Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit ke jurang kebinasaan, menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya - Surah Al-A'raaf 7: 182
Beberapa hari yang lalu, saya didatangi oleh beberapa muslimin untuk mempelajari ilmu Al Quran dan Hakikat Tawheed. Mereka menceritakan bagaimana hidup mereka menjadi sangat keliru, stres, tidak tenang, anxiety, masalah kesihatan, kemurungan, perkahwinan yang tidak menenangkan, kehidupan yang sempit, merasa sesak nafas dan ramai kawan-kawan mereka dari kalangan jutawan kehilangan hartabenda dan wang ringgit selepas dinasihati oleh beberapa ustaz untuk bersalawat yang kononnya membuka mereka ke jalan kekayaan dari syafaat Nabi.
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan dari perbuatan yang kufur dan dusta itu - Surah Al-An'aam 6: 112
Subhana'llah, Maha Suci Elah daripada apa yang mereka sekutukan!!😪😪😪😪😪
Dan katakanlah: "segala puji tertentu bagi Elah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh! – Surah Al-Israa' 17: 111
Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah kepada mereka: "Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Elah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman yang kamu dakwakan itu, kalau betul kamu orang-orang yang benar pengakuan imannya - Surah Al-Hujuraat : 17
Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? - Surah A-li'Imraan: 80
Saidina Abu Bakar As-Siddiq berkata "barangsiapa di antara kalian ada yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah meninggal dunia. Tetapi barangsiapa di antara lain menyembah Elah, maka sesungguhnya Elah itu Maha Hidup dan tidak meninggal. Lalu di baca firman Elah yang bermaksud, "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Ellah sedikitpun, dan Ellah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur - Surah Al-i-Imraan: 144
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami dan mentawheedkan Kami -
Surah Adz-Dzaariyaat 51: 49
Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Elah, sesungguhnya aku diutus oleh Elah kepada kamuhanya sebagai pemberi amaran -
Surah Adz-Dzaariyaat 51 : 51
(Elah swt) 51 / 51 (Nabi Muhammad - utusan)
Nampak ke tidak ayat jangan sekutukan Elah swt dengan Nabi Muhammad diletakkan pada 51 : 51 (pasangan) yakni: Elah swt (Pencipta) dan Nabi (utusan) dan jangan sekali-kali letakkan Nabi Muhammad setara dengan Elah swt kerana dia hanyalah utusan pemberi amaran dan bukan penolong, pemberi syafaat mahupun sekutu bagi Elah swt. Sesungguhnya tiada sekutu bagiNya di dalam pentadbiran dan urusan serta keKuasaan-Nya.
Katakanlah lagi (wahai Muhammad); "Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu - Surah Al-Jinn 72: 21
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Elah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku." Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir? - Surah Al-An'aam 6: 50
Tidak menghairankan bagi saya kerana saya mendapati ramai anak-anak murid saya yang mengambil nasihat tentang salawat dari mereka mengalami kesengsaraan hidup, masalah kesihatan dan kejatuhan di dalam perniagaan mereka. Maka, di manakah kesilapannya?
"Exit the Lie (Zur) and Enter the Light (Nur)" Shaikh Abd. Qadir Al Jilani
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu menggunakan aql untuk memahaminya - Surah Yusuf 12 : 2
Perkataan "Allahumma" bukan bahasa Arab dan ianya tidak di sebut di dalam Al Quran!
"Allahumma" adalah persamaan dengan perkataan "Elohim" di dalam kitab Hebrew Bible yang korup. Maksud "Elohim" di dalam Wikipedia adalah seperti dibawah.
Maksud : Elohim adalah dari perkataan "plural" Eloah di dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud "tuhan-tuhan." ('Plural' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'lebih dari satu dalam bilangan'). Elohim adalah perkataan "plural" di dalam Hebrew Bible dan ia selalunya di ambil dari "singular verb" yang merujuk kepada satu tuhan terutamanya, tetapi tidak selalu, tuhan kaum yahudi. Pada masa-masa lainnya, ia merujuk kepada "tuhan-tuhan" di dalam bentuk "plural."
E-lo-him : aleph-lamed-he-yud-mem "Allahumma." E-lo-him adalah persamaan dengan Allahumma - noun masculine plural (feminine 1 Kings 11 : 33) yang bermaksud tuhan-tuhan.
Allahumma dikaitkan dengan tuntutan yang dibuat oleh Al Khalil Ibn Ahmad Al Farahidi (174H) yang menyatakan bahawa maksud "Allahumma" itu membawa maksud, "Ya Allah."
Kebanyakan para ulama yang berilmu bersetuju bahawa "Allahumma" adalah asas yang digunakan secara meluas di dalam Hebrew Bible dan bukan Torah, yang bermaksud tuhan-tuhan (deities) atau hakim-hakim (judges).
Bahasa Arab ialah Ellah.
Bahasa Aramaic, yakni bahasa Nabi Isa a.s ialah Ellah dan di tulis sebagai ܐܠܗܐ (ʼĔlāhā) di dalam kitab-kitab Aramaic.
The Aramaic word for God is alôh-ô (Syriac dialect) or elâhâ (Biblical dialect), which comes from the same Proto- Semitic word (*ʾEllâh) as the Arabic and Hebrew terms - Sources : https://www.cs.mcgill.ca
Jika ikut hukum Hamzah Wasal, Alif hamza jika hurof seterusnya adalah lam mim, maka ianya di sebut sebagai "Al" tetapi jika hurof seterusnya bukan lam mim, dan jika hurof itu samada ia titik di atas atau di bawah, di sebut sebagai "E." Adapun yang pada setiap susunan huruf dan ayat, satu persatu itu (terperinci) mereka mengalami penyakit mata hati dan tidak dapat memberi tumpuan yang tepat maka mereka hanya "membaca doa" dan memutarkan maksudnya. Membaca doa dan berdoa adalah dua isu yang berbeza. Dan, berdoa dan bertasbih juga adalah dua mekanisma yang amat berbeza.
Maksud : Allahuma adalah lanjutan dari perkataan Allah. Asal usulnya tidak diketahui. Teori-teori termasuk perhubungan dengan (ma) atau dipinjam dari Hebrew ("elohim") - Wikipedia Allahuma.
Maka, jika lafaz adalah mengikut kepada makna bahasa Arab, "Allahuma" atau "Elahuma" membawa pengertian dan maksud (jika berdoa di dalam Bahasa Arab):
Ya tuhan-tuhan (dua) yang banyak (lebih dari dua) 😱
** Elah - Tuhan ** hum - lebih dari dua (banyak) ** huma - (dua)
Dan ingatlah, tiap-tiap sesuatu yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu, Kami telah menerangkannya satu persatu di dalam Al-Quran dengan sejelas-jelasnya - Surah Al-Israa' 17: 12
"Da'wahum" bukan maksud "berdoa" tetapi bermaksud "mendakwa" "merayu" atau "menuntut." Jika maksud Surah 10 : 10 ialah "berdoa" maka, seharusnya berbunyi "Du'ai" dan bukan "Da'wahum."
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari dalam diri mereka (anfusihim) dan dari apa yang mereka tidak mengetahuinya - Surah Yaa Siin 36 : 36
Elah swt mengadakan undang-undang yang menyatakan bahawa setiap makhluk diciptakan ber"pasangan" dan ianya pula diletakkan pada QS 36 : 36 yang juga memiliki dua nombor yang berpasangan.
Maka, demikiannya juga pada Surah Yunus 10 : 10 yang sudah pastinya memberitahu kita tentang terdapatnya pengertian "pasangan" pada ayat di Surah ini dan sudah tentunya ia adalah "Elahuma."
Surah Yunus 10 : 10 adalah ayat Muhkamat yang terang, jelas, nyata lagi bersuluh untuk menjelaskan kepada kita bahawa pada dakwaan dan tuntutan "Ellahuma" mereka itu, Elah swt membalas dengan firman "keburukan yang mereka tuntutkan itu secara sesat." Ayat "Elahuma" diletakkan pada QS 10 : 10 iaitu dua nombor yang berpasangan dan ini sangat signifikan untuk kita bertafakur tentang keburukan syirik yang kita telah lafazkan pada kebanyakan doa yang di tulis oleh tangan manusia.
Maka, Nabi Muhammad diperintahkan Elah swt untuk katakan atau menempelak kepada golongan musyrik yang mengambil selain Elah swt sebagai tempat pemberi syafaat, dan sudah pasti "Elahuma" bukan maksud berdoa "Ya Elah" sepertimana yang disangkakan itu.
Jika Ya Elah, sudah pasti tulisan Arabic-nya ialah :
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik - Surah Al-Baqarah 2: 59
Lihat bagaimana mereka bermain dengan semantik Al Quran dan sengaja mengubah makna dan cara semantik Al Quran itu di sampaikan kepada kita. Qul "Elahuma" sepatutnya ada tanda seru "!" dan komma "," iaitu : Qul, "Elahuma!" namun ianya di sambung terus untuk menampakkan ayat itu seolah-olah Nabi "berdoa" untuk mengelirukan kita. Dari segi undang-undang, hanya dengan tanda komma (,) seseorang dijatuhi hukuman mati kerana dokumentasi yang dikeluarkan itu telah disalahertikan.
Maksud "semantik" : Semantik merupakan bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang tatabahasa secara khusus iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti aspek kajian fonetik dan fonologi, morfologi dan sintaksis.
Tanda seperti komma "," atau tanda seru "!" adalah sangat penting untuk memahami sesuatu ayat sehinggakan tanda komma "," dijadikan sebagai satu peraturan yang wajib diikuti oleh pihak Pendakwaraya dan Peguam di dalam penyediaan kertas pendakwaan dan guaman mereka.
Kerajaan Amerika kehilangan satu juta dolar dan seseorang di hukum mati hanya kerana tanda "komma" tidak diletakkan. Kita pula telah kehilangan keimanan kita hanya melalui tanda koma dan tanda seru "," dan "!" dan kehilangan ini amatlah mengerikan lagi menggerunkan.
Al-Quran itu diturunkan oleh Elah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani - Surah Yaa Siin 36: 5
Supaya engkau (Muhammad) memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai - Surah Yaa Siin 36:6
Sungguh menghairankan bagaimana para ulama terlepas pandang satu perkara yang amat besar akan makna sebenar "Elahuma."
Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya - Surah Al-Qalam 68: 44
Sekali lagi dinyatakan bahawa "Qul" bukan maksud "berdoa" tetapi bermaksud "katakanlah" "ucapkanlah." Jika maksud Surah 39: 46 ialah "berdoa" maka, nahunya seharusnya berbunyi "Du'ai" dan bukan "Qul."
Mereka yang musyrik itu tidak menghormati Elah menurut penghormatan yang selayaknya sebagaimana yang ditetapkanNya; sesungguhnya Elah adalah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa - Surah Al-Hajj 22: 74
Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia dan berpalinglah dari orang-orang musyrik - Surah Al-An'aam 6 : 106
Amat terang dan jelas lagi bersuluh, "Elahuma" adalah ucapan keras yang di perintahkan Elah swt kepada para Nabi untuk dilemparkan kepada kaum musyrik yang telah menduakanNya pada KeEsaanNya.
Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia - Surah Hud 11: 105
Mereka hendak memadamkan cahaya Elah dengan mulut mereka, sedang Elah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya - Sura At-Taubah 9 : 32
Maka tidak hairan-lah apa yang terjadi kepada ummah sekarang ini di seluruh dunia. Doa yang mereka fikirkan baik untuk mereka, tidak dimakbulkan Elah swt. Salawat untuk kekayaan dari syafaat Nabi dan sebutan "Elahuma", maka diterbalikkan doa itu kepada kesengsaraan, kehilangan hartabenda dan wang ringgit. Kesengsaraan, tidak tenang, stres, anxiety/kemurungan dll adalah akibat dari kita menzalimi diri kita sendiri kerana sesungguhnya Elah swt itu tidak berlaku zalim kepada manusia.
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Ellah" dengan nama "Ar-Rahman" yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia - Surah Al Israa : 110
Oleh hal yang demikian, Ellah swt memerintahkan kita memulakan doa dengan menyeru namaNya Allah Er Rahman dan memulakan setiap pekerjaan kita dan kehidupan kita dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan para Nabi memulakan doa dengan Ya Rabb atau Rabbana kerana Lam dan Raa pada hurof-hurof lafaz itu menjana tali perhubungan kita dengan Allah swt dan agar doa kita sampai kepada Allah swt. Yang demikian dijelaskan di dalam Surah Al Israa : 110, Israa - menuju kepada Allah swt dan 1 (Al Wahid) 1 (Al Wahid) 0 (Al Ahad) Satu Satu Kosong adalah matematik pada dasar Tawheed. Maka berdoa dengan memulakannya dengan nama Ellah swt adalah asas tawheed.
Dan berdoa dengan menyebut "Elahuma" pada permulaannya tidak akan sampai kepadaNya kerana tiada medan elektromagnetik yang dijanakan tubuh untuk membentuk lingkaran emas untuk mendekatkan diri kepada Elah swt kerana Lam tidak bertemu dengan Raa.
Bukan semua para agamawan mendalami ilmu Al Quran dengan sebenar-benar pengajian melalui nahunya serta maknanya satu persatu akan tetapi di atas landasan mengambil info yang di baca dari "pendapat" manusia! Maafkan saya namun hakikat ini amat pahit untuk ditelan. Terdapat juga yang mentafsir Al Quran dengan mengambil cerita dari Hebrew Bible yang telah di ubah dan korup tanpa mengamati Al Quran pada keindahan dan kebijaksanaan ayat-ayatnya satu persatu serta berulang-ulang itu.
Sudah tiba masanya kita menyediakan guru-guru pakar nahu bahasa Arab di Sekolah-Sekolah Agama, Madrasah dan Tahfiz bagi melahirkan ulul-albab yang bijaksana dengan kebijaksanaan Al Hakim Al Rashid Al Aliim - 1% Action 99% Intelligence.
Doa makan di mulai dengan "Elahuma." Maka pertanyaan saya ialah, adakah doa makan kita di terima Elah swt sedangkan banyak kesengsaraan berlaku di kalangan ummah akibat pemakanan : kanser, sakit jantong, obesiti, autisma dan lain-lain penyakit yang mengerikan. Dan lihatlah kesengsaraan yang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia, dan kita akan dapati bahawa doa mereka tidak dimakbulkan tetapi di terbalikkan.
Maka, apakah doa yang baik untuk mengelakkan penggunaan perkataan "Elahuma?"
Elahu Bari' lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa 'adzaa ban-naar.
Ustaz Hilmi, anakanda saya membawa saya kepada Surah Hud: 52 untuk doa makan dan saya mengalir air mata selepas mengamatinya kerana ianya amat menusuk qolbu "dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"
Maka dengan petunjuk di atas Surah Hud: 52 boleh-lah kita berdoa seperti ini:
"Wahai Rabb Yang Maha Pengampun, ampunilah daku dan sesungguhnya aku mentaati Mu pada nikmat Mu. Anugerahkanlah daku rizki ini untuk menambahkan kekuatan ku agar aku dapat beribadah kepada Mu dengan sempurna dan jauhkanlah aku dari azab api neraka." Namun, doa ini tidak "valid" jika makan makanan yang bukan dari nikmat-Nya.
Makan bukan bertujuan untuk memuaskan nafsu & kehendak, tetapi untuk kekuatan tubuh agar kita dapat berfungsi sebagai seorang hamba kepada Pencipta-nya dan beribadah kepadaNya dengan ringan tulang dan bukan dengan malas!
Doa "manusia" pada waktu Dhuha
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Elah; amatlah sedikit kamu mengambil peringatan" Surah Al A'raaf : 3
"KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu" - Surah Qaaf 50 : 29
Dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Elah (janji-janjiNya) - Surah Al An'aam : 34
Muslimin yang datang kepada saya juga bertanya tentang doa selepas Solat Dhuha. Maka saya bertanya, doa apakah ini yang meminta Ellah swt mensucikan apa yang haram?? Gilakah hampa ni? Boleh berikan saya nas di dalam Al Quran yang menyatakan Elah swt akan mensucikan apa yang haram bagi kamu?
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka untuk menghalalkan yang haram itu, sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik - Surah Al-An'aam 6: 121
Sesungguhnya orang-orang yang meminda atau mengubah apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Elah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Elah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya - Al-Baqarah 2: 174
Berdoa-lah kepada Tuhan mu dengan merendah diri - Surah Al A'raaf, 55
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Ellah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat - Surah Al-Baqarah 2: 200
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka” - Surah Al Baqarah 2 : 201 Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Elah amat cepat hitunganNya – Surah Al Baqarah 2 : 202
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Elah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Elah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan - Surah At-Taghaabun 64: 8
Firman Elah swt di dalam Al Quran memerintahkan kita sebut/dhkri'/tasbihan nama-namaNya Yang Maha Mulia lagi Maha Agong, namun kita di suruh bertasbih "selawat" ribuan malahan jutaan kali dan mengambil Nabi sebagai tempat untuk perolehi kekayaan dari syafaat-nya dan tidak pula dinasihat untuk bertasbih ribuan atau jutaan kali nama-nama kebesaran dan keagongan Elah swt.
Tasbih/dhkri'/sebut/puji-pujian nama-namaNya dan keagonganNya merupakan satu perintah yang mutlak dariNya akan tetapi, kita amat-lah ingkar akan bab ini. Saya sangatlah amat tidak dapat nak brain bab ini! 😡😡😡 Kita lebih memilih untuk menurut perintah manusia dari perintah Elah swt dan ini amatlah menggerunkan kerana kita telah meletakkan manusia sebagai tuhan-tuhan untuk di taati.
Maka ikutlah kamu akan petunjuk doa dari para Nabi. Adab berdoa adalah di atas tawheed dan Elah swt memberi kita petunjuk kepada adab ini pada Surah Al A'Raaf : 180. Doa yang mulia dan di atas tawheed juga terdapat di Surah Al Baqarah : 128 dan lain-lain doa para Nabi yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Para Nabi menyebut Tuhan sebagai Rabbi atau Rabbana dan terdapat banyak ayat-ayat di mana para Nabi menyebut Rabbi Rabbana yang bermaksud, wahai Tuhan.
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai - Surah Al-Furqaan 25: 30
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut petunjuk yang lain dari Elah; tetapi sayang! amatlah sedikit kamu mengambil peringatan" Surah Al-A'raaf 7: 3
Oleh itu, berpegang tegoh-lah kepada petunjuk Al Quran dan pelajari-lah ilmu kebijaksanaannya dari ulil'amri (Surah An Nisaa: 59) dan ahlul Dzkir (Surah An Nahl: 43) dan dari sanad Rasulullah yang benar (Al Hadith). Sudah tiba masanya kita mendalami juga ilmu-ilmu kebijaksanaan dari kitab-kitab peninggalan para wali, cendiakawan muslim dan ulama-ulama tersohor lagi genius kerana Islam itu hebat kerana ia adalah agama Ellah swt dan cahaya yang menenggelamkan kegelapan.
Oleh itu, jangan-lah amal di atas taqlid tetapi amal-lah ibadah dengan berilmu melalui petunjuk Al Quran dari sunnatu'llah yang ditinggalkan oleh Nabi kerana sunnah Rasulullah adalah sunnatu'llah dan Al Quran adalah cahaya petunjuk Elah swt dan tiada syak baginya sebarang penyelewengan.
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Elah" mereka menjawab: "Tidak! bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah mereka menurutnya sekalipun datuk nenek mereka itu tidak faham sesuatu apa pun tentang perkara-perkara agama dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah dari Elah? - Surah Al-Baqarah 2: 170
Adakah benar dengan amal doa Sayidul Istighfar kita dijamin masuk syorga sedangkan makna-nya pun amat menggerunkan. Adapun Abu Hurairah dikatakan berkata Rasulullah bersabda: “Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya - Sahih Bukhari, no. 5241.
Oleh itu, cari-lah makna nahu bahasa Arab "aboo'u" pada ayat-ayat Al Quran atau sila rujuk kepada pakar nahu bahasa Arab dan jangan di tanya kepada Ustaz, Ustazah, Syeikh atau Maulana kerana bukan semua mereka pakar nahu bahasa Arab.
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Elah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan - Surah Al-A'raaf 7: 3
Jangan belajar Fizik Kuantum dari guru bidang Geografi dan jangan belajar Add Maths dari guru bidang Sejarah. Namun, mereka juga akan berkata, "jangan belajar dari mereka yang tidak ada PhD di dalam bidang agama, Sijil lulusan Universiti Al Azhar dan jika tidak memiliki title "ustaz ustazah maulana syeikh habib." Namun, apabila ramai orang yang berselawat untuk kekayaan di atas syafaat Nabi seperti yang mereka omongkan dan menghadapi masalah selepas itu, mereka diam membisu seribu bahasa dan tidak mampu untuk membantu dan berbuat apa-apa.
Mustahil bagi Nabi Muhammad mengajak kita kepada doa yang mengundang kemurkaan Elah swt. Dan mustahil bagi Ibnu Abbas r.a atau Abu Hurairah r.a dll berkata sesuatu yang tidak benar. Saya amat gerun jika doa ini di ambil dari kalangan mereka yang kita sangkakan dari "sanad" Rasulullah yang menyatakan Ibnu Abbas r.a atau Abu Hurairah r.a atau Aisyah r.a berkata Nabi bersabda sedemikian kerana di kalangan 'sanad' yang memetik mereka sebagai berkata demikian itu, ada yang mengkhianati amanah dan tidak boleh dipercayai. Nabi Muhammad memberi petunjuk kepada kita mengenai bentuk rupa "sanad" yang tidak amanah dan tidak boleh dipercayai itu, iaitu: "di kalangan mereka akan berlaku obesiti atau kegemokan."
Kesan obesiti pada otak.
Selama bertahun-tahun, pelbagai kajian penyelidikan mengenai kedua-dua kumpulan kecil dan besar kanak-kanak dan orang dewasa mendapati obesiti memberi kesan kepada fungsi otak, kemahiran fungsi eksekutif, perkembangan kognitif dan boleh membawa kepada risiko nyanyuk dan penyakit Alzheimer.
Obesiti juga dikaitkan dengan pengecutan otak. Sila baca link di sini.
Hendaklah diketahui bahawasanya, ilmu hadith tulisan tangan manusia disampaikan kepada kita berdasarkan bagaimana pencerita-pencerita (narrators) memahami maksudnya melalui persepsi otak masing-masing.
Contoh narrators atau pencerita-pencerita -
Saheh Bukhari Buku 1 Hadith 1 Vol 1 :
Yahya bin Sa'eed Ansari berkata Muhammad bin Ibrahim Taymi beritahu saya bahawa dia mendengar AlQamah bin Waqqas Laythi berkata dia mendengar Umar Al Khattab r.a di atas mimbar berkata dia (Umar r.a) mendengar Nabi bersabda ........
Namun, ada hadith yang benar-benar saheh apabila didapati ianya sama dengan apa yang ada di dalam Al Quran dan terdapat hadith yang diterangkan dengan jelas melalui.
Makanan juga ada adabnya sepertimana sunnah Rasulullah. Maka, para guru agama seharusnya menjaga makanan yang di makan kerana ia mampu menganggu frekuensi otak dan cara otak untuk memahami Al Quran. Maka jadi-lah guru yang benar dan sentiasa menjaga perot dari nafsu "makan" dan jauhkanlah diri dari makanan yang bukan dari nikmat-Nya. Sudah tiba masanya madrasah, tahfiz dan sekolah-sekolah agama merombak semula pemakanan mereka bagi melahirkan ulul-albab genius Al Quran.
Pada makanan juga terdapat asas Tawhid yang ramai para agamawan tidak tahu dan ianya juga tidak pernah dibincangkan di mana-mana majlis ilmu. Sila layari link ini untuk memahami bagaimana, pada pemakanan mengundang kesyirikan.
Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Ellah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan - Surah Al-A'raaf 7 : 3
"Amalkanlah perkara-perkara dengan tulus ikhlas kepada Elah, dan janganlah kamu mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Elah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh yang membinasakan" Surah Al-Hajj 22 : 31
Rabbana, huwa Elahu Ahadun Elahu i-samadu. My Rabb, let my entry be at the gates of Tawheed and let my exit be in the "Standing" of Tawhid. You alone I submit my whole selves to and to You alone I seek help and guidance.
Perbetul-lah tawhid mu wahai ummah sebelum didatangi hari di mana tiada lagi tolak ansur bagi mu. Jadikan-lah petunjuk para nabi, rasul dan para sahabah nabi sebagai cermin mukmin mu nescaya kamu tidak akan sesat dari jalan tawheed untuk menuju kepada kebahagiaan hakiki, kebahagiaan yang HAQ daripada Dia Yang Al-HAQ, dunia dan akhirat.
Akhir kata, saya tutup dengan firman Elah swt yang bermaksud :
Mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja - Surah Zukhruf 43: 22
Dan demikianlah halnya orang-orang yang taqlid buta; Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja" - Surah Az-Zukhruf 43: 23
Dengan yang demikian maka ke manakah kamu hendak pergi kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran? Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam: iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang benar - Surah At-Takwiir 81: 26 - 28
Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran kepada orang yang takut akan janji azabKu - Surah Qaaf 50: 45
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya - Surah Al-Kahfi 18: 29
"Stick to the Truth even if the Truth kills you"
Saidina Umar Ibn Khattab
I am the servant of the Holy Quran for as long as my soul lives!
Sharifah Aminah Al-Jamalulail
Jihad Agama Tawhid Elah swt
Al Quran, Haqiqat Tawhid dan Nur Hikmah
terima kasih kongsi ilmu
ReplyDeleteTeima kasih kembali.
Delete