Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Monday, January 20, 2025

DOA IFTITAH : PERJANJIAN YANG DI CABULI OLEH MEREKA YANG FASIK

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Ellaha dan belas kasihanNya kepada kamu, nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi - Surah Al-Baqarah 2 : 64

Patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, ianya dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman - Surah Al-Baqarah 2 : 100

Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik - Surah Al-li'Imraan 3 : 82

Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Ellaha dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu - Surah Ar-Ra'd 13 : 20

Dan orang-orang yang mencabuli perjanjian Ellaha sesudah diperteguhkannya serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya - Surah Ar-Ra'd 13 : 25

Pada solat 5 waktu, Doa Iftitah di baca oleh berbillion umat Islam. Doa Iftitah merupakan perjanjian di antara seorang hamba dengan Pencipta-nya dan ianya membawa maksud :


Aku hadap wajah-ku kepada Ellaha yang menjadikan langit dan bumi, tulus ikhlas, bersih hati, menyerah diri, tunduk patuh.

Namun apabila selesai solat, adakah kita benar-benar membawa perjanjian itu pada setiap kehidupan seharian kita? Adakah kita benar-benar total pergantongan kepada Allah swt dengan tulus ikhlas dan bersih hati? Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan dan hanya kepada Mu aku bergantong hidup (Al Fatiha) : Huwallahu Ahadu Elahu Somadu (Al Ikhlas) - para Nabi dan mereka yang soleh bergantong kepada Allah swt dengan ikhlas dan bersih hati dan adakah kita sedemikan rupa?

Aku menyerah diri dan tunduk patuh dan aku bukan tergolong di antara mereka yang menduakan Ellahi.

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" - Surah Al-Baqarah 2 : 131

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang tertinggi martabatnya - Surah Al-Baqarah 2 : 130

Katakanlah wahai Muhammad : Aku telah berserah diriku kepada Ellaha dan demikian juga orang-orang yang mengikut-ku - Surah Al-I-Imraan : 20

Adakah kita tergolong di antara orang-orang yang telah berserah diri? Nabi Ibrahim a.s, para Nabi dan Rasulullah menyerah diri bulat-bulat kepada Ellaha dengan bersih hati dan ikhlas walaupun mereka adalah orang Islam. Adakah kita juga telah berbuat demikian ?

Sesungguhnya solat ku ibadah ku hidup ku mati ku kerana Ellaha, Tuhan sekalian alam.

Adakah benar solat dan ibadah kita hanya kerana Ellaha atau ianya dilaksanakan demi ganjaran dunia dan takut kepada neraka dan niat kerana syorga. Betul ke hidup kerana Ellaha? 

Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk - Surah Al-Maaidah 5 : 115

Jika benar perjanjian kamu ini, kenapa tidak menjaga amanah dan nikmat yang Ellaha kurniakan : tubuh yang dicipta Ellaha di lengkapi dengan segala kelengkapan yang sesuai untuk menjadikan kita khalifah di mukabumi ini, namun, kerana kehendak nafsu, kita telah musnahkan dengan pemakanan yang bukan dari nikmat Ellaha sebagaimana fitrah : 
Burger king, processed cheese, air soda, makanan-makanan ciptaan manusia : biskut, vitamin sintetik dan lain-lain yang di penohi dengan MSG, pengawet, gula sehingga sel-sel di dalam tubuh mati dan kita tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sakit - kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit kronik sehingga menjumudkan cara kita berfikir dan mengemudi kehidupan ini.

Tidak ada sekutu bagiNya dengan demikian aku diperintahkan dan aku tergolong ke dalam orang yang tunduk patuh dan menyerah diri.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Ellaha sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui bahawa Ellaha ialah Tuhan Yang Maha Esa -  Surah Al-Baqarah 2 : 22

Tidak ada sekutu bagiNya, itu adalah perjanjian kamu. Namun, adakah kamu benar-benar sedemikian rupa sedangkan pada makanan pun kamu telah menduakan-Nya, tanpa di sedari : makanan kamu lebih kepada apa yang manusia cipta dari makanan yang di cipta Ehalla iaitu whole food.

Dan Ellaha juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa - Surah Yunus 10 : 82

Maka, tetap teguhlah kamu kepada apa yang kamu janjikan pada Solat 5 waktu di atas Doa Ifttitah. Sedangkan perjanjian pada Surah Al Fatiha pun kita telah lalai, apatah lagi menyempurnakannya pada kehidupan seharian.

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang tidak percaya itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! " - Surah Al-Hajj 22 : 72

Renung-renunglah wahai ummah. Sesungguhnya kebenaran itu pahit bagi mereka yang membencinya. Orang yang beremosi akan marah dan menentang, orang yang beraql sihat akan memikir, merenung dan bertaffakur.

Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Ellaha daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka yang lain dari Ellaha sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan kerana mereka sangat bencikan jalan agama Allah, sehingga mereka tidak tahan mendengarnya dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya - Surah Hud 11 : 20

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan - Surah Yunus 10 : 14

Renungkan-lah wahai ummah yang sihat aql dan bawa-lah Doa Iftitah dan bentuk-lah ia pada corak kelakuan kamu dan membawanya di dalam diri kamu dan bukan hanya sekadar di bibir dan perjanjian yang palsu. Setia dan taat-lah kamu kepada apa jua perjanjian yang telah kamu janjikan di dalam ibadah dan amal kerana Allah swt yang memberi kamu kehidupan, makan dan minum.

Dan berkatalah Rasulullah: "Wahai Rabb, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'aan ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai" - Surah Al-Furqaan 25 : 30

Moga kita kembali berserah diri bulat-bulat dan bergantong hanya kepada Ellaha dan makan makanan hanya dari nikmatNya dan tidak syirik kepada Ellaha walaupun di dalam bab makanan dan jangan mengambil selain Ellaha sebagai tempat petunjuk.

Sesungguhnya Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda menjawab: Merekalah ahli Al-Quran iaitu ahli Ellaha dan golongan pilihanNya - Riwayat Ibnu Majah, No. 215 dan Ahmad, No. 11870

Janganlah sesekali tinggalkan Al Qur'aan sebagai perlembagaan yang tidak di pakai jika benar kamu beribadah dan beramal dengan ikhlas kepadaNya dan jangan sesekali kamu mencari pedoman dan petunjuk dari selainNya jika benar hidup dan mati kamu hanya kerana Ellaha. Jangan kamu menjadi ahli kepada manusia, jadilah kamu ahli Ellaha kerana sesungguhnya, hanya dengan Ellaha, selamat-lah kita di dunia dan di akhirat.

Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Qur'aan itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban dosa yang berat : Surah Taha 20 : 100

Dan apabila dikatakan kepada mereka yang ingkar: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Ellaha." Mereka menjawab: "Tidak! bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah mereka menurut datuk nenek sekalipun syaitan telah mengajak mereka itu melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka ke dalam azab api neraka yang marak menjulang? - Surah Luqman 31 : 21


Biar di hina, di fitnah dan dikatakan sesat hanya kerana kita taat dan tunduk patuh kepada Qalam dan sunnah-Nya dan bukan kepada selainNya, jika benar kamu beribadah dan beramal dengan ikhlas dan bersih hati kerana Ellaha sepertimana yang telah kamu Iftitah-kan itu. Namun, percaya-lah, ramai yang ingkar kerana Al Qur'aan telah di simpan sebagai perlembagaan yang tidak di pakai lagi.

Perbetul kembali jalan mu dan perbetul kembali segala kesilapan kamu. Jangan kamu ada masalah dengan Ellaha sebelum kamu kembali kepadaNya kerana sesungguhnya, apabila kamu dikuburkan, maka terpisahlah kamu kepada hal-hal yang kamu lakukan di dunia dan tidak ada kompromi untuk kamu kembali di dunia untuk memperbetulkan apa jua kesilapan kamu pada perjanjian, ibadah dan amal kamu, walau kamu meraung dan memohon - tidak, sesekali tidak, kamu sesekali tidak akan dikembalikan.

Dengan demikian diperintahkan kepada kamu sepertimana firman Ellaha yang bermaksud, 
Dan sesungguhnya Al-Qur'aan itu memberi kemuliaan dan peringatan kepada-mu (wahai Muhammad) dan kepada kaum-mu; dan semua akan di tanya kelak tentang isi kandungannya yang telah diamalkan - Surah Az-Zukhruf 43 : 44

No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.