Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Sunday, January 11, 2026

Nota Terakhir >> Wahai Mereka Yang Rebah Di Pintu Jalan

💝Al Ar'aaf : 156 Maka sesungguhnya, Aku telah tetapkan Rahmat-Ku kepada mereka yang bertaqwa dan yang beriman kepada ayat-ayat Kami  

NUR telah hadir namun, ianya tidak di sambut dengan ketetapan yang HAQ

Az Zukhruf : 78
Demi sesungguhnya telah sampai kepada kamu Kebenaran, akan tetapi kebanyakan kamu bukan sahaja menentangnya, tetapi sangat tidak suka kepada jalan kebenaran itu 

Az Zukhruf : 29
Dan mereka tidak akan di azab sehingga datang kepada mereka ayat-ayat kebenaran dan seorang utusan yang menerangkan jalan Tauhid 

Al An'aam : 153
Dan inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikuti akan ia, dan jangan kamu ikut selain dari jalan Ku ini, kerana ia akan menceraikan kamu dari jalan-Ku

Ramai rebah di pintu jalan kerana mengambil jalan selain (Dua) dari jalanNya yang (Satu) lalu mencampuradukkannya maka, pintuNya yang Satu di kunci rapat lalu di buka kepada pintu-pintu Dualiti yang penoh dengan kegelapan. 

Al Ahzaab : 4
Ellahu tidak akan jadikan mereka berpengetahuan cemerlang sekiranya di dalam diri mereka ada dua Qolbi

Jika jalan yang Satu kamu jadikan ia Dua, maka hidup pun akan terbelah Dua >> pintu yang di dalamnya silih berganti sifat dualiti. Ketahuilah bahawa Satu itu aman, sejahtera dan bahagia, Dua itu jalan yang penoh goyah >> antara keseronokan dan ancaman!  
>>> sekejab bahagia sekejab anxiety dan kemurungan, sekejab sejahtera sekejab kesempitan dan kesusahan, sekejab sihat sekejab sakit, sekejab baik sekejab buruk sifat, sekejab jelas sekejab blur >>> suruh duduk di jalan yang Satu x mau!

Al Hajj : 46
Sesungguhnya bukan mata yang buta tetapi yang buta ialah Qolbi  

Para wali Ellaha berkata, Qolbi bukan sekadar daging di dada, tetapi pusat kesedaran spiritual dan kefahaman ilmu yang mendalam. Di sinilah aql menerima Cahaya, dan di sini jugalah keimanan seseorang itu hidup atau mati. Apabila Qolbi di sucikan dari sifat dualiti maka aql menjadi lurus, jelas lagi nyata lalu hamba berdiri dengan HAQ. Apabila Qolbi di campuri dengan haq dan batil, aql menjadi licik dan menipu.

An Nisaa : 81
Dan golongan munafik berkata: "Kami taat" kemudian apabila mereka keluar dari majlis mu, segolongan dari mereka memutuskan satu rancangan yang lain. Sedang Ellaha menulis apa yang mereka rancangkan itu. Maka berpalinglah daripada mereka, serta berserah kepada Ellaha; kerana cukuplah Ellaha menjadi Pembela yang memeliharamu dari angkara mereka 

Al A'raaf : 183 
Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amat teguh

pabila Al Murid menjadi guru
lalu menjauh dari Sang Guru 
sepinya penoh angkara
menDuakan jalanNya yang Satu
mencampori yang HAQ (IlmuNya) dan yang BATIL (ilmu manusia)
lalu mengemudi bahtera mereka yang telah berserah diri pada 2 lautan
dengan syahwat keAkuan dan keAngkuhan Firaun 
bahtera pasti tenggelam
Firaun pasti tenggelam
bersama mereka yang bersekutu
masa dan ketika di tentukan oleh Dia Yang Maha Berilmu lagi Maha Esa 
sesungguhnya kamu telah mencabuli KeEsaanNya 
dan sesungguhnya, tenggelamnya bahtera telahpun terjadi
kepada Al Murid yang lalu
di saksikan oleh mereka yang berilmu

Ayat-ayat amaran Ellaha pasti menjadi nyata ke atas diri kamu, tanpa syak dan tanpa was-was kerana sesungguhnya, perkataanNya adalah benar, janjinya adalah benar dan ianya telah di saksikan oleh mereka yang berilmu dan para KekasihNya. Ketahuilah, setiap angkara tidak ada kesan kepada Sang Guru dan Al Qur'aan tidak beremosi dengan kesombongan kamu dan sesungguhnya, yang rugi hanyalah diri kamu!  

Al Muzzammil : 9
Rabbu El'Mash'riqi Wal' Mag'ribi; tiada tuhan melainkan Dia. Maka ambil-lah Dia sebagai Wakiil kamu  

Al Baqara : 112
Barang siapa yang menyerah wajahnya hanya kepada Ellahi dan bersifat muhsiin, maka dia akan perolehi ganjarannya di sisi Tuhan-nya. Dan tidak ada ketakutan ke atasnya dan tidak akan ia duka nestapa 

Al Kawthar : 2
Maka, serah bulat-bulat menuju kepada Tuhan kamu dan pisahkan diri kamu dari diri kamu 
Qatal-tum naf'sin >> Surah Al Baqara : 72

Wahai Al Murid yang telah berserah diri tetapi sedang mengalami kesempitan dan kesusahan! Rejam diri kamu dan Israa bulat-bulat menuju kepada Tuhan mu. Apabila Dia menjadi Wakil pada segala urusan hidup kamu, maka kamu akan terikat, tertambat, terjerat di dalam keluasan rahmatNya dan kamu akan sentiasa di pelihara dengan cintaNya. 💓

Asy-Syuura : 48
Jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutus mu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanya menyampaikan apa yang diperintahkan kepadamu. Dan sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu nikmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan sebaliknya jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan  di sebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan, maka mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah nikmati 

Jika kamu setelah berserah diri lalu memperolehi rahmatNya (gembira, tenang, hidup senang dan sebagainya) dan selepas daripada itu mencampori ilmu yang HAQ dengan ilmu yang BATIL, maka, di kunci nama-namaNya (Cahaya Terang Benderang) dari menerangi hidup mu lalu menjadilah kamu di kalangan golongan yang rugi (Kegelapan) > dari kesenangan dan kejelasan kepada kesempitan, kesusahan, tidak bahagia, blur dan sebagainya akibat dosa yang telah kamu lakukan. 

Al Maaida : 16
Dengan Al Qur'aan Ellaha memimpin ke jalan-jalan keselamatan dan kesejahteraan dengan keredaanNya, dan dengan Al Qur'aan, Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan dan masuk ke dalam cahaya yang terang-benderang 

Kembali-lah beriman pada jalan Al Furqaan dan jangan kamu membantah. Al Qur'aan adalah jalan Barakah yang di dalamnya adalah keselamatan dan kesejahteraan hakiki. Hanya ini jalanNya yang Satu >> jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat. Tiada jalan lain melainkan jalan Al Furqaan bagi mereka yang telah berserah diri. 

Maka, bertaubatlah dengan taubatan nasuha dan jangan sesekali berani mencampori yang HAQ dan yang BATIL semasa di dalam perjalanan kamu menuju (Israa) kepada Tuhan mu. Sesungguhnya, Dia Maha Menerima Taubat lagi Maha Pengasih. 

Al Baqara : 256
Tidak ada paksaan ke atas cara hidup yang telah di strukturkanNya (Deen)

Namun, tidak ada paksaan pada deen Ellahi. 

Jika kamu tidak mahu kembali ke jalanNya yang Satu, maka, ikut suka kamu-lah pada jalan mana yang hendak kamu pilih dan ambil kerana sesungguhnya tiada paksaan jika kamu tidak mahu sync diri kamu ke atas cara hidup yang di limpahi dengan keberkatan Nur, yang telah di strukturkan oleh Tuhan yang memberi kamu makan dan minum.

Al-An'aam : 122
Dan adakah orang yang lifeless (mati di dalam kehidupan), kemudian Kami hidupkan ia semula dan jadikan ia Cahaya sama seperti yang hidup di dalam kegelapan?

Kamu dapat melihat perbezaan di antara mereka yang mensyukori dan taat pada perintahNya di limpahi dengan barakah, dengan mereka yang kufur ingkar, hanya dengan melihat struktur daun ini! Tidakkah kamu berfikir?

Al Anbiyaa : 21 
Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang telah mati?

An Nur : 40
Dan sesiapa yang (Waman) Ellahu tidak (Lam' Lahu) menganugerahkannya (Yaj'äli) Cahaya (Nuuran), maka (Fa) tidaklah ia memperolehi Cahaya (Lahu Maa Min Nuur)

Daun yang di siram dengan Structured Water, di struktur melalui cahayaNya yakni Cahaya yang di pimpin oleh ilmuNya, kuasaNya dan rahmatNya maka menjadilah daun itu segar, hidup dan glowing. Daun yang di sirami Air Paip yang tiada struktur Cahaya kerana dirinya telah di campori dengan apa yang HAQ dan KEBATILAN (kimia tidak baik) lalu menjadilah daun itu lemah, lesu, tidak glowing >> nampak seolah hidup namun jiwa telah mati >> inilah mereka yang mati di dalam kehidupan kerana tiada lagi Cahaya yang di izin untuk menerangi dan memimpin diri mereka! Inilah mereka golongan yang rugi yang disebut-sebut Ellahi. 

😓Jika masih tidak nampak, x tahu-lah nak kata apa lagi!

Al Taghabun : 11
Sesiapa yang beriman hanya kepada Ellaha, Dia akan memimpin hati dengan ilmuNya kerana sesungguhnya, hanya Ellaha Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu

Pada akhirnya aku sampai kepada Kebenaran, bukan menerusi jalan akal budi serta pengumpulan bukti, melainkan menerusi Nur yang di alirkan Ellahi ke dalam jiwa ku - Imam Al Ghazzali

Qolbi yang tidak di tundukkan kepada wahyu akan menjadi hijab, tetapi jika ia di limpahi Cahaya maka menjadilah diri menuju kepada ma‘rifah. Qolbi perlu berkhidmat kepada Al HAQ, bukan menjadi tuan yang sangat sombong terhadap Qalam Tuhan.

Miracles only happen if you change what your heart, mind and consciousness has driven you into >> chaos, sufferings, pain, poverty, anxiety, kesempitan, tidak bahagia, sentiasa resah, gelisah tanpa sebab, tidak tenang etc.  

If you do not wish to believe and change, well ...... suffer as you pleaseth! Gudnite!

Sekian seadanya.

No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.