Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja - Surah Al-Baqarah 2 : 78
(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain - Surah Al-Hijr 15 : 91
Wahai anak-anak yang berserah diri, berhati-hatilah kamu dari mengambil penerangan-penerangan dari mereka yang mentafsir Al Quran (Quranist Youtubers) kerana didapati pada sesetengah ayat, mereka memberi pendapat mengikut sangkaan semata-mata dan ada di antara mereka yang menolak sebahagian dari kebenaran Al Quran walau telah di beri bukti yang nyata.
Katakanlah: "Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya patutkah aku mencari Tuhan selain Allah" - Surah Al Waaqiah : 3
Sesungguhnya kamu akan di uji dengan ujian yang sangat halus untuk menyaksikan bahawa adakah kamu benar-benar beriman dan adakah kamu memegang amanah kepada perjanjian yang telah kamu akui kepadaNya.
Dan di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat" kemudian sepuak dari mereka berpaling sesudah pengakuan itu dan tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman - Surah An Nuur : 47
Maka, rugilah kamu wahai anak-anak yang berserah diri jika masih terpaut kepada sangkaan manusia dan menyangka kamu telah memperolehi hidayah dan telah beriman.
Ia memalingkan dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari ilmu Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak - Surah Al Hajj 22 : 9
Orang-orang yang menghalang dirinya dan orang lain dari ilmu Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka - Surah Muhammad 47 : 1
Wahai anak-anak yang berserah diri, kamu juga telah menghalang diri kamu dan orang lain untuk hadir ke ilmu Allah swt maka, ingatlah akan amaran Allah swt dengan sebaik-baik ingatan. Apa jua perbuatan yang kamu lakukan secara halus itu, sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa.
Sekian adanya.
No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you. Thank you. Love and Light.