Az-Zukhruf : 3
Sesungguhnya Kami jadikan Al Qur'aan Araabiyyan, supaya kamu berfikir dan menggunakan aql merenung dengan mendalam, tafakkur, menilai dan menatapnya supaya kamu mengerti dan memahami akannya (Ta'qiluun)
Perkataan تَعْقِلُونَ (ta‘qilūn) di dalam bahasa Araabiyyan berasal daripada akar kata ع ق ل (ʿa-q-l) yang membawa maksud aql > mengikat sesuatu dengan memahami, berfikir dan merenung serta tafakkur secara mendalam.
Namun, hurof-hurof Araab Al Qur'aan tidak di benarkan sama sekali untuk umat Islam menggunakan aql untuk merenungnya dengan mendalam mahupun menyentuh maknanya kerana ia merupakan ajaran ataupun aliran batiniah yang merupakan fahaman yang sesat dan menyeleweng dari akidah Islam berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah
>> sumber di ambil dari https://www.researchgate.net/publication/381972266.
Maka, jangan sesekali kamu berani menggunakan aql yang di anugerah ke atas kamu itu untuk merenung hurof-hurof Araabiyaan Qur'aanan itu, jika kamu tidak mahu sesat dan menyeleweng dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh hal yang sedemikian rupa, sila abaikan perintah Ellaha dan ingkari Az Zukhruf : 3 jika benar kamu siddiq.
Beriman dengan perkara Ghaib >> maksud Ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat di lihat, sepertimana juga Batin. Jadi, percaya pada hantu kak limah, pontianak tidak mengapa kerana wajib beriman kepada perkara Ghaib, namun, kamu sesat dan menyeleweng jika beriman kepada perkara Ghaib atau Batin di sebalik hurof-hurof Araab.
Am I right or am I right? Confuse jab😕 Anywayzzz .....
Al Baqara : 256
Maka, sesiapa yang kufur dengan Ketua-Ketua Agama (bil-taghuti) dan beriman hanya dengan Ellahi, maka dia telah berpegang teguh, mengikat dengan kukuh, mencengkam erat, berpegang dengan kuat simpulan yang tidak akan terurai. Dan Ellahu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Saya tidak akan sesekali mengingkari apa yang diperintahkan-Nya dan akan taat dan tunduk patuh hanya kepada seruanNya dan bukan seruan selain dari-Nya hingga ke hujung nyawa even if it means I have to walk alone in this world for that matter, I definitely will! Sorry for that people!🙋
Al Baqara : 257
Ellahu adalah Wali kepada mereka yang selamat dan Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada Cahaya. Dan mereka yang kufur, awliya mereka adalah Ketua-Ketua Agama (Al-Taghut). Mereka membawa mereka itu keluar dari Cahaya melainkan kepada kegelapan. Mereka itulah penghuni api. Mereka kekal di dalamnya, selama-lamanya.
Bayangkan kehidupan dunia adalah di mana kamu di suruh untuk hentikan aql kamu dari merenung dan bertafakkur, memaksa kamu kepada naratif Al Taghut where your brain is forced to obey in compliance, where influence replaces Wisdom, kata-kata dari mereka yang ramai di anggap hikmah dan populariti menjadi ukuran kepada kebenaran. Ini-lah dunia sekarang, namun, lihatlah kamu apa yang terjadi di sebalik itu and I need not say anything further.
Islam tidak pernah memusuhi aql. Di dalam Al-Qur'aan, lebih 70 ayat mengajak manusia untuk bertafakkur, berfikir, menggunakan aql, merenung untuk memahami dan mengambil pelajaran. Aql manusia di amanahkan sebagai alat untuk memahami ayat-ayat Ellaha samada yang tertulis di mushaf, mahupun apa yang diciptakanNya pada alam yang terbentang luas. Dia Maha Bijaksana Al Hakiim Al Aliim Ar Rasyiid dan tidak Dia menciptakan sesuatu itu, walau sebesar zarah, sebagai ciptaan yang sia-sia mahupun batil (Qs 3 : 191 >> Qs 38 : 27).
Al Maaida 60
Katakan, "Mahukah aku khabarkan kepada kamu apa yang lebih buruk dari mereka yang akan menerima balasan di sisi Ellaha? Ialah mereka yang ke atasnya kemurkaan lalu menjadikan sebahagian dari mereka itu kera dan khinzir dan hamba-hamba kepada Ketua-Ketua Agama (It'taguuta). Mereka itu berada di dalam posisi yang sangat buruk dan telah sesat dari jalan yang lurus
Oleh hal yang sedemikian rupa adanya, maka, setiap hari dan setiap ketika, saya merenung, tafakkur, menilai, menatap dan mencari makna BATIN setiap hurof-hurof Araab yang di lakari Ellahu Al Aziiz Al Hakiim dengan penoh keterujaan, fanatik dan kegilaan yang melampau lalu terbukalah pandangan kepada makna BATINnya dengan jelas dan nyata, terang lagi bersuluh hurof-hurof Araabiyyan Al Qur'aan itu.
Tidak ada sesuatu pun walau sebesar zarah tidak memiliki pasangannya. Begitu jugalah hurof-hurof Araab. Hurof adalah zahir dan pasangannya adalah batin, hurof adalah tulisan, dan pasangannya adalah makna.
Here is the Secret unveiled >>>
Hisab Al Jumal
JUZ >> 5+11+29 = 45 (Juzuk Al Qur'aan)
(45) 4 + 5 = 9 >> 9. At Tawba
Bulan ke 9 Islam >> Bulan Ramadaan Bulan Al Qur'aan >> Bulan yang membakar kebatilan dan kepalsuan (Ramadaana).
Salam Kanan - Fardhu
(FA-20 RA-20 DHA-15) = 45 >> 45. Surah Al Jathiyaa
(5 - 4 = 1 >> 4 x 5 = 20) 2 + 0 = 2 >> ayat 1, 2 dan 20
Al Fatiha : 6 >> Tunjukkanlah kami sirat yang lurus dengan istiqama
>>> 45. Al Jathiyaa : 1, 2, 6 & 20
45. Al Jathiyaa >> meaning : Kneeling >> Bertekuk Lutut
Ayat 1 : Haa Mim حم
Apabila di letakkan kepala kepada HAA dan terbalikkan MIM, maka, baru-lah dapat melihat dengan jelas lagi nyata, terang lagi bersuluh maksud di sebalik rahsia hurof HAA MIM itu. Selepas HAA MIM, lalu Ellaha berfirman tentang Al Kitaab pada ayat ke 2 iaitu >>
Al Jathiyaa : 2
The revelation of (Tanziilu) Al Qur'aan (Al'Kitaabi) adalah dari Ellahi (Mina'llahi), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
Maka, HAA MIM adalah untuk menyatakan, bertekuk lutut-lah kamu kepada Al Qur'aan untuk ke hala tuju yang selamat dengan penoh kepatuhan dan ketaatan. Juga, pada bulan Ramadaan >> bertaubat, laksanakan amalan yang wajib : puasa, solat dan bertekuk lutut-lah kamu dengan Al Qur'aan, bukan mengamalkan amalan yang sia-sia!
Al Jathiyaa : 20
Ini adalah basirah, penglihatan yang jelas (Haaza Basaa'iru) kepada manusia (Lin' Naasi) dan (Wa) ke hala tuju yang selamat (Hudan) dan (Wa) rahmat (Rah'matun) kepada kaum yang yakiin (Li Qaw'min Yuuqinuun).
Al Jathiyaa : 6
Maka, dengan perkataan Hadith yang manakah yang hendak kamu beriman?
>>> Al Qur'aan itu Hadithi'lillahi!
19 hurofs >> 19. Surah Maryam
JUZ (45) Al Qur'aan
(4 + 5 = 9) 7&2 (72)
19. Maryam : 72
1. Al Fatiha : 6 >> Tunjukkanlah kami sirat ke jalan yang lurus dengan istiqama
112. Al Ikhlas >> 4 segmen (Tauhid) >> 4 jiwa yang di redhai Ellaha >> Mutmainna, Mardiah, Radiah, Kamil >>> (4 + 4) 8
>> 6 & 8 >> (68)
19. Maryam : 68
19. Maryam : 68
Dan Tuhan kamu akan mengumpul mereka bersama syaitan-syaitan itu dan persembahkan mereka untuk bertekuk lutut (Jathiyaa) dengan jahanam
>> Maksud syaitan : penghasut, menyeleweng dari jalan lurus, menghalang diri dari ilmu Ellaha, perosak dan yang sewaktu dengannya!
19. Maryam : 72
Subhanallah, how Excellent is His Araabiyaan Qur'aan within which, He encrypted SECRET MESSAGES surrounding the BATIN of each hurofs and its Mathematical formula structure bursting forth Guidance, News and Warning and I am totally lost in its translation!
An Nahl : 36
Dan sesungguhnya Kami mengutus seorang Rasul di kalangan semua umat dan berkata, "Hambakan diri kamu hanya kepada Ellaha (A'budu'llaha) dan jauhkan dari Ketua-Ketua Agama (It'taaguuta)." Dan di antara mereka, Ellaha memberi bimbingan dan ada di antara mereka yang ke atasnya berhak di sesatkan. Maka, berjalan-lah kamu di muka bumi dan lihat bagaimana pengakhiran bagi mereka yang Al'Mukazzibiin!
Apabila kalimah menjadi pedang,
huruf sujud menzahirkan makna
setiap huruf pantulan Cahaya kebijaksanaan-Nya
Wahai pencari! Carilah makna batiin
nescaya tersingkap khazanah Rahsia-Nya
Perbendaharaan yang sentiasa menyamar
tersembunyi di sebalik bayang-bayang hurof
Do not see hurofs as only a body of letters (zahir) with no inner meaning (batin), recognize it as a mirror reflecting His Guidance and Divine Intelligence. 💘 In every fragment of all created things brimming the light of His wisdom; and only those in love can understand and behold its radiance.
Segala yang dicipta-Nya sarat dengan pantulan hikmah dari kebijaksanaan-Nya. Sesiapa yang mata batinnya hidup, akan mendapati segala sesuatu itu memiliki makna yang tersembunyi dan segalanya adalah lakaran dari kitab-Nya yang terbuka untuk di renungi aql yang sentiasa berada di alam tafakkur dan hati yang sentiasa sujud kepada Cinta yang abadi.
Begitu-lah Rahsia-Nya yang dijanjikanNya di buka kepada sesiapa yang beriman hanya kepada ayat-ayatNya dan sesiapa yang majnun, taksub yang melampau dan taat hanya kepadaNya! Subhanallah. 💝💝💝


.png)
.png)

No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you.