Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Wednesday, September 1, 2021

SURAT TERBUKA UNTUK PARA AGAMAWAN : IKHTIAR, MAKANAN DAN TAUHID BERPISAH TIADA


"Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik" Surah Al-Baqarah 2: 99

NIKMAT TAUHID

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik" Surah A-li'Imraan 3: 95

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)" Surah Al-An'aam 6: 79

"Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman" Surah A-li'Imraan 3: 68

"(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji" Surah Al Faatir 35:15 

"Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya" Surah An-Nisaa' 4: 125 

"Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja" Surah Az-Zukhruf 43: 23

LAA ILA HA ILALLAH. Tiada tuhan melainkan Allah swt. Syahadah yang diucapkan dengan lidah, hati dan dengan sebenar penyaksian dan bukan di atas taqlid. Mereka yang bersaksi "tiada tuhan melainkan Allah" adalah fanaa' dari mempertuhankan selain-Nya pada sudut ILMU, penyaksian, perbuatan, nikmat, ikhtiar, pemakanan, kesedaran, pemikiran dan amalan dan mereka ini BAQA (kekal) dengan hanya Allah swt semata-mata: Dia-lah Pelindung, Dia-lah Penyelamat dan Dia-lah tempat mereka bergantong dengan sebenar-benar pergantongan. Mereka tidak mencintai melainkan pada-Nya, tidak berharap kecuali dengan-Nya dan tidak meminta kecuali tunduk kepada kehendakNya. Maka, dia faqir, yakni, bebas dari kehendak dan pemikiran-nya kepada sesuatu yang selain dari-Nya.

Makanan dan Ikhtiar: Antara Tauhid atau Syirik; Antara Bahagia atau Celaka, Antara Syukor atau Kufur

"Dan sesungguhnya tiap-tiap satu golongan, samada golongan ahli tauhid atau golongan ahli syirik tidak sunyi daripada salah satu daripada dua keadaan: keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya ke dalam kesesatan yang nyata" Surah Saba': 24

"Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia" Surah Hud 11: 105

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" Surah Ibrahim 14: 7

Tauhid bukan hanya terletak kepada keimanan seseorang, malah, tauhid merangkumi segala aspek kehidupan kita sebagai seorang Islam. Salah satu cabang keimanan ialah beriman dengan Allah swt pada nikmat yang dihantarNya melalui makanan yang diturunkan-Nya dari air hujan. Ia adalah cara untuk kita mensyukori pemberian nikmat dan menghormati dan mentauhidkan Allah swt pada kemuliaan, ketinggian dan kebesaran Kekuasaan-Nya kerana hanya Dialah Yang Maha Berkuasa dan segala sesuatu berada di dalam genggamanNya. 

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu dapat menerima petunjuk" Surah Adz-Dzaariyaat 51: 49 

Surah Al Baqarah, 22 adalah ayat perintah yang sangat jelas, terang lagi bersuluh. Kita tidak dibenarkan untuk mengambil makanan selain dari nikmat-Nya. 2, 2, 2 (QS 2: 22), yakni dua, dua, dua merupakan nombor kepada sifat dualiti, atau pasangan. Sifat dualiti umpama Dr Jekyll dan Mr Hyde. Dr Jekyll menghadapi akibat yang mengerikan ketika dia membiarkan sisi gelapnya menjadi liar dengan ramuan kimia yang di cipta dari tangannya yang telah mengubahnya menjadi sifat binatang Mr. Hyde. Maka, Dr Jekyll menghadapi kecelakaan di atas pilihan yang di buatnya. Dia kini terpenjara di dalam Qadr: kesengsaraan dan azab.

Allah swt meletakkan ayat "buah-buahan yang di hantarNya" bersama ayat, "maka janganlah kamu mengadakan sebarang sekutu dengan Allah swt" ini adalah satu perintah yang jelas bahawa kita wajib mentauhidkanNya walau di dalam bab pemakanan: yakni, apa jua yang masuk ke dalam tubuh harus di pasak di atas TAUHID.

"Allah memberikan satu misal perbandingan: seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa tuan yang bertentangan dengan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain yang hanya dimiliki oleh seorang tuan sahaja. Adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya? Sudah pastilah tidak sama. Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan TAUHID ini); namun, kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid) ini" Surah Az-Zumar 39: 29

Apakah makanan dan ikhtiar memiliki sifat dualiti atau pasangan? Sudah tentu sekali. Terdapat makanan dan ikhtiar yang di hantar melalui nikmat Allah swt (Tuan Yang Satu) dan yang di cipta dari tangan-tangan manusia (Tuan Yang Ramai). 

Hak mutlak kewujudan yang hakiki adalah milik Allah swt. Memandangkan Allah swt adalah Al Ahad Al Waahid, maka Dia-lah yang benar-benar mutlak di dalam sifat Al Ahad-Nya di dalam segala aspek walau sebesar zarah. Mengikut pengertian "hak yang mutlak" maka tidak ada yang layak dicari melainkan Dia, tidak ada yang layak disembah melainkan Dia dan tidak ada yang layak dicintai melainkan Dia, tidak ada yang layak dimakan melainkan hanya dengan nikmat pemberian-Nya, tidak layak meminta pertolongan melainkan kepadaNya dan tidak ada yang layak menyelamat melainkan Dia Yang Maha Memberi Keselamatan. 

"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)" Surah Al-Baqarah 2: 165

Kaum Quraish sering menyatakan "Muhammad amat cinta kepada Tuhannya". Ia adalah kesaksian yang mutlak seorang hamba dan merupakan penyaksian yang nyata kepada Tuhannya. Nabi Muhammad saw adalah cinta dan cintanya merangkumi segalanya, namun cinta yang ditanggungnya di dalam hati yang suci hanyalah untuk Allah swt maka, Nabi Muhammad saw tidak mengambil selain dari nikmat dan ilmu Allah swt di dalam segala aspek kehidupan baginda. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa pun), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar" Surah An-Nisaa' 4: 48

Dia-lah Allah Yang Maha Esa dan Dia sangat menyintai dan cemburu akan keEsaanNya oleh sebab itu, maka, sesiapa yang mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain, maka azab neraka adalah pengakhiran baginya melainkan ia kembali bertaubat dan memperelokkan amalan dan memperkukuhkan tauhidnya.

IKTIAR MELALUI NIKMAT ALLAH SWT VS IKHTIAR DARI TANGAN-TANGAN MANUSIA

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya" Surah Al-Baqarah 2: 172

Buah zaiton memiliki phyto-kimia Oleocanthal yang bersifat potent di dalam menstimulasikan mekanisma di dalam tubuh manusia untuk pemulihan kendiri. Ia juga memiliki sifat anti-radang yang sangat powerful untuk mengatasi kemurungan dan berpotensi untuk membersihkan protin amyloid dari berkumpul bagi mengatasi masalah nyanyok. Buah Tiin pula memiliki sumber mineral manganese dan pottasium untuk fungsi kesihatan otak. Manganese mengaktifkan sejenis enzim untuk membersihkan otak dari lebihan glutamate, satu kompound yang tosik dan jika ianya terkumpul di dalam otak akan menyebabkan kerosakan otak selepas strok.  

Manganese dan Pottasium dari langit melalui Buah Tiin Vs Manganese Oxide/Dioxide dan Pottasium Nitrate/Oxide/Iodide/Sulfide dari tangan-tangan manusia. Vitamin yang pada ramuannya di tulis "ide" "ate" di hujung-nya ada-lah sintetik, yakni, ia adalah sintesis kimia buatan tangan-tangan manusia dan hasil kajian sains mendapati bahawa ia amat memberi kemudharatan kepada manusia. Sila layari link ini tentang bahaya sintetik. Anda juga  boleh membaca artikel "Serious Dangers of Synthetic and Unnatural Vitamins" di sini.

"Dan mereka menetapkan kepada perkara-perkara yang tidak mereka ketahui dengan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan untuk rezeki mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu" Surah An Nahl: 56

Vitamin sintetik adalah kimia yang di cipta oleh tangan-tangan manusia di dalam makmal dengan mencampurkan pelbagai bahan kimia atau sebatian dan menurut kajian saintis, ia adalah salah satu penyebab kepada pelbagai jenis kanser dan lain-lain penyakit kronik.

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)" Surah Adz-Dzaariyaat 51:  49


"Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu sedang kamu tidak mengetahuinya" Surah Al-Nahl 16: 74

Tiap sesuatu dijadikan sifat dualiti atau pasangan agar kita mentauhidkan Allah swt pada kekuasaanNya. Namun, di alam "Free Will" kita di beri pilihan samada untuk kufur ingkar atau bersyukor akan nikmatNya.

Merah : Nikmat dari tangan Pencipta Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kuning : Ubat buatan manusia yang di mimik kimia dari alam - sintetik.
Biru : Ubat kanser

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim" Surah Al-Maaidah 5: 51

"Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!" Surah Al-Mursalaat 77: 24

Carta di atas memperlihatkan bagaimana ubat (drugs) yang dicipta dari tangan-tangan manusia mempunyai efek yang lebih kurang sama dengan nikmat yang di hantar oleh Allah swt, namun, ubat yang di cipta dari tangan-tangan manusia mampu memberi kesan sampingan yang mengerikan. 

"Dan jangan sekali-kali mereka menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa, dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina kelak" Surah A-li'Imraan 3: 178

"(Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya, dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan" Surah Al-'Ankabuut 29: 66

"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu)" Surah Al-An'aam 6: 134

Kesan sampingan adalah undang-undang sebab akibat yang pasti akan berlaku, samada pada jangka masa pendek ataupun pada jangka masa panjang, ia tetap akan berlaku (short and long term side effect). 

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan dan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" Surah Al-Nahl 16: 119

Namun, Keagongan kasih sayang Allah Ar Rahman Ar Raheem mengatasi kemurkaanNya dan Dia tetap membalas kita dengan kebaikan walau kita mengambil selain nikmatNya untuk tujuan mengubati penyakit di atas kejahilan kita kerana memandang kepada amal-amal kebajikan kita semasa di dunia. 

Vitamin, Zat Galian ciptaan Allah swt Vs Vitamin, Zat Galian ciptaan Manusia

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri" Surah An Nisaa': 79


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya" Surah Az-Zalzalah 99: 7 - 8

"Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" Surah Hud 11: 111


Pada tahun 1948, ahli zoologi Switzerland H.M. Peters sedang mengkaji bagaimana labah-labah membina sarang mereka. Tetapi dia terus tertidur semasa proses pemerhatian, kerana labah-labah biasanya membina sarang mereka pada waktu tertentu. Oleh itu, beliau telah memberi ubat kepada labah-labah itu agar ia membina sarang pada waktu yang lebih awal. Walaubagaimanapun, ubat itu tidak mengubah jadual labah-labah tersebut malah ia tetap membinanya pada waktu yang telah difitrahkan oleh Pencipta. Namun, ubat yang di beri kepada labah-labah itu telah secara drastik mempengaruhi kemahiran seni bina yang difitrahkan kepadanya oleh Allah swt. 

Ubat yang di cipta dari tangan-tangan manusia mampu mengubah fitrah manusia!! Ingat main-main ka?

"Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun" Surah Al-Baqarah 2: 281

"Kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya)" Surah A-li'Imraan 3: 161


Protein di bentuk oleh DNA untuk fungsi tubuh manusia. Namun, manusia amatlah ingkar dan kufur akan nikmat Allah swt maka berlaku lah kerosakan pada tubuhnya, maka sengsaralah ia dengan penyakit.

Maka, seseorang itu akan bahagia atau celaka dengan sebab-sebab pilihan yang di buatnya. Namun, apabila ia mengalami penyakit kronik, takdir di persalahkan: "nak buat macam mana, dah di takdirkan begini." Secara tidak sedar, dia telah memfitnah Allah swt pada kebesaran asma'Nya Ar Rahman Ar Raheem. Sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada manusia, namun, manusia seringkali menzalimi diri dan menyalahkan takdir. Bagaimana kita nak beriman dengan Qada dan Qadr sedangkan maknanya pun kita tidak di beri kefahaman yang jelas!! 

"Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah turunnya hidangan itu, maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk" Surah Al Maidah: 115

Surah Al Maaidah, 115 adalah ayat amaran yang amat keras lagi mengerikan jika kamu benar-benar menggunakan akal untuk berfikir. Di abad ini, pelbagai penyakit yang tidak pernah di dengari terbit di dalam diri manusia akibat daripada kekufuran dan keingkaran ke atas nikmat Allah swt. 


"Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)" Surah Al-An'aam 6: 23

Tidak kah kamu berfikir tentang makna doa sebelum makan? "Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari azab api neraka." Doa ini jelas menerangkan bahawa apa jua yang masuk ke dalam tubuh manusia, mampu membawa kepada azab kesengsaraan. Namun, apabila kita berdoa kepada Allah swt untuk memberkati rezeki yang Dia beri, kita sebaliknya memakan makanan dari tangan-tangan manusia - maggie mee, makanan dalam tin dll.

"Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!" Surah Al-Mursalaat 77: 40


"(Lalu dikatakan kepada mereka): "Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu); dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya dan menerima bawaan syirik itu. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah Yang Maha Tinggi dari apa yang dipersekutukan, lagi Yang Maha Besar pemerintahanNya" Surah Ghaafir 40: 12


"Tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan sama ada baik atau jahat, sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun" Surah Al-Nahl 16: 111

"Kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya)" Surah A-li'Imraan 3: 161


"Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah)" Surah Al-Mursalaat 77: 47


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya" Surah Ar-Ra'd 13: 11

"Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!" Surah Al-Mursalaat 77: 49


"Pineal Gland" atau Kelenjar Pineal adalah organ yang sangat penting kerana ia mengeluarkan kimia Serotonin dan Dopamin untuk fungsi hidup kesejahteraan manusia. Gambar di atas menunjukkan seorang remaja yang mengambil Calcium Carbonate (Vitamin sintetik) yang telah mengakibatkan Kelenjar Pineal-nya membatu. Allah swt menjuruterakan tubuh manusia dengan keagongan kasihNya dan tidak sekali-kali akan mengubah fitrah kesempurnaan seseorang melainkan dia yang mengubahnya sehingga menyebabkan nasibnya menjadi sangat malang. Kerosakan Kelenjar Pineal adalah salah satu punca yang menyumbang kepada penyakit alzheimer atau nyanyuk. 

"Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain)" Surah Al Fussilat 41: 6

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri" Surah An Nahl: 118

Sila lihat otak manusia yang Allah swt ciptakan dan apabila seseorang itu mengalami penyakit alzheimer. Sesungguhnya manusia amat menganiaya diri sendiri dan lalai serta kufur ingkar akan nikmat pemberianNya, maka terpaksalah ia menanggung akibat daripada pilihan-pilihan yang dibuatnya.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" Surah Ibrahim 14: 7

"Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan" Surah Az-Zumar 39: 70


Di sebelah kiri adalah otak tikus yang sempurna yang di cipta dari fitrah Allah swt Yang Maha Sempurna, namun, selepas tikus di beri ubat dari tangan manusia, otaknya mengalami mutasi (kanan) maka rosaklah kesempurnaan fitrah-nya.

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata" Surah An-Nisaa' 4: 119

"Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!" Surah Al-Mursalaat 77: 28

Apabila otak tikus mengalami kerosakan, maka berlaku lah mutasi juga kepada DNA-nya. Tikus ini kini menerima azab sengsara dan aktiviti harian-nya yang dahulunya sempurna kini terbantut. Maka, tikus ini telah di aniayai oleh tangan-tangan manusia kerana dia telah di paksa untuk mengambil selain dari nikmat Allah swt yang di fitrahkan untuk-nya dan bukan secara sukarela. 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya" Surah Hud 11: 23

Maka, pada diri manusia pun begitu juga. Ini akan memberi kesan ke atas keupayaannya untuk berfikir dengan rasional serta melaksanakan solat dengan kusyuk. Sains membuktikan bahawa mutasi kepada otak dan DNA adalah punca kepada minda di awangan ketika solat..

Manusia di tangan Pencipta:
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat" Surah Fussilat 41:35

Manusia di tangan-tangan manusia :
"Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!" Surah Al-Mursalaat 77: 28

"Kami katakan: makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia" Surah Taha 20: 81

"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi" Surah Al-Baqarah 2: 60

Apabila manusia menggantikan nikmat Allah swt dengan yang selainnya, maka, terpaksalah dia menanggong azab sengsara. Janji Allah swt itu pasti, sesiapa yang bersyukur akan nikmatNya, maka ke atasnya akan disempurnakan pahala nikmat. Nabi Muhammad saw tidak mengingkari nikmat Allah swt dan memerintahkan kita sebagai seorang Islam untuk mengikut sunnah-nya.

"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar" Surah Al-Israa' 17: 41

"Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka" Surah Muhammad 47: 9

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas" Surah Al-Maaidah 5: 87


"(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya" Surah A-li'Imraan 3: 182, Surah Al Anfaal: 51 

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" Surah Az-Zalzalah 99: 7 - 8

"Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan" Surah Al-Nahl 16: 3

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. Mereka hanya mendapat sedikit kesenangan di dunia, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya" Surah An-Nahl 16: 116 - 177


Vitamin mahupun apa jua makanan yang di cipta dari tangan-tangan manusia, apabila diletakkan label HALAL tanpa menyelidiki kandungan ramuan-nya merupakan satu penganiayaan dan kesalahan yang amat besar pada umat Islam. Maka, kita akan lihat banyak kesengsaraan dan kemudharatan berlaku di kalangan kanak-kanak yang tidak berdosa kerana kejahilan ibu serta kejahilan pihak berwajib. Oleh hal yang demikian, umat Islam dan pihak berwajib wajib memiliki ilmu "walau sebesar zarah" kerana ilmu ini melibatkan halal haram-nya sesuatu perkara dan ini bukanlah satu perkara yang boleh diremehkan.

"Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya" Surah Ar-Ruum 30: 26

"Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya)" Surah As Sajdah: 5

"Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu" Surah Al-Ahzaab 33: 62

"Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu" Surah Faatir 35: 43

"(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadah), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah)" Surah Qaaf 50: 32

"Dan engkau wahai Muhammad, tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu" Surah Al-Israa' 17: 77

"Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" Surah Ar-Ruum 30: 6

"Dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah janji-janjiNya" Surah Al An'aam, 34

Fatwa mengenai halal haramnya sesuatu perkara tidak boleh di buat mengikut "pendapat" tetapi wajib mengikut undang-undang peraturan pada landasan ketetapan pada Qadr yang telah Allah swt tetapkan di Lauh Mahfuz. Dan sesungguhnya tidak akan berlaku sebarang perubahan peraturan yang telah ditetapkan itu.

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" Surah Al-Nahl 16: 115

"Tidakkah engkau melihat dan merasa ajaib terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?" Surah Ibrahim 14: 28

"Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka" Surah Ibrahim 14: 30 

Jika tiada makanan baik-baik dari Allah swt yang dapat diperolehi ketika berlakunya darurat maka tidaklah berdosa sesiapa yang mengambil makanan yang tidak baik. Ketika darurat Covid-19 melanda dunia, terdapat banyak makanan baik-baik (kesyukuran) dari nikmat Allah swt yang mampu beri kesembuhan optimum namun, umat Islam di nasihati untuk harus atau wajib meraikan produk bukan Islam (sekutu-sekutu) yang di sangka dapat memberinya kebaikan pada masa darurat ini adalah satu perkara yang amat menggerunkan lagi mengerikan.  


"Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?" Surah Al-Nahl 16: 71

Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti Autisma, ADHD, Kanser dan lain-lain penyakit kronik berlaku apabila manusia melanggar Qadr yang telah ditetapkan oleh Allah swt di Lauh Mahfuz. Oleh sebab itu, Allah swt perintahkan kita beriman dengan Qada' dan Qadr. Seseorang yang beriman dengan Qada' dan Qadr sudah pasti tidak akan berani melanggar ketetapan Qadr kerana amat gerun dan ngeri akan azabNya. Namun, apabila kefahaman mengenai Qada dan Qadr disalahertikan, manusia menyangka bahawa penyakit kronik yang berlaku pada dirinya adalah ketetapan yang telah ditakdirkan. Sungguh zalim dan kejamnya manusia memfitnah serta bersangka buruk akan ketinggian dan kebesaran sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 😭😭😭πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

PAHALA DI ATAS NIKMAT ALLAH SWT

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku" Surah Asy-Syu'araa' 26: 80

"Sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhan-ku dan Tuhan-mu" Surah Hud: 56

"Demi jiwa-ku yang berada di dalam kekuasaanNya" Surah At Taubah: 111, Surah Zumar:  42

"Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui" Surah Al-Baqarah 2: 103

Asma (bukan nama sebenar) mengalami Stage 4 kanser dan telah menyerah urusan penyakitnya kepada Pencipta-nya dengan berikhtiar melalui nikmatNya kemudian bertawakal kepada Allah swt agar nikmatNya disempurnakan ke atas dirinya. Doa, solat, zikir dan tasbih dijadikan sebagai senjata dan penawar sehingga para doktor terkejut dengan tahap kesihatan beliau dan menyatakan bahawa kes beliau adalah di luar norma - tiada di dalam mana-mana buku perubatan "your case is out of the norm - not in the books." Ini adalah kerana dia kelihatan amat sihat dan sangat aktif. Maka, dia telah berpaling dari perantara dan memandang kepada makrifah Kekuasaan Allah swt untuk menyembohkannya.

Tidak yakin penyembuhan tanpa ubat? Sila lihat video ini.

Kisah seorang wanita yang mengidap tumor barah dan disahkan oleh doktor pakar perubatan bahawa beliau hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup, disembuhkan di dalam masa 3 minit di sebuah Hospital Tanpa Ubat-Ubatan di China (rakaman penyembuhan ini ialah pada tahun 1996 di The Medicineless Hospital di Beijing, China). Video ini menunjukkan tumor barah pundi kencing pesakit hilang di dalam beberapa minit. Pihak doktor menyeru -hua sa' hua sa' hua sa' - "sudah pulih" "sudah pulih" "sudah pulih." 

"Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah swt" Surah A-lil'Imraan : 18

Manusia mampu menjadi tuhan-tuhan kerana di beri kuasa untuk menyembuhkan manusia dengan izin-Nya. Oleh kerana itu, kaum kafirrun dari kalangan motivator America berkata "we are all co-creators. We can create anything we want." Dan ummah pun tenggelam di dalam kemungkaran ini. Maka, yang halal di haramkan dan yang haram di halalkan. Sungguh ngeri melihat kegilaan yang berlaku di zaman ini. 

"Dan sebutkanlah peristiwa Nabi Ayub, ketia ia berdoa merayu kepada Tuhan-nya dengan berkata, "sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau-lah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani" Surah Al-Anbiyaa', 83

Orang kafir terpaksa menyerahkan urusan penyakit mereka di tangan manusia, orang yang beriman menyerahkan urusan penyakit mereka di tangan Allah swt. Hanya kepada Mu aku berserah dan hanya kepada Mu aku meminta pertolongan. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Namun, kita tetap kufur ingkar ke jalan yang bengkang bengkok selepas perjanjian dengan Allah swt pada solat 5 waktu.

Tidak yakin dengan penyembuhan dari Allah swt?

"Oleh itu berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata" Surah An Nahl, 79

Hendaklah engkau menempuh jalan kebenaran dan jangan merasa terasing dengan kurangnya orang yang menempuhnya dan jauhi-lah jalan kebatilan dan jangan terpedaya dengan banyaknya orang yang menempuhnya. Mereka yang bertawwasul kepada Allah swt dengan nikmat-nikmat kurniaanNya dan ihsan-ihsanNya maka dijadikan bahagian bagi mereka dari nikmatNya. Mereka ini adalah golongan yang berikhtiar dengan nikmatNya maka di atas ihsanNya dikurniakan pahala bagi mereka, yakni penyembuhan yang optimum.

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" Surah Al-Ahqaaf 46: 13

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan" Surah Al-Baqarah 2: 107

"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" Surah Al-Anbiyaa' 21: 83

"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya" Surah Al-Anbiyaa' 21: 84

"Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)" Surah Al-Anbiyaa' 21: 88




"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" Surah Al-Baqarah 2: 152

"Sesungguhnya kaum-mu masih menaruh syak yang meragukan tentang kebenaran Al Quran itu" Surah Al Fussilat: 45

  
                         Kredit Imej : www.muslimheritage.com

"Tidak ada penyakit yang tidak bisa disembuhkan. Tidak ada herba yang tidak berguna melainkan kurangnya ilmu mengenainya” -Ibnu Sina

Nikmat yang diciptakan Allah swt memiliki komponen kimia potent untuk penyembuhan dan pada akhirnya, adakah kita haqqul yakin bahawa Allah swt bukan sahaja mampu, malah Allah swt berkuasa menyembuhkan kita kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dengan sifat Ar Rahman Ar Raheem. Ikhtiar melalui pemakanan jika dikahwinkan dengan doa penoh kehambaan dan penyerahan total mampu memulihkan orang yang sakit dan seorang yang beriman tidak memiliki keraguan di dalam hatinya tentang bab ini. Malah, mereka yang tidak beriman memiliki keraguan terhadap Allah swt dan oleh sebab itu, orang-orang kafir menyerahkan urusan penyakit mereka di tangan manusia. 

Makna kafir ialah "golongan yang tidak percaya."

Ikhtiar dan Tauhid Berpisah Tiada


"Maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)" Surah Al-Baqarah 2: 150

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" Surah Al-Baqarah 2: 168

Virus Sars-Cov-2 tidak membunuh, ia adalah kerana sistem imun tubuh manusia telah di kompromi! 

"Maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" Surah Al-Baqarah 2: 38

"Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" Surah Al-Baqarah 2: 112

                                                        Imej Kredit : www.boredpanda.com

Tidak kah kamu melihat tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah swt mentadbir dan mengurus apa yang di langit dan di bumi? Burung, kucing, anjing, ikan, rama-rama, monyet-monyet dan tumbuh-tumbuhan tidak terjejas kehidupan mereka semasa Covid-19 melanda malah mereka sedang menikmati alam ini dengan penoh kegembiraan kerana mereka tidak pernah kufur ingkar akan nikmat pemberian Allah swt. Mereka tidak berduka mahupun nestapa. Inilah pengakhiran-nya bagi sesiapa yang menyerahkan segala urusan hidupnya bulat-bulat di tangan Pencipta-nya.  

"Katakanlah: "Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu masih mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" Surah Al-An'aam 6: 64

Manusia di cipta dengan sebaik-baik kejadian dan sudah pasti Allah swt menjuruterakan tubuh manusia dengan sempurna kerana sifatNya Yang Maha Sempurna. Pada tubuh manusia terdapat sistem imun yang sangat canggih dan Allah swt menciptakan padanya anti-bodi yang sangat powerful (Super-Potent) untuk memelihara tubuh dari serangan virus untuk penyembuhan kendiri. Kebanyakan manusia amatlah mengingkari nikmat Allah swt sehingga sistem imun telah rosak. Namun, kerana Dia Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tetap menghantar nikmatNya dari langit untuk memulih kembali sistem imun yang rosak itu.

"Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah" Surah Al Maaidah: 64

"Ssesungguhnya Allah adalah Maha Mengasihani kepada kamu" Surah Al-Israa' 17: 66


Menurut kajian sains, 16 remaja yang minum 2 cawan Cacao panas sehari, yang tinggi nilai bio-kimia flavanol, stem sel mereka membiak 2 kali ganda selepas sebulan. 

Dan pada Mac 2020, para saintis telah menemui sifat stem sel di dalam darah yang mengejutkan: bukan sahaja stem sel ini memastikan pembaharuan sel darah secara berterusan dan menyumbang kepada tindak balas sistem imun yang disebabkan oleh jangkitan virus, tetapi stem sel ini juga dapat mengingati kembali jangkitan virus sebelum ini untuk mendorong proses kekebalan yang lebih pantas dan tindak balas yang lebih cekap dan efisyen sekiranya berlaku jangkitan baru pada masa akan datang. Sila baca artikel di link ini untuk maklumat lanjut.

Maka, pada nikmat Allah swt yang mana satu yang nak kamu dustakan wahai umat Muhammad? 😒😒😒😒😒😒

A human antibody (blue) attaches to the receptor binding domain (red) on the SARS-CoV-2 virus. (Model courtesy of the Burton Lab). Kredit image: www.scripps.edu.

Para saintis di Scripps Research telah menemui super-potent antibodi di dalam darah pesakit yang telah pulih dari COVID-19 yang memberikan perlindungan yang sangat kuat terhadap SARS-CoV-2, coronavirus yang menyebabkan penyakit ini, ketika diuji pada kultur sel haiwan dan manusia. Maka, inilah nikmat Allah swt, super-potent antibodi yang dijuruterakan di dalam tubuh manusia. Sila baca di link ini untuk maklumat lanjut.

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri" Surah Al-Baqarah 2: 57

Sistem imun dicipta Allah swt, maka Dia Maha Mengetahui dan yang selayaknya menjadi Penolong dan hanya Dia-lah yang selayaknya menjadi Penyelamat melalui nikmat yang di hantarNya. 

IKHTIAR MARYAM A.S DI ATAS DASAR TAUHID

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata "alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!" Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan" Surah Maryam, 23 - 26

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)" Surah An-Naml 27: 62

Semasa Maryam a.s di dalam kesakitan hendak bersalin, tiada tangan manusia mahupun pertolongan manusia di hantar oleh Allah swt tetapi kesulitan dan kesengsaraannya di atasi dengan pertolongan Allah swt semata-mata. Maryam a.s di seru untuk berikhtiar dengan nikmat Allah swt melalui buah korma. Allah swt tidak pula menyeru malaikat untuk cucuk ubat tahan sakit mahupun memerintahkan Nabi Zakaria a.s untuk mengadun ubat-ubatan bagi meredakan kesakitan Maryam a.s! Begitu juga semasa Maryam a.s di dalam gua beribadah, hanya buah-buahan di hantar Allah swt untuk menguatkan tubuhnya dan tidak pula Allah swt menghantar kambing bakar bersama nasi beriyani. 😊 Namun, ada yang menggunakan ayat ikhtiar Maryam a.s dengan memanipulasi ummah untuk mengambil ikthtiar selain dari nikmatNya dan kejahilan ini amatlah mengerikan.

Kenapa Allah swt menghantar nikmatNya kepada Maryam a.s melalui buah korma dan bukan buah selainnya semasa dia sakit hendak bersalin? 


Rahsia yang ada pada buah korma yang ramai tidak tahu ialah, buah korma dikurniakan dengan bakteria-bifido, yakni, Allah swt menurunkannya dari sebahagian barakah syorga sepertimana bakteria pada roti sehinggakan Nabi Muhammad saw bersabda untuk menghormati roti. 

Bakteria bersifat dengan sifat cahaya. Terdapat pelbagai bakteria bercahaya dan masing-masing mempunyai kimia dan rahmah serta nikmat yang berbeza. Kesihatan tubuh manusia di atur dan di perintah oleh ilmu Allah swt dan utusan bakteria di hantar sebagai perantara untuk menyempurnakan pahala dari ilmuNya kepada mereka yang bersyukor akan nikmatNya. Maka dengan izin Allah swt, tiada haiwan yang boleh merosakkan buah korma semasa ia sedang membesar. Mengikut kajian sains, bakteria yang ada pada korma, apabila di makan, akan membiak dengan sangat signifikan di dalam usus. Bakteria-bifido merupakan bakteria yang sangat penting untuk fungsi kesihatan dan kelangsungan hidup manusia sehingga pokok korma di gelar sebagai "Tree of Life."

Kredit Imej : www.medium.com
Bakteria bercahaya di dalam "petri dish"

"Utusan-utusan Kami (malaikat) tidak cuai di dalam menjalankan tugasnya" Surah Al-An'aam 6: 61

Utusan cahaya yang di hantar oleh Allah swt di dalam buah korma merupakan modulator yang akan ke "spinal cord" untuk menghentikan penghantaran maklumat sakit pada tisu-tisu spinal cord sebelum ianya di hantar ke pusat otak. Otak menginterpretasikan kesakitan di 9 bahagian dan setiap bahagian otak itu akan menyala seperti lampu apabila seseorang itu sakit, di gelar "neuromatrix." 9 bahagian di otak ini menyala mengikut tahap kesakitan dan utusan bakteria ditugaskan untuk memadam suis lampu itu bagi membantu mengurangkan kesakitan Maryam a.s. Jika sekiranya kita mengalami "neuropathic pain" atau "visceral pain" maka, korma adalah penyembohnya dan bukan ubat atau dadah. 

"Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna" Surah An-Najm 53: 41

Utusan bakteria cahaya ini juga ditugaskan untuk mencerna serat korma dan mengeluarkan satu kimia untuk mengawal pusat lapar di otak Maryam a.s. Oleh kerana itu, Maryam a.s kuat serta dikenyangkan selepas bersalin sehingga Allah swt berfirman kepadanya, "makan-lah korma dan minum-lah air dan bersenang-lah kamu." Betapa agongnya kasih Allah swt pada nikmat korma sehingga Maryam a.s di permudahkan segala urusan dengan pemberian dari nikmatNya. 

Utusan cahaya ini juga membawa "genetic material" yang berfungsi untuk menjana hormon serotonin dan dopamin untuk mengurangkan kesedihan dan stres Maryam a.s dan mengawal persepsi negatif, emosi dan mood apabila Maryam a.s mengadu "aduhai! alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan." Buah korma mampu mengatasi kemurungan, stres, gemuruh dll namun kita di beri makan dengan ubat anti-murung yang mempunyai kesan sampingan yang tidak baik dan ini adalah satu keadaan yang amat mengerikan. 

Maryam a.s bersalin di persekitaran yang mudah terdedah kepada virus dan kotoran dan tugas utusan cahaya ini adalah untuk mempertahankan radikal bebas dari masuk ke dalam saluran darah Maryam a.s dan Nabi Isa a.s. Usus Maryam a.s di penohi dengan utusan cahaya bakteria-bifido dan apabila Nabi Isa a.s di lahirkan, tubuhnya juga disaluti dengan utusan cahaya ini agar sistem imun Nabi Isa a.s di pelihara. 

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai sifat-sifat kebesaran Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran" Surah Luqman 31: 20

Ini-lah sebabnya mengapa Allah swt menyediakan air zam-zam dan korma di Mekah, untuk memelihara hamba-hambaNya dari jangkitan virus namun, pihak yang berwajib telah mewajibkan umat Islam untuk mengambil selain nikmatNya untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah satu perkara yang amat-amat-amat memilukan.

"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga kepada apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" Surah A-li'Imraan 3: 199

Maryam a.s di perintah untuk berikthiar dengan buah korma dan dia tidak mengkufuri nikmat Pencipta-nya dan dia bertawakkal dan berserah bulat-bulat kepada Allah swt untuk menyemboh dan menguatkannya. Maryam a.s makrifah kepada kekuasaan Allah swt dan dia adalah seorang hamba yang mentauhidkan Allah swt kepada kebesaranNya yakni, Maryam a.s meletakkan Allah swt pada ketinggian Kekuasaan di atas KeEsaanNya, maka dia berpaling dari perantara. 

"Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya" Surah Al-Baqarah 2: 130

Nabi Ibrahim a.s menolak pertolongan malaikat semasa ia hendak di bakar oleh kaum kafirun kerana cukup baginya Allah sebagai Penolong dan Penyelamat.

"Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah swt dan beribadahlah kamu kepadaNya dengan sebulat-bulat TAUHID" Surah An Najm 53: 62

Dia-lah Yang Awal Yang Akhir Yang Zahir Yang Batiin dan Dia-lah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana akan tiap-tiap sesuatu perkara dan kita semua di dalam genggaman kekuasaanNya. Maka apabila seorang hamba beriman akan keEsaan-Nya dengan perbuatan dan amalan, maka tidak wujud baginya daripada dirinya (nafsunya) dan wujudnya bukan untuk dirinya dan bukan daripada dirinya dan kejahilannya (kehendaknya) maka, ingatan dan baqa' kepada keEsaan-Nya berterusan di ingati pada setiap degupan jantongnya maka ia menggugurkan ingatan, perbuatan dan amalan selain Allah swt lalu bersaksi dengan sebenar penyaksian bahawa Dia-lah yang di sembah, Dia-lah yang disaksikan dan diingati dan Dia-lah Penyelamat dan Penolong yang mutlak sebagaimana Dia-lah Pencipta Yang Maha Agong sifat Pengasih dan Penyayang. 

"Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa" Surah Faatir 35: 10 

"Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar" Surah An-Nisaa' 4: 48

Maka hamba yang teguh tauhidnya, jadi sempurnalah dia dan bebaslah dia dari sifat-sifat atas syahid pembebasan perantaraaan dari penyaksian akal, fitrah dan kesan-kesan ciptaan. Makrifah adalah sifat dan perbuatan hamba maka sampai kepadanya makrifah kepada Allah swt yang menghimpun segala sifat kesempurnaan. Ini adalah cakupan Al-Hamdu maka, ia mengandungi pujian atas yang di puji dengan sifat kesempurnaan dan ketinggianNya bersama kepatuhan kepadaNya dan tidak termasuk memuji bagi sesiapa yang mengingkariNya dan sesiapa yang berpaling dari kepatuhan kepada Nya. 

"Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri" Surah Ibrahim 14: 11

Orang yang beriman memakai keimanannya dengan makanan dan ikhtiar yang disediakan oleh Penciptanya maka dia tidak berpaling dari kepatuhan kepada kebesaran Kekuasaan dan keEsaan-Nya kerana sesungguhnya hanya Dia-lah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Esa.  

AVERMECTIN - THE NATURAL 'WONDER DRUG'

Kenapa Avermectin di gelar 'The Wonder Drug?" Ini adalah kerana Avermectin di cipta dari bakteria yang membentuk komposisi kimia semasa melalui proses fermentasi. Bakteria adalah organisma mikro yang mampu membuat komposisi kimia yang pelik-pelik dan indah, kata Prof William Campbell yang telah dianugerahkan Nobel Price bersama Satoshi Ōmura pada tahun 2015 hasil penemuan Avermectin untuk menghapuskan jangkitan yang disebabkan oleh parasit cacing gelang. Bakteria tersebut menghasilkan kimia "anti-parasitic" yang tersangat powerful (extremely potent) - Streptomyces Avermitillis (Avermectinius). 

Bakteria adalah utusan cahaya yang dicipta oleh Pencipta Yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa untuk kegunaan manusia kerana manusia adalah diri yang Allah murahi dan diri yang Allah kasihi. 

Maka, nikmat Allah swt yang manakah lagi yang hendak kamu dustakan? 😭😭😭😭

PENYELAMAT DARI TANGAN PENCIPTA

"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran). Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan" Surah Adh-Dhuha 93: 5-8

"Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik" Surah Al-Baqarah 2:1 35

"Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul" Surah Al-Maaidah 5: 77

"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)" Surah Al-Hasy-r 59: 7

Maka, umat Nabi Muhammad saw wajib mengambil dan berikhtiar di atas nikmat Allah swt sepertimana suruhan baginda untuk mengamalkan makanan sunnah dan bukan dengan selainnya dan selepas itu bertawakkal kepada Allah swt agar disempurnakan nikmatNya ke atas dirinya. Ia juga adalah cara mentauhidkan Allah swt pada ikutan Rasulullah. Namun, sebagai seorang hamba, dia juga perlu menjaga adab dengan Pencipta-nya seperti tertib di dalam berdoa yang perlu di amalkan di atas tauhid. Al Quran adalah cahaya yang mengajar manusia tentang adab berdoa di atas tauhid kerana doa juga mampu mengundang kemurkaan Allah swt jika tidak meletakkannya pada kebesaran dan ketinggianNya.  

Terdapat ramai para ilmuan Islam yang di anugerah dengan kebijaksanaan sains dan para doktor Islam yang mampu mencipta ubat dari nikmatNya. Islam adalah agama yang sangat hebat dari segi ilmu dan Islam itu adalah cahaya kerana Allah swt itu adalah cahaya langit dan bumi dan Dia Maha Hebat lagi Maha Bijaksana!! 

"Yang demikian (sifatNya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu maka beribadatlah kamu kepada-Nya. Dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya" Surah al-An'am: 102

"Bahkan Dia lah Allah yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu" Surah Al-An'aam 6: 41

"Katakanlah: "Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu masih mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" Surah Al-An'aam 6: 64

"Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah, untuk mendapat kemenangan); dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya)" Surah Ibrahim 14: 15

Virus tidak di hantar setiap 100 tahun melainkan untuk menguji samada kita kufur ingkar atau beriman akan nikmatNya, tauhid atau syirik. Dan ini bukan satu perkara yang main-main!!! Namun, bagi kaum yang mahu berfikir, virus yang di hantar juga adalah satu rahmah, agar manusia kembali mentauhidkan Allah swt pada kekuasaanNya.

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya" Surah Al-Israa' 17: 56

"Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti" Surah Al-Israa' 17: 57

"Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)" Surah Al-Israa' 17:58

"Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata" Surah An-Nisaa' 4: 119


Sesungguhnya ilmu dan kekuasaan Allah swt Maha Meliputi sekalian manusia. 

"Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)" Surah An-Nisaa' 4: 147 


Surah Al Israa, 60 menjelaskan bahawa ilmu (NUR) dan kekuasaan Allah swt meliputi segala manusia - cahaya atas cahaya maka terbimbing-lah manusia ke cahaya penyembuhan-Nya, kuasaNya, kemurahanNya, petunjuk-Nya, ilmu-Nya, rahmah dan nikmat-Nya, kasih dan cinta-Nya. 

Namun, apabila "Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran dan kemungkaran yang melampau" Surah Al Israa: 60

"Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup" Surah Al-Israa' 17: 63 

"Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda (tentera) serta yang berjalan kaki (yang menjalankan tugas) untuk mengalahkan mereka; - dan janjikanlah mereka (dengan janji-janji manis mu)." Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata" Surah Al-Israa' 17: 64

"Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain" Surah Ghaafir 40: 4

"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)" Surah Al-Israa' 17: 65 

Vitamin C Ciptaan Allah swt Memiliki Sifat Penyembuhan Yang Sangat Powerful


"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" Surah Al-Baqarah 2: 163

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat" Surah Al-Baqarah 2: 138

"Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman" Surah A-li'Imraan 3: 171


"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" Surah Al-Baqarah 2:152

Bio-foton adalah zarah-zarah cahaya dan ia memiliki nilai koheren dan getaran yang sangat tinggi serta mampu merombak semula sel-sel sakit. Ia juga memiliki kecekapan untuk menyampaikan maklumat dengan kepantasan cahaya. Mereka adalah utusan-utusan cahaya yang menyampaikan ilmu-ilmu Allah swt ke dalam tubuh manusia untuk menyempurnakan nikmat pahala-Nya kepada mereka yang bersyukor di atas nikmatNya. Utusan-utusan cahaya ini amat setia menjalankan perintah Allah swt dengan penoh keimanan dengan 100% kejelasan dan ketepatan tanpa mengurang mahupun menambah maklumat.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat tidak menghargai nikmat Tuhan-nya" Surah Ibrahim, 34

Dr Adelle Davis adalah seorang pengarang buku dan pakar pemakanan Amerika, dan dianggap "pakar pemakanan paling terkenal pada awal hingga pertengahan abad ke-20." Dia adalah advocate "meningkatkan kesihatan melalui nutrisi dan pemakanan yang baik." Beliau telah merawat seorang kanak-kanak yang koma akibat diserang virus meningitis semasa dia mengalami demam yang tinggi. Dr Adele Davis telah menyuntik secara intravenous infusion 1000mg Vitamin C setiap 1 jam. Selepas 3 jam, kanak-kanak tersebut bangun dan berlari dengan gembira seolah tiada apa yang berlaku. Kisah ini dapat di baca di dalam penulisan buku beliau, Eat Right To Keep Fit.

Maka, nikmat-nikmat Tuhan-mu yang mana yang hendak kamu dustakan wahai umat Muhammad? 😭😭😭😭😭   

AKU BERSERAH URUSAN HIDUP DAN MATI KU KEPADA PENCIPTA KU

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)" Surah Al-An'aam 6: 79

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus” Surah Hud 11 : 56

"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa" Surah Al-Baqarah 2: 41

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" Yusuf 12: 108

Nabi Muhammad saw berikhtiar melalui nikmat Allah swt dan tidak mengambil selain dari ilmu Allah swt untuk menyempurnakan urusan hidup baginda baik dari segi amalan, pemakanan, pemikiran, perbuatan dll, begitu juga para nabi dan para wali serta orang-orang beriman di zaman dahulu. Jika di katakan di zaman Nabi saw, ikhtiar di ambil dari tangan kaum Yahudi, maka hendaklah kamu ketahui bahawa pada zaman itu kaum Yahudi adalah ahli kitab yang mengamalkan makanan secara kosher. "Kosher” is a term used to describe food that complies with the strict dietary standards of traditional Jewish law. For many Jews, kosher is about more than just health or food safety. It is about reverence and adherence to religious tradition".  

"Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?" Surah Ibrahim 14:28

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Surah Al-A'raaf 7: 32 

"Orang-orang yang beriman tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman syirik, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" Surah Al-An'aam 6: 82

"Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar" Surah Al-Ahzaab 33: 67

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya" Surah A-li'Imraan 3: 118

Saya dengan ini memohon kepada para agamawan : mufti, ustaz, ustazah, maulana, syeikh, Tok Guru dll agar mengeluarkan fatwa bahawa adalah HARAM bagi orang-orang mukmin untuk memasukkan ke dalam tubuhnya selain dari nikmat Allah swt dan menjauhkan dirinya dari dimanipulasi oleh kaum kafiruun. 

"Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya" Surah Al-Baqarah 2:  211

Sesungguhnya, Allah swt memerintahkan kamu menjauhi kaum kafirrun kerana mereka adalah manusia yang sering melakukan kerosakan di atas muka bumi ini dan mereka adalah kaum yang menyesatkan banyak manusia dan sekarang mereka masih lagi sesat dan tersasar jauh dari jalan yang benar.

Allah swt berfirman di dalam Hadith Qudsi dengan maksud, "maka jika ada satu kekurangan di dalam diri kamu dari kehendak undang-undang peraturan Ku, kamu harus ketahui bahawa kamu sedang di uji dan di goda serta dipermainkan oleh syaitan. Oleh itu, kembali-lah kamu kepada perintah undang-undang peraturan Ku dan patuh kepadanya dan peliharalah diri kamu dari kehendak nafsu kerana kamu akan tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman jika setiap perkara tidak disahkan melalui undang-undang peraturan-Ku."

TAUHID ITU NIKMAT DI ATAS JALAN YANG SATU 


"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat" Surah Al-Faatihah 1:7

"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)." Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada" Surah Al-Maaidah 5: 7

"Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui" Surah Al-A'raaf 7: 32 

Kemutlakan nikmat ialah yang mewajibkan kejayaan yang berterusan dari ihsanNya dan ianya dikurniakan ke atas orang mukmin, dan orang kafir juga di beri nikmat kerana setiap makhluk berada di dalam nikmat-Nya. Namun nikmat yang mutlak hanya layak bagi orang yang beriman seperti firman Allah swt yang bermaksud, "dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah" Surah An Nahl, 53, maka Allah swt menyempurnakan nikmatNya dengan firman "Aku kurniakan nikmat ke atas mereka."

"Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya" Surah Al Baqarah: 36

Orang Kristian berkata kononnya Adam dan Hawa makan dari buah terlarang lalu dikeluarkan mereka dari nikmatNya dan dibawa turun ke alam paling bawah dan kita semua terpenjara di dalam Qadr akibat dari kejadian ini. Namun, mereka-lah manusia yang mencipta bahan terlarang dan kita pula di fatwa "Wajib" mengambilnya semasa Covid-19.


Terdapat 72 jalan dan hanya jalanNya Yang Satu, yakni TAUHID, agama yang di redhai-Nya.

Ibnu Mas'ud r.a berkata, "Rasulullah saw membuat satu garisan lurus bagi kami, dan bersabda: "ini jalan Allah" kemudian baginda membuat garisan-garisan di sebelah kiri dan kanannya dan bersabda: "ini jalan-jalan, atas setiap jalan ada syaitan yang menyeru kepada nya" kemudian baginda membaca firman Allah swt dengan maksud, "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan Ku (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain dari Islam kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian, itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa" Surah Al An-An'aam: 153

"Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur" Surah Yusuf 12: 38

Ini kerana jalan yang menyampaikan kepada Allah hanya satu, iaitu jalan yang dengannya diutuskan rasul-rasulNya dan diturunkan dengannya kitab-kitabNya, dan tidak seorang pun yang akan sampai kepadaNya melainkan dengan menempuh jalan yang satu ini yakni TAUHID. Sekiranya manusia datang dari setiap jalan dan membuka setiap pintu, maka jalan-jalan dan pintu-pintu itu tertutup bagi mereka, melainkan dari jalan yang satu ini. Maka, hanya jalan yang satu, yakni TAUHID yang menghubungkan seorang hamba kepada Pencipta-Nya dan dia sampai kepada-Nya. 

"Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi" Surah Al-Kahfi 18: 55

Kembali lah wahai ummah ke jalan yang satu. Allah swt sentiasa menunggu kita dengan keampunanNya dan sentiasa menunggu kita dengan keagongan kasihNya Ar Rahman Ar Raheem 😭😭😭😭😭😭😭😭

"(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu" Surah Al-An'aam 6: 114

"Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin" Surah Al-Baqarah 2: 118

"(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf" Surah Ibrahim 14: 52

"Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya" Surah Al-Anfaal 8: 8

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya" Surah Al A'laa: 9 - 11


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya" Surah Al-Baqarah 2: 174

Maka, telah sampai kepada kamu wahai kaum-kaum yang mahu berfikir bukti-bukti nyata dari Al Quran dan fakta sains dan sekiranya kamu masih mengingkari ayat-ayat perintahNya, maka, tidak-lah aku bertanggungjawab ke atas apa yang kamu kerjakan. 

Tugas ku untuk menyampaikan apa yang perlu disampaikan telah pun dilaksanakan, maka, di akhirat kelak Ya Rabb, aku memohon untuk dilepaskan daripada tanggungjawab yang amat berat ini.

"Apabila kamu memberi kuasa yang besar kepada seseorang, maka dia akan menjadi tuhan kepada manusia" Sallina Ismail


"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya" Surah Ghafir: 44

"Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?" Surah Al An'aam: 164

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran" Surah Al-Kahfi 18: 14 

"Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar" Al-Anbiyaa' 21: 24

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka yang musyrik itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah wahai Muhammad: "Alhamdulillah" sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian, namun kebanyakan mereka tidak memahami hakikat tauhid dan pengertian syirik" Surah Al-'Ankabuut 29: 63, Surah Luqman: 25


"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah yang mengetahui akan halnya" Surah Al-Anbiyaa' 21: 51

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim" Surah Al-Baqarah 2: 124

"Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik" Surah Az-Zukhruf 43: 28

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang" Surah Al-Kahfi 18: 29

"Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab sesama sendiri: "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya" supaya mereka merasa ragu-ragu lalu kembali menjadi kafir semula" Surah A-li'Imraan 3: 72

"Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)" Surah Al-Maaidah 5: 83

Sekian adanya
Maryam Al Jamalulail



No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.