Al An'aam : 116
Dan jika kamu menurut kebanyakan orang yang ada di mukabumi, nescaya mereka akan menyesakan mu dari jalan Ellaha. Tidak mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanya-lah berbohong dengan kedustaan
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka,
dia adalah daripada kalangan mereka.”
Al Israa : 12
Dan ingatlah, tiap-tiap sesuatu yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu, Kami telah menerangkannya satu persatu di dalam Al-Qur'aan dengan sejelas-jelasnya
Al Qiyaama : 19
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungan Al Quran

Al A'raaf : 182
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit ke jurang kebinasaan, menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya
Beberapa hari yang lalu, saya di datangi oleh beberapa muslimin untuk mempelajari ilmu Al Quran dan Hakikat Tawheed dari ilmu para Wali. Mereka menceritakan bagaimana hidup mereka menjadi sangat keliru, stres, tidak tenang, anxiety, masalah kesihatan, kemurungan, perkahwinan yang tidak menenangkan, kehidupan yang sempit, merasa sesak nafas dan ramai kawan-kawan mereka dari kalangan jutawan kehilangan hartabenda dan wang ringgit selepas dinasihati oleh beberapa ustaz untuk bersalawat yang kononnya membuka mereka ke jalan kekayaan dari syafaat Nabi.
Al An'aam : 112
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan dari perbuatan yang kufur dan dusta itu
Subhana'llah, Maha Suci Ellahi daripada apa yang mereka sekutukan!!๐ช๐ช๐ช๐ช๐ช
Al Israa : 111
Dan katakanlah: "segala puji tertentu bagi Ellaha yang tidak mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu di dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah kamu membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!
AL KAHFI : 110
KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD "Sesungguhnya aku hanya seorang manusia seperti kamu, di wahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Satu. Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan (LIQAA) dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengamalkan amalan yang soleh dan JANGAN MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADAHNYA KEPADA TUHAN"
TIDAK KITA TEMUKAN DI DALAM AL QUR'AAN PENYEBUTAN SEORANG NABI YANG ALLAH SWT ANGKAT SEBAGAI KEKASIHNYA KECUALI IBRAAHIM -
Source : Pejabat Mufti Negeri Perak
An Nisaa : 125
Dan Ellaha mengangkat Ibraahim sebagai kesayanganNya
Al-I'Imraan : 80
Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan para Nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi Islam?
Saidina Abu Bakar As-Siddiq berkata "barangsiapa di antara kalian ada yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah meninggal dunia. Tetapi barangsiapa di antara lain menyembah Ellaha, maka sesungguhnya Ellaha Maha Hidup dan tidak mati." Lalu di baca firman Ellaha ke atas mereka dengan maksud,
Al-I'Imraan : 144 "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh! telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul. Apakah jika dia wafat atau di bunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Ellaha sedikitpun, dan Ellaha hanya akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur
Undang-Undang Pasangan
Adz-Dzaariyaat : 49
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami dan mentawheedkan Kami
Adz Dzaariyaat 51 : 51
Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Ellaha, sesungguhnya aku di utus oleh Ellaha kepada kamu hanya sebagai pemberi amaran sahaja!
(Ellaha - Tuhan/Pencipta) 51 / 51 (Nabi Muhammad - utusan/dicipta)
Nampak ke tidak ayat jangan sekutukan Ellaha dengan Nabi Muhammad diletakkan pada 51 : 51 (pasangan) yakni >> Ellaha (Pencipta) dan Nabi (dicipta) dan jangan sekali-kali letakkan Nabi Muhammad setara dengan Ellaha Al Ahad kerana dia hanyalah utusan yang diciptakan sebagai pemberi amaran dan bukan penolong, pemberi syafaat mahupun sekutu bagi Ellaha. Sesungguhnya tiada sekutu bagiNya di dalam pentadbiran dan urusan serta keKuasaan-Nya.
Al Jinn : 21
Katakanlah lagi (wahai Muhammad); "Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu
Al An'aam : 50
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Ellaha ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku." Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"
Asy-Syuraa : 89
Dan orang yang datang kepada Elaha dengan hati yang selamat
Adab di hadapan Ellaha dan adab dengan Rasulullah >> perletakan kena betul, benar lagi suci dari segala syirik.
Tidak menghairankan bagi saya kerana saya mendapati ramai anak-anak murid yang mengambil nasihat tentang "salawat" dari para Ustaz mengalami kesengsaraan hidup, masalah kesihatan, ada yang lumpuh dan mengalami kejatuhan di dalam perniagaan mereka. Maka, di manakah kesilapannya?
Keluarlah kamu dari pintu kedustaan dan masuklah kamu ke pintu Cahaya Kebenaran - Shaikh Abd. Qadir Al Jilani
Al A'raaf : 182
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit ke jurang kebinasaan, menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya
Asy Syuura : 6
Dan sebaliknya orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang di puja dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka dan akan membalasnya; dan kamu (wahai Muhammad) bukan wakil mereka (Wakiil รlai'him)
Adakah "Salawat" itu ialah untuk memperolehi syafaat Nabi Muhammad?
Yunus : 18
Dan mereka menghambakan diri (wayaสฟbudลซna) kepada yang lain dari Ellaha, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka yang kami sembah itu ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Ellaha." Maha Suci Ellaha dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan
As Sajdah : 4
Kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Ellaha dan oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar?
Al An'aam : 51 & 70
Dan berilah amaran dengan Al-Qur'aan itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Ellaha, supaya mereka bertaqwa
Adakah "salawat" itu kerana Nabi perlu di puji dan di puja?
Al Fatiha : 1 & 2
Segala pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam - ASAS TAWHEED
Puji-pujian hanya layak ke atas DiriNya Yang Maha Esa Yang Maha Tunggal dan jangan kamu sesekali berani berperang ke atas KetunggalanNya.
Al Israa : 44
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Ellaha; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya
Taa Haa : 33
Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu
Al Furqaan : 58
Dan berserahlah engkau kepada Ellaha Tuhan Yang Maha Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya
Al Ghaafir : 55
Bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang
Ar Ra'du : 13
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya
Surah Ar-Ra'd 13 : 13 - guruh dan para malaikat bertasbih memuji Ellaha diletakkan pada nombor pasangan 13 : 13 untuk menyatakan larangan puji-pujian selain hanya ke atas Diri-Nya. Hanya Ellaha yang layak memuji bawaan para Nabi dan hamba-hambaNya namun, hamba-hambaNya hanya memuji-mujiNya dan bukan selainNya - Subhana'llah Alhamdulillah >> Maha Suci Ellaha, segala pujian hanya layak bagi Ellaha. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat - An-Nasr 110 : 3.
Terdapat Hadith saheh Nabi yang melarang memuji baginda berlebih-lebihan yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibn ‘Abbas yang berkata beliau pernah mendengar Saidina ‘Umar r.a berkata di atas mimbar: "saya pernah mendengar Nabi bersabda: “Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara terhadap Isa Ibn Maryam sebaliknya saya hanyalah hambaNya. Maka kamu sebutlah hamba Ellaha dan RasulNya.”
Adakah bersalawat ke atas Nabi Muhammad untuk mengenang budi dan jasa baginda kerana telah membawa Islam?
Al Hujuraat : 17
Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam. Katakanlah: "Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman, kalau betul kamu orang-orang yang benar
Makna SALAWAT kebanyakan orang
Salawat (Arab: ุงูุตููุงุช) di ambil dari perkataan solat (Arab: ุงูุตูุงุฉ) bererti doa dan pujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, salawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad S.A.W." Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari telah berkata Abu `Aliyah: Salawat Allah Subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Salawat Malaikat ialah doa. Dan Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad. Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzaab pada ayat ke-56 tentang berselawat: ุฅَِّู ุงََّููู َูู
ََูุงุฆَِูุชَُู ُูุตََُّููู ุนََูู ุงَّููุจِِّู َูุง ุฃََُّููุง ุงَّูุฐَِูู ุขู
َُููุง ุตَُّููุง ุนََِْููู َูุณَِّูู
ُูุง ุชَุณِْููู
ًุง
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
Makna dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/SelawatPerkataan
PERKATAAN MANUSIA YANG SERING BERBELIT-BELIT
Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka” Riwayat Al-Bukhari 107
Al Baqara : 42
Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya
Sesungguhnya, Rasulullah tidak sesekali akan menentang firman Ellaha dan tidak sesekali mencampur-adukkan yang HAQ dengan yang batil.
Terjemahan Orang Kebanyakan >>
Al Ahzaab : 56
>> "Yusaluna" dan "Salu" di terjemah sebagai "salawat"
>> "Wasallimu tasliman" di terjemah sebagai "ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
Al Safaat : 26
>> "mus'taslimuna" diterjemahkan sebagai "menyerah diri"
An Nisaa : 65
>>"wayusallimu tasliman" di terjemah sebagai "submit with full submission."
Terjemahan di petik dari lamanweb iium.edu.my/deed/quran/malay :
An Nisaa : 65
>> "Wayusallimu" di terjemah sebagai "menerima keputusan."
>> "Tasliman" di terjemah sebagai "dengan sepenohnya."
Al Ahzaab : 22
>> "Watasliman" di terjemah sebagai "penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Ellaha."
Al Ahzaab : 56
>> "Wayusallimu tasliman" di terjemah sebagai "ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenohnya."
Pada Al Ahzaab : 56 jika Ellaha memerintahkan ucapan salam ke atas Nabi Muhammad sudah pasti ayat Araab-nya berbunyi "Qala salamun'alayka ala An'Nabiyu." Namun tidak wujud mahupun di sebut perkataan itu, jika benar kamu siddiq.

Al Ahzaab : 44
>> "Salamun" yang straight to the point bermaksud "ucapan Salam."
An-Nisaa : 102
>> "Yusalu" diterjemah sebagai "sembahyang"
>> "fal-yusaluna" diterjemah sebagai "sembahyang (berjemaah)."
An Nisaa : 101
>> "Sembahyang" perkataannya adalah "Al-Solaata."
At Tawbah : 99
>> "Wasalawati" di terjemah sebagai "rahmatan"
Al Hajj : 40
>> "wasalawatun" di terjemah sebagai "tempat pertapaan."
Al Baqarah : 157
>> "Salawatun" di terjemah sebagai "rahmatan."
Maka, dengan ini sudah pasti "yusallu" bukan "sembahyang" pada An Nisaa 4 : 102 dan bukan "bersalawat" pada Al Ahzaab 33 : 56.
Ar' Ra'd : 37
Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Qur'aan sebagai hukum dalam bahasa Arab
Hukum bahasa Araabiyan Al Qur'aanan tidak berubah maknanya yang telah ditetapkan.
>> "Doa" adalah Du'aan Qs 2 : 171 >> Du'ai Qs 3 : 38 >> Du'aa Qs 24 : 63.
Taa Haa : 130
>> "Fasabbihu" di terjemah sebagai "bertasbih."
Terang jelas lagi bersuluh kita dapat lihat di sini bagaimana terjemahan di putar belit dan bagaimana perkataan Ellaha di ubah-ubah maknanya mengikut kesesuaian naratif penterjemah.
Haqiqat Makna "Syafaat Nabi" Dengan Berselawat
Al Faathir : 20
Dan tidak sama kegelapan dengan Cahaya terang-benderang
Haji Halim (bukan nama sebenarnya) adalah salah seorang Al Muriid dan telah mengambil adab ibadah di atas dasar tawheed di atas petunjuk Al Qur'aan. Pada suatu hari, isterinya telah menghubungi saya dan memarahi saya bahawa ibadah yang di buat suaminya telah memusnahkan hidupnya kerana dia mulai merasai kehilangan bisnes dan kekayaannya dan selepas pada itu, dia lumpuh pada sebelah kakinya.
Saya memohon isterinya memohon petunjuk Ellaha melalui Al Qur'aan dan sebanyak 10 kali beliau menjemput jawapan, petunjuk yang didapatinya adalah Surah-Surah berkaitan "syirik." Saya kaku. Apakah ibadah di atas tawheed yang saya berikan kepada suami beliau mengundang kemurkaan Ellaha kerana "syirik?"
Al An'aam : 114
(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku hendak mencari hakim selain dari Ellaha, padahal Dia yang menurunkan Al-Qur'aan yang jelas nyata kandungannya?" Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mengetahui bahawa Al-Qur'aan itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari kalangan mereka yang ragu-ragu
Apabila di tanya apakah amalan selain dari ibadah yang saya berikan yang di pasak atas dasar tawheed itu, baru-lah dia membuka "rahsia" : "saya sebenarnya salawat 5000 kali sehari kerana seorang Ustaz memaklumkan yang saya seorang peniaga yang seharusnya salawat untuk menjemput kekayaan dari syafaat Nabi."
Al I'Imraan : 80
Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu berserah diri (Islam)?
Subhana'llah. Ellahu Al Ahad Al Aziim. Maha Suci Ellaha daripada apa yang mereka sekutukan!๐ช๐ช๐ช๐ช Saya katakan kepada Haji, cuba guna aql' untuk berfikir! Apakah makna sebenarnya salawat itu? Al Qur'aan tidak menyebut pada mana-mana ayat untuk kita "salawatun alaa'An-Nabiyuu" atau "salamun alaa'An-Nabiyyu" pun dan jika ada, sila nyatakan Surah apa dan ayat apa.
Firman Ellaha di dalam Al Qur'aan memerintahkan kita sebut/dhkri'/bertasbih/memuji-muji nama-namaNya Yang Maha Mulia lagi Maha Agong, namun kita di suruh bertasbih di atas "salawat" ribuan malahan jutaan kali dan mengambil Nabi sebagai tempat perolehi kekayaan dari syafaat baginda dan tidak pula dinasihat untuk bertasbih ribuan atau jutaan kali nama-nama kebesaran dan keagongan Allah swt sepertimana yang di perintahkanNya adalah suatu perkara yang sangat zalim.
Tasbih/dhkri'/sebut/puji-pujian nama-namaNya dan mengagonganNya merupakan satu perintah yang mutlak dariNya akan tetapi, kita amat-lah ingkar akan bab ini. Saya sangatlah amat tidak dapat nak brain bab ini! ๐ก๐ก๐ก Kita lebih taat kepada Al Taghut yang dia sendiri sangat memerlukan petunjuk, dari mentaati perintah Ellaha yang memberi kita makan dan minum adalah suatu perkara yang amat menggerunkan kerana kita telah meletakkan yang di cipta sebagai tuhan bersama Ellaha.
Saya menasihati Haji Halim untuk perbetulkan tawheed sebelum terlambat dan memaksa dia kembali sujud kepada Ellaha dengan memohon keampunan dan 'taubatan nasuha' agar tidak lagi mensyirikkan Ellaha pada niat salawat. Saya tidak pasti berapa ramai ummah yang bergelumang di dalam kemungkaran ini kerana mereka telah mengambil petunjuk dari mereka yang keliru akan pengertian sebenar maksud "salawat" pada bahasa Araab-nya.๐ข๐ข๐ข
Selepas 2 hari berikutnya, Haji Halim kembali ke rahmatullah. Ini adalah mesej yang disampaikan isterinya melalui whatsapp.
Abasa : 38 - 39
Banyak muka pada hari itu berseri, senyum dan gembira ๐๐๐
Subhana'llah. Ellahu Al Ahad Al Aziim. Alhamdulillah, Haji Halim sempat taubatan nasuha dan kembali mentawheedkan Ellaha pada keEsaanNya dan dia telah di pandu Ellaha untuk memperbetulkan tawheed dua hari sebelum ajal menjemput. Sungguh! Ellaha Maha Pengasih Maha Penyayang akan hamba-hambaNya yang kembali bertaubat. ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ Saya menangis dan sujud kepada Ellaha kerana sesungguhnya, dengan hidayah petunjuk-Nya, Haji selamat di akhiraat, insya'llah. Subhana'llah. Alhamdulillah. ๐
Al Israa : 22
Jangan adakan tuhan yang lain dari Ellahi, jika ada yang sedemikian rupa, maka kamu akan kekal ditinggalkan, dipermalukan, diperlakukan dengan kehinaan, disengsarakan, dibiarkan tanpa pertolongan dan kamu akan kekal tidak berdaya๐ข
Saya mendapati ramai Al Murid mengambil nasihat tentang salawat dan mereka mengalami kesengsaraan serta kesempitan hidup, suka menghukum orang, memfitnah, menghasut, mengadu domba, melontar kata-kata sinis, masalah kesihatan: kemurungan, anxiety, ingin bunuh diri serta mengalami kejatuhan di dalam hidup dan perniagaan, corak kelakuan buruk dan lihatlah kamu kesengsaraan dan kehinaan yang terjadi pada umat Islam di seluruh dunia yang saya tidak perlu ungkapkan lagi. Inilah hasil dari menyirami benih diri dengan qalam manusia dari menjunjong titah perintah dari Qalam Ellaha.
Al-A‘rฤaf 7 : 99
Maka adakah mereka berasa aman daripada rancangan Ellaha? Tiada yang merasa aman dari rancangan Ellaha melainkan mereka yang rugi
Namun, bertanya seorang Al Murid, ada yang bersalawat dilimpahi dengan kekayaan. Inilah di gelar istidraj - Ellaha menampakkan baginya bahawa benar-lah amalan yang dibawanya itu maka, harus-lah kamu berhati-hati kerana ada nikmatNya yang bukan dari rahmatNya tetapi dari tipudaya dan rancangan Ellaha. Kesengsaraan adalah kasihNya, ia membawa mesej bahawa, Aku azab kamu supaya kamu kembali kepada Aku secara terpaksa kerana jika secara sukarela, sudah pasti kamu tidak akan kembali! Namun, apabila Dia telah berpaling dari kamu, Dia akan menganugerahkan kepada kamu kekayaan dunia, anak yang ramai dan limpahan supaya kamu lupa akan pada Al Akhiraat. Tetapi, jika kamu di azab dan masih berdegil untuk kembali kepadaNya, maka, Gudnite!
Pahit untuk di telan dan sangat berat untuk di hadam oleh mereka yang membenci kebenaran, namun hakikatnya adalah:
Al Kahfi : 52
Dan Ellaha berfirman: "Panggilah sekutu-sekutu Aku yang kamu katakan itu untuk menolong kamu; lalu mereka memanggilnya tetapi sia-sia sahaja kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka dan kami jadikan untuk mereka sebuah tempat azab yang membinasakan
Kerana amal ibadah yang di bawa nenek moyang di atas dasar "pendapat" manusia, negara Islam menghadapi kehinaan yang memalukan, kesengsaraan dan kehancoran. Sesungguhnya, kamu tidak dapat keluar dari kehancoran untuk menuju kepada kesejahteraan dengan membawa mindset dan kesedaran yang sama.
Yunus : 14
Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan
Corak dan bentuk kelakuan - masih taksub kepada syafaat Nabi yang direkacipta oleh sistem agama nenek moyang - qalam manusia. Satu mindset yang sangat sukar dan mustahil untuk di ubah telah di turunkan sehingga ke anak cucu. Walau telah di beri bukti yang nyata, terang lagi bersuluh, mereka masih tidak mahu mengubahnya.
Az Zumar : 43
Patutkah mereka yang musyrik mengambil yang lain dari Ellaha menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah kamu kepada mereka!
Al Kahfi : 102
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah selain daripadaKu dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu
Al Kahfi : 103 - 104
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya, sedang mereka menyangka bahawa mereka betul pada apa yang mereka lakukan itu
Lepas itu semua kehairanan kenapa Ellaha tidak menghantar pertolongan kepada negara-negara Islam yang telah di azab sengsarakanNya.
Maka benarlah perkataan Ellaha pada Surah Al Qalam bahawasanya kebun yang disirami dengan qalam manusia pasti musnah dan kebun yang disirami dengan Qalam Ellaha pasti hidup dengan kehidupan yang penoh kesejahteraan. Tak nampak-nampak lagi ka?
Al An'aam : 51
Dan berilah amaran dengan Al-Qur'aan itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka pada hari kiamat, padahal tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Ellaha
Lebih menggerunkan, seseorang itu dikatakan sesat jika tidak "solawat" kerana kononnya dia tidak akan memperolehi syafaat Nabi ke syorga. Dia tidak menyedari hakikat pada Surah Al An'aam 6 : 51 itu bahawa tiada penolong dan pemberi syafaat selain Ellaha pada hari kiamat kelak. Kamu percaya kepada qalam manusia atau Qalam Ellaha ye?
Al An'aam : 94
Demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami pada hari kiamat dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan Kami tidak melihat syafaat yang kamu (shufa'aa-kumu) anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu. Demi sesungguhnya, telah hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan sebagai memberi faedah dan manfaat
Kamu akan mengikut jalan orang yang terdahulu darimu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah kalau mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan turut masuk. Sahabat bertanya adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Jawab Baginda: Siapa lagi kalau bukan mereka? - HR Bukhari dan Muslim.
Umpama orang Kristian yang meletakkan Nabi Isa sebagai jalan ke syurga dan sang penyelamat di akhir zaman, tiada bezanya golongan yang mengharapkan jalan mudah ke syurga melalui syafaat Nabi Muhammad dan Nabi Isa pula di anggap sebagai sang penyelamat di akhir zaman oleh orang Islam sama seperti orang Kristian.
Al Hajj : 74
Tidak mereka (Maa) menetapkan nilai Ellaha pada ketetapanya, dengan menghargai, mengagong, menyanjung Ellaha pada Qadrnya (Qadaru'llaha) dengan kadar dan junjungan yang HAQ (Haqqa Qad'ri). Sesungguhnya, ketahuilah bahawa, Ellaha, Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa
Di manakah kamu letakkan HAK Ellaha pada ketetapannya?
No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you.