TERJEMAHAN DARI CERITA HEBREW BIBLE Vs PETUNJUK DARI KEBENARAN AL QURAN
Sesungguhnya Ellah swt melarang manusia mengeluarkan pendapat.
Adz-Dzaariyaat 51 : 8 & 10 Sesungguhnya kamu berada di dalam keadaan berlainan pendapat. Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat.
An Najm : 28 Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.
Yunus 10 : 39 Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya
Al Qiyamaa 75 : 19 sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungan Al Quran (yang memerlukan penjelasan)
Bahasa AL Quran di gelar sebagai ISTIQAMA :
yakni, Al Quran berdiri dengan sendiri secara berterusan tanpa perlu ikatkan dirinya kepada makhluk, iaitu, dia tidak memerlukan makhluk untuk mentafsirnya, memberi pandangan mahupun memperjelaskannya. Di dalam erti kata lain, Al Quran berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan makhluk. Al Quran menerangkan dan menjelaskan dirinya melalui dirinya dengan dirinya bersama dirinya kepada dirinya, maka tiada ruang untuk manusia memberi pandangan, sangkaan mahupun pendapat.
Ellah swt menjelaskan makna ayat-ayat Al Quran melalui perkataannya yang berulang-ulang :
Al Furqaan 25 : 50 Dan demi sesungguhnya! Kami berulang-ulang menyebarkan hujjah-hujjah melalui Al-Quran supaya mereka berfikir; dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu berfikir melainkan berlaku kufur.
Al Israa 17 : 89 Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia di dalam Al-Quran berbagai-bagai contoh perbandingan; dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
Jangan sesekali kamu mengambil sesuatu ayat dan menyatakan itu adalah ia sedangkan kamu menolak perbandingan pada bahagian yang lain.
Al Hijr 15 : 9 (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.
Benarkah Hawa memujuk Adam untuk makan Buah Khuldi sehingga Hawa di sifatkan sebagai wanita yang tidak baik.
ADAM HAWA DAN POKOK BUAH KHULDI
Dari The Book of Genesis :
Kisah Adam dan Hawa, yang terdapat di dalam The Book of Genesis, menceritakan tentang manusia pertama, diciptakan oleh Tuhan di Taman Eden. Tuhan mengarahkan mereka untuk tidak makan dari Pohon (Baik dan Buruk), tetapi seekor ular telah menggoda Hawa, yang kemudiannya berkongsi buah terlarang dengan Adam. Tindakan ketidaktaatan ini membawa kepada pengusiran mereka dari Eden dan pengenalan dosa dan kematian ke dalam dunia. 😓
Terjemahan dari lamanweb www.iium.edu.my/deed/quran/malay/ :
Al Baqara 2 : 35
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggal-lah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini (Es'Syajarata); (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim"
(Es'Syajarata) telah terjemahkan sebagai "pokok" pada Surah Al Baqara : 35.
(Es'Syajarata) - di ambil dari kata akar : shin jim ra
Di sebut 1 kali sebagai Kata Kerja Bentuk Asas atau "Base Form" (Syajara).
7 kali sebagai Kata Nama (Syajar)
19 kali sebagai Kata Nama (Syajarat)
** Kata nama adalah perkataan yang merujuk kepada orang, tempat, benda, haiwan atau sesuatu konsep.
Terjemahan dari lamanweb www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
An Nisaa 4 : 65
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan (Syajara) yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
(Syajara) telah terjemahkan sebagai "perselisihan" pada Surah An Nisaa : 65.
Maka terjemahan Surah Al Baqara 2 : 35 :
Dan (Wa) Kami berkata (Qul'naa), "Wahai (Yaa) Adam (Aadamu), kamu (Anta) dan (Wa) pasangan kamu (Zaw'ju-ka) akan tinggal di dalam (Es'kun') jannah (El'Jannata) dan (Wa) makan-lah (Kulaa) sepuasnya apa kamu kehendaki (Ragadaan Hai'thu Shi'tumaa) dari-nya (Min'ha) dan (Wa) jangan (Laa) mendekati ini (Taq'raba Haazihi) iaitu pertikaian/perselishan (Es'Shajarata) maka (Fa) menjadilah kamu (Takuuna) dari (Mina) golongan mereka yang zalim (Ez'Zoalimiin)"
Ayat seterusnya menyebut tentang "SYAITAN" yang mengeluarkan Adam dan Hawa dari tempat kediaman mereka - Maka (Fa) SYAITAN (Es'Shai'toanu) menyebabkan mereka berdua terkeluar (Azalla-humaa) darinya (Än'ha) - Al Baqara 2 : 36.
Surah Al Ar'aaf 7 : 20 juga menyebut tentang sifat syaitan yang membisikkan rasa was-was:
Al Ar'aaf 7 : 19
"Wahai (Yaa) Adam (Aadamu), kamu (Anta) dan (Wa) pasangan kamu (Zaw'ju-ka) akan tinggal (Es'kun') di dalam jannah (El'Jannata) maka (Fa) makanlah (Kulaa) dari (Min') apa yang ada di dalamnya (Hai'thu) yang kamu kehendaki (Shi'tumaa), dan (Wa) jangan (Laa) hampiri (Taq'raba) ini (Haazihi) iaitu pertikaian/perselisihan (Es'Shajarata), maka (Fa) menjadilah kamu (Takuuna) dari (Mina) golongan yang zalim (Ez'Zoalimiin).
Al Ar'aaf 7 : 20
Maka (Fa) syaitan (Es'Shai'toanu) menjentik was-was kepada (Was'wasa) mereka berdua (Lahumaa) lalu (Li) menjadi nyata kepada mereka berdua (Yub'diya Lahuma) apa (Maa) yang di sembunyikan (Wu'riya) mereka berdua (Än'humaa) dari (Min) salah laku mereka (Saw'aati-himaa). Dia (syaitan) berkata (Qaala), "Tuhan kamu (Rabbu-kumaa) tidak (Maa) melarang kamu (Nahaa-kumaa) dari (Än') pertikaian/perselisihan ini (Haazihi Es'Shajarati) melainkan (illa) untuk (An) menjadikan kamu berdua (Takuuna) malaikat (Malakai'ni) atau (Aw') menjadikan kamu berdua (Takuuna) daripada (Mina) kekal selamanya (El'Khaalidiin)
Sifat Malaikat :
taat tunduk dan patuh serta tiada pertikaian/perselisihan.
Syaitan dari kalangan jin dan manusia (AN NAS)
Sifat Syaitan : MERUPAKAN SIFAT NEGATIF MANUSIA yang menjana ranting-ranting pertikaian/perselisihan >>
Bisikan kejahatan, was-was, Kesombongan, ketinggian diri, tamak haloba, ego, kesesatan. Nafsu yang mementingkan diri sendiri - keAkuan diri. Nafsu yang memberontak terhadap kehendak yang lebih tinggi - kehendak Ellahi. Emosi negatif yang mengatasi sifat dan moral para Nabi, mereka yang mukmin serta yang soleh. Suka melakukan perselisihan, pertikaian sehingga menyebabkan kerosakan di mukabumi Qs 2 : 11 & 12, 27, 60, 205 (kebanyakan ayat pada Surah Al Baqara menyebut tentang kerosakan di mukabumi oleh mereka yang bersifat dengan sifat syaitan) ; Qs 3 : 63; Qs 5 : 32 : berpecah belah kepada mazhab, golongan dan ahli dan banyak lagi.
Dorongan jahat yang intrinsik atau ekstrinsik = sifat negatif = tekanan negatif dari rakan dan sahabat = ammarah = mengagungkan diri = apa jua yang jauh dari kebenaran, kebaikan dan kemajuan = kebanggaan palsu = cerita-cerita sia-sia dan khabar angin = pemfitnah = penghalang kebaikan = menyebarkan kerosakan = menukar ayat-ayat Ellah = sesiapa sahaja yang mendorong serta menyekat orang lain ke ilmu Ellah = buruk pergaulan = orang yang suka memperdayakan atau memperdayakan orang untuk melanggar syariat dan sunnah Ellahi = mana-mana makhluk atau pengaruh yang menjauhkan manusia daripada ilmu dan Qalam Pencipta = menjauhkan diri dari ketaatan dan kepatuhan kepada Ellahi dan QalamNya = orang-orang yang merampas dirinya dari rahmat Ellahi = QS 2:14, 4:38, 4:60, 4:83, 4:119, 5:90-91, 6:43, 6:143, 7:200, 17:26-27, 22:3-4, 25:28-29, 31:21, 67:5 = bermusuhan = penghalang = seseorang yang berkomplot terhadap orang lain, melanggar hukum dan perintah serta tidak menjaga hak asasi manusia, terrorist : menggetarkan hati manusia dengan kejahatan dan menindas manusia dan banyak lagi.
Maka bertaubat kepada Tuhanmu Yang Mentadbir diri kamu (fa-tūbū ilā bāari-ikum) dan bunuh dalam diri kamu (fa-uq'tulū anfusakum) – Al Baqarah 2 : 54
Syaitan itu sebenarnya adalah "DIRI" (sifat syaitan) yang perlu dipisahkan - oleh hal yang demikian, para wali-wali Ellah swt berdoa "Wahai Rabb, jauhkanlah diriku dari diriku!" dan banyak perintah-perintah Ellah swt menyuruh kita "bunuh-lah diri kamu" "korban diri kamu" "serah diri kamu" namun, tidak ada sesiapapun yang menjelaskannya kepada manusia.
Ellah swt memerintahkan kita berdoa apabila hendak membaca Al Quran : A’UZUBILLAHI-MIN-ASH-SHAYITAAN-IR-RAJEEM - An Nahl : 98
Aku berlindung dengan Ellah Er Rahman Er Raheem dari segala perkara kejahatan dan pemikiran yang tidak baik dan rejamlah kehendak hawa nafsu ku (suka beri pandangan, sangkaan, pendapat dan lain-lain sifat yang tidak baik) kesombongan ku dan keAkuan ku.
Sudah mubiin lagi nyata, terang lagi bersuluh bahawa TIDAK ada buah Khuldi pada pokok yang terlarang yang direkacipta oleh Yahudi dan Nasrani yang terkenal dengan sifat suka menukar ayat-ayat Ellah swt mengikut hawa nafsu mereka. Maka janganlah kita tergolong kepada golongan ini jika benar kita takut dan gerun pada Ellah Er Rahman Er Rahem.
Maka berhati-hatilah dengan terjemahan mereka yang menukar perkataan-perkataan Ellah swt mengikut naratif mereka sendiri dan yang lebih gerun ialah apabila terjemahan di ambil dari cerita-cerita Hebrew Bible dari menterjemahkannya mengikut setiap perkataan pada makna ayat-ayat Al Quran yang berulang-ulang itu dan kita pula mempercayainya tanpa mengkaji Al Quran sebagaimana ianya harus di kaji.
No comments:
Post a Comment
Would love to hear from you. Thank you. Love and Light.