AYAT MUTASHAABIHAT
Surah Al Kahfi, 83 - 101 mengenai Yajuj dan Majuj memiliki ayat-ayat Mutasyaabihaat yang perlu di tafsir di atas mekanismanya.
Kedua-dua kualiti atau sifat muhakmat dan mutasyaabihaat juga di sebut di dalam:
Surah Hud, 1 "Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan hukum-hukum (uhkimat), kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Ellah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Surah Az-Zumar, 27 "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan (mutasyaabih) di dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran"
PERIHAL DHUL-AL-QARNAYN(I) DAN YAJUJ MAJUJ
"Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa" Surah Al-Baqarah 2: 6
"Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat)" Surah An Nisaa, 154
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya" Surah An-Naba' 78: 7
Surah Al Kahfi, 93 merupakan ayat Mutasyaabihaat. Gunung merupakan satu simbol yang menandakan kekuatan atau kekukuhan. Sains moden telah membuktikan bahawa gunung mempunyai akar yang dalam di bawah permukaan tanah dan teori bahawa gunung mempunyai akar yang dalam telah diperkenalkan hanya pada separuh akhir abad kesembilan belas. Gunung juga memainkan peranan penting di dalam menstabilkan kerak bumi. Ia juga menghalang gegaran berlaku pada bumi.
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israel) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): "Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" Surah Al-A'raaf 7: 171
"Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya)" Surah Al Qasas, 46
"Demi Gunung Tursina; dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi pada lembaran surat yang terbuka" Surah At-Tuur 52: 1 - 3
"Demi Gunung Tursina" Surah At Tiin, 2
Gunung Tursina di gelar sebagai "the Mount of Revelation" dan Ellah swt bersumpah deminya. Di Bukit Zaitun, Nabi Isa as menerima tugas kenabian dan wahyu dari Ellah swt. Kepadanya, Ellah swt menurunkan kitab Injil (Surah Maryam, 30) dan mengesahkan kebenaran kitab Taurat dan tentang akan turunnya Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad yang disebut Ahmad (Surah As-Saff, 6).
Maka, gunung adalah simbol Kitab yang diwahyukan.
"Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil" Surah A-li'Imraan 3: 3
"Sebelum (Al-Qur'an diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah)" Surah A-li'imraan, 4
Maka, "dua gunung" merupakan ayat mutasyaabihaat - dan ia merupakan simbol kitab Taurat dan Injil - Al Kitab.
Al Kitab juga umpama gunung yang kukuh yang akarnya adalah cahaya yang tidak dapat digegarkan dengan sebarang penyelewengan - di bawa Nabi Musa dan Nabi Isa a.s dan kaum ini tidak dapat memahami ayat-ayat Al Quran (the "Word") yang disampaikan rasul Ellah itu. Mereka adalah kaum dari dua Talmud, pengikut Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s yang berselisih pendapat tentang Al Kitab dan masih belum didamaikan.
"Di antara orang-orang Yahudi, ada yang mengubah kalamullah (isi kitab Taurat) dari tempat dan maksudnya yang sebenar" Surah An-Nisaa, 46
"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja" Surah Al Baqarah, 78
"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Ellah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Ellah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu" Surah Al Baqarah, 79
"Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Ellah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya" Surah Al-Maaidah 5: 66
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh" Surah Al-Maaidah 5: 78
Yajuj dan Majuj merupakan perosak الْمُفْسِدُونَ (corrupters) - sinonim: penceroboh atau menyeleweng. Mereka adalah musuh kaum Bani Israel, iaitu pengikut Nabi Musa a.s, yang melakukan pencerobohan dan penyelewangan dengan mengubah ayat-ayat Ellah swt serta menjadi penghasut. Yajuj dan Majuj adalah perosak "di bumi" (ini jelas menerangkan bahawa, mereka bukan hanya musuh bagi kaum pada masa itu, tetapi musuh kepada manusia kerana telah menyelewengkan ayat-ayat Ellah swt).
"Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat)" Surah Al-Maaidah 5: 13
"Bawa-lah kepada ku ketul-ketul besi sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: tiup-lah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api" berkatalah dia : "bawa-lah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya" Surah Al-Kahfi 18: 91
Soalan-nya ialah, berapa banyak ketul-ketul besi yang perlu di bawa sehingga dapat menutupi paras antara dua gunung? Bayangkan ini: anda memerlukan 175,000 galon air untuk membentuk 1 ekar kaki persegi salji. Dan untuk menuip dengan alat-alat pada zaman itu bagi satu kaum yang bilangannya kecil adalah satu perkara yang sangat sukar. Dan sudah tentu ianya mudah bagi Ellah swt dengan pertolonganNya namun, tidak disebut sebarang mukjizat berlaku pada waktu itu sepertimana di sebut di dalam peperangan Badr dan peperangan di antara Talut, Nabi Daud dan Jalut.
Kaum yang di sebut di dalam Surah Al Kahfi, 93 merupakan kaum Bani Israel iaitu pengikut Nabi Musa as di mana Rasul Ellah swt balagha dengan mereka. Kaum ini di sebut di dalam Surah Al Maaidah, 44 yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Ellah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Ellah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Ellah itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan)."
"Dan demi sesungguhnya! Ellah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Ellah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya)" Surah Al-Maaidah, 12
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Ellah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" Surah Al-Maaidah, 69
Rasulullah memberi gambaran andai kata Yakjuj dan Majuj dilepaskan, nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia.
SIAPA-KAH DHUL-AL-QARNAIN(I)?
"Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Ellah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya" Surah Al-Maaidah 5: 15
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)" Surah Al Baqarah, 146
"Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu" Surah Al Baqarah 147
"Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal agama) yang mereka berselisihan padanya" Surah An-Naml 27: 76
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya, lalu ia menurut jalan yang menyampaikan mesej Islam" Surah Al-Kahfi, 84 & 85
"Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Surah Al-Maaidah 5 : 68
"Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)" Surah Al-Maaidah 5: 83
"Wahai Rasul Ellah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Ellah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Ellah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir" Surah Al Maaidah, 67
"Sekarang Ellah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Ellah. Dan (ingatlah) Ellah beserta orang-orang yang sabar" Surah Al-Anfaal 8: 66
Peperangan Tabuk merupakan peperangan spiritual di antara Nabi Muhammad yang di sertai pengikut-pengikutnya (30,000) dengan Yajuj dan Majuj (100,000). 30,000 orang yang sabar membawa kebenaran dapat menewaskan 100,000 orang yang kafir.
"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Ellah (kerana mempertahankan agama Ellah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Ellah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)" Surah A-li'Imraan, 13
Oleh kerana Yajuj dan Majuj tidak dapat menebuk lubang kesilapan pada ilmu kebenaran yang di bawa rasul Ellah swt itu, maka, mereka bersurai tanpa sebarang konflik fizikal.
Bertanya membuka ruang untuk kebijaksanaan mengalir :
1. Apakah Yajuj dan Majuj makhluk yang hidup beribu tahun dan tidak mati? 😏
2. Adakah Yajuj dan Majuj tidak makan dan minum masih kuat menebuk lubang yang di perbuat dari ketul-ketul besi yang kekuatannya di ketahui tidak dapat di tebuk dengan mana-mana alat melainkan mencairkannya dengan api. 💁 Dengan alat apa mereka menebuk lubang? Batu ka? Tembaga ka? 💪
3. Di manakah bukti yang menunjukkan terdapat dua gunung yang diliputi besi pada jurangnya itu? 😑
Maka, mereka yang berada di tempat tinggi di kenali ramai mentafsir Al Quran mengikut otak sangka dan menciplak dari cerpen Hebrew Bible yang telah korup dan di ubah lalu menggali otak-otak ummah untuk mengambil Nabi Isa as sebagai Penyelamat, kononnya lubang tembaga setinggi antara dua gunung itu sudah terbuka sedikit😞.
"Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Ellah, supaya mereka bertaqwa" Surah Al-An'aam 6: 51
"Padahal Ellah Penolong dan Pelindung mereka" Surah Al-li'lmraan, 122
"Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Ellah? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Ellah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Ellah) yang lain dari Al-Quran ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu) kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!" Surah Al Ahqaaf, 4
"Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Ellah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka" Surah Al Ahqaaf, 5
"Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Ellah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong" Surah Al-Hajj 22: 12
"Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Ellah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Ellah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Ellah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" Surah Al-An'aam 6: 71
Mengambil Nabi Isa as sebagai penyelamat adalah satu penyelewengan yang amat gerun kerana mendustakan Keesaan dan Kekuasaan Ellah swt kerana hanya Dia-lah Penyelamat dan hanya Dia-lah Pemberi Syafaat, bukan manusia kerana mereka-mereka yang kamu seru sebagai penyelamat dan pemberi syafaat juga adalah manusia biasa yang di cipta oleh Pencipta dan telah kembali kepadaNya dan juga telah mati.
Wahai ummah, kembali lah kamu kepada Ellah swt dan mentauhidkan Ellah swt pada Keesaan dan KekuasaanNya. Kamu akan dapati bahawa, hanya Dia-lah Ellah Yang Maha Menguasai hari pembalasan dan hanya Dia-lah sebenar-benar Penolong Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you. Thank you. Love and Light.