untuk mereka, tidak dimakbulkan Ellaha. Salawat untuk kekayaan dari syafaat Nabi dan sebutan "Allahuma" maka diterbalikkan doa itu kepada kesengsaraan, kesempitan hidup, kehinaan, kehilangan hartabenda dan wang ringgit. Kesengsaraan, tidak tenang, stres, anxiety/kemurungan dll adalah akibat dari kita menzalimi diri sendiri kerana sesungguhnya Ellaha tidak sesekali berlaku zalim kepada manusia. 

Al Israa : 110
Katakanlah (wahai Muhammad): Sebut dan serulah nama "Ellaha" dengan nama "Ar-Rahmaan" yang mana sahaja kamu seru; kerana Ellaha mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia

Dan saya tidak percaya bahawa Rasulullah mengajar kita berdoa dengan memulakannya dengan "Allahumma" sedangkan Ellaha memerintahkan baginda untuk mengikut petunjuk dari para Nabi (Al Anaam : 90) dan para Nabi memulakan doa dengan Rabbi atau Rabbana. Oleh hal yang demikian, Ellaha memerintahkan Rasulullah memulakan doa dengan menyeru namaNya Er Rahmaan dan memulakan setiap doa, pekerjaan dan kehidupan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Para Nabi memulakan doa dengan Wahai Rabb atau Rabbana kerana Lam dan Raa pada hurof-hurof lafaz itu menjana tali perhubungan dengan Ellaha dan agar doa kita sampai kepada Ellaha. Yang demikian di jelaskan di dalam Surah Al Israa : 110, Israa - menuju kepada Ellaha dan 1 (Al Wahid) 1 (Al Wahid) Esa (Al Ahad) Satu Satu Esaa adalah matematik pada dasar Tawheed. Maka berdoa dengan memulakannya dengan nama Ellaha Er Rahmaan adalah asas tawheed. 

Dan berdoa dengan menyebut "Allahuma" pada permulaannya tidak akan sampai kepadaNya kerana tiada medan elektromagnetik yang dijanakan tubuh untuk membentuk lingkaran emas (putus tali perhubungan) untuk jiwa mendekatkan diri kepada Ellaha kerana Lam tidak bertemu dengan Raa.  

Dan oleh hal yang demikan, Doa Qunut Nazilah yang di lemparkan jutaan umat kepada Palestine, tidak di izinkanNya. 

Sudah tiba masanya kita menyediakan guru-guru pakar bahasa Araab di Sekolah-Sekolah Agama, Madrasah dan Tahfiz bagi melahirkan ulul-albab yang bijaksana dengan kebijaksanaan Al Hakim Al Rashid Al Aliim - 1% Action 99% Intelligence dan mengkaji semula Hadith tulisan tangan manusia dan Al'Quraan Araabiyan qalamul'llah.


Doa makan di mulai dengan "Allahuma." Maka pertanyaan saya ialah, adakah doa makan kita di terima Ellaha sedangkan banyak kesengsaraan berlaku di kalangan ummah akibat pemakanan : kanser, sakit jantong, obesiti, autisma, penyakit mental dan lain-lain penyakit yang mengerikan. Dan lihatlah kesengsaraan yang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia, dan kita akan dapati bahawa doa mereka tidak dimakbulkan tetapi di terbalikkan.

Maka, apakah doa yang baik untuk mengelakkan penggunaan perkataan "Allahuma?" 

Ellahu Bari' (nama Ellaha Al Bari') lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa 'adzaa ban-naar!  

Ustaz Hilmi, anakanda saya membawa saya kepada Surah Hud: 52 untuk doa makan dan saya mengalir air mata selepas mengamatinya kerana ianya amat menusuk qolbu "dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!" 

Maka dengan petunjuk di atas Surah Hud: 52 boleh-lah kita berdoa seperti ini:
"Wahai Rabb Yang Maha Pengampun, ampunilah daku dan sesungguhnya aku mentaati Mu pada nikmat Mu. Anugerahkanlah daku rizki ini untuk menambahkan kekuatan ku agar aku dapat beribadah kepada Mu dengan sempurna dan jauhkanlah aku dari azab api neraka." Namun, doa ini tidak "valid" jika makan makanan yang bukan dari nikmat-Nya.

Makan bukan bertujuan untuk memuaskan nafsu & kehendak, tetapi untuk kekuatan tubuh agar kita dapat berfungsi sebagai seorang hamba kepada Pencipta dan beribadah kepadaNya dengan ringan tulang dan bukan dengan malas!

Al A'raaf : 3
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Elaaha; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan  

Jangan belajar Fizik Kuantum dari guru bidang Geografi dan jangan belajar Add Maths dari guru bidang Sejarah. Namun, mereka juga akan berkata, "jangan belajar dari mereka yang tidak ada PhD di dalam bidang agama, Sijil lulusan Universiti Al Azhar dan jika tidak memiliki title ustaz ustazah maulana syeikh habib." Namun, apabila ramai orang yang bersalawat untuk kekayaan di atas syafaat Nabi seperti yang mereka nasihatkan dan omongkan dan menghadapi masalah selepas itu, mereka diam membisu seribu bahasa dan tidak mampu untuk membantu dan berbuat apa-apa.  

Mustahil bagi Nabi Muhammad mengajak kita kepada doa yang mengundang kemurkaan Ellaha dan tidak sama sepertimana yang di perintahkan kepada baginda melalui wahyu Al Qur'aan. Dan mustahil bagi Ibnu Abbas r.a atau Abu Hurairah r.a dll berkata sesuatu yang tidak benar. 

Saya amat gerun jika doa ini di ambil dari kalangan mereka yang kita sangkakan dari "sanad" Rasulullah yang menyatakan Ibnu Abbas r.a atau Abu Hurairah r.a atau Aisyah r.a berkata Nabi bersabda sedemikian kerana di kalangan 'sanad' yang memetik mereka sebagai berkata demikian itu, ada yang mengkhianati amanah dan tidak boleh dipercayai. Nabi Muhammad memberi petunjuk kepada kita mengenai bentuk rupa "sanad" yang tidak amanah dan tidak boleh dipercayai itu, iaitu: "di kalangan mereka berlaku obesiti atau kegemokan."

Kesan obesiti pada otak. 
Selama bertahun-tahun, pelbagai kajian penyelidikan mengenai kedua-dua kumpulan kecil dan besar kanak-kanak dan orang dewasa mendapati obesiti memberi kesan kepada fungsi otak, kemahiran fungsi eksekutif, perkembangan kognitif dan boleh membawa kepada risiko nyanyuk dan penyakit Alzheimer. Obesiti juga dikaitkan dengan pengecutan otak. Sila baca link di sini.

Hendaklah diketahui bahawasanya, ilmu hadith tulisan tangan manusia disampaikan kepada kita berdasarkan bagaimana pencerita-pencerita (narrators) memahami maksudnya melalui persepsi otak masing-masing.
Contoh narrators atau pencerita-pencerita -
Saheh Bukhari Buku 1 Hadith 1 Vol 1 :
Yahya bin Sa'eed Ansari berkata Muhammad bin Ibrahim Taymi beritahu saya bahawa dia mendengar Al Qamah bin Waqqas Laythi berkata dia mendengar Umar Al Khattab r.a di atas mimbar berkata dia (Umar r.a) mendengar Nabi bersabda ........

Namun, ada hadith yang benar-benar saheh apabila didapati ianya sama dengan apa yang ada di dalam Al Qur'aan dan terdapat hadith yang di terangkan dengan jelas melalui fakta sains.

Makanan juga ada adabnya sepertimana sunnah Rasulullah. Maka, para guru agama dan para agamawan, Ketua-Ketua Agama, religious scholars seharusnya menjaga makanan yang di makan kerana ia mampu menganggu frekuensi otak dan cara otak untuk memahami Al Qur'aan. Oleh hal yang demikian, Ellaha memerintahkan puasa di bulan puasa untuk menjaga perot dan bertekuk lutut dengan Al Qur'aan dan Ramadhaana adalah bulan yang membakar kebatilan dan kepalsuan.

Jadi-lah guru yang benar dan sentiasa menjaga perot dari nafsu "makan" dan jauhkanlah diri dari makanan yang bukan dari nikmat-Nya. Sudah tiba masanya madrasah, tahfiz dan sekolah-sekolah agama merombak semula pemakanan mereka bagi melahirkan ulul-albab genius Al Qur'aan. Pada makanan juga terdapat asas Tawhid yang ramai para agamawan tidak tahu dan ianya juga tidak pernah di bincangkan di mana-mana majlis ilmu. Sila layari link ini untuk memahami bagaimana, pada pemakanan mengundang kesyirikan.

Maka dengan ini, ikutlah kamu akan petunjuk doa dari para Nabi. Adab berdoa adalah di atas landasan tawheed dan Ellaha memberi kita petunjuk kepada adab ini pada Surah Al A'Raaf : 180. Doa yang mulia dan di atas tawheed juga terdapat di Surah Al Baqara : 128 dan lain-lain doa para Nabi yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Para Nabi menyebut Tuhan sebagai Rabbi atau Rabbana dan terdapat banyak ayat-ayat di mana para Nabi berdoa dengan menyebut Rabbi Rabbana > Wahai Tuhan ku.

Al Baqara : 170
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Ellaha" mereka menjawab: "Tidak! bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah mereka menurutnya sekalipun datuk nenek mereka itu tidak faham sesuatu apa pun tentang perkara-perkara agama dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah dari Ellaha? 

Akhir kata, saya tutup dengan firman Ellaha yang bermaksud :
Mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja - Az Zukhruf 43: 22

Az Zukhruf : 23
Dan demikianlah halnya orang-orang yang taqlid buta; Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja" 

At Takwiir : 26 - 28
Dengan yang demikian maka ke manakah kamu hendak pergi kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Qur'aan? Al-Qur'aan itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam: iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang benar  

Qaaf : 45
Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Qur'aan kepada orang yang takut akan ancamanKu  

I am the servant of Al Qur'aan for as long as my soul lives!
Syarifah Aminah Al Jamalulail
Jihad Agama Tawheed 
Al Quran : Haqiqat Tawheed dan Nur Hikmah

2 comments:

Would love to hear from you.