Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Huwa'llahu Ahad Ellahu As-Somadu, may you grant me to arrive at the gate of “Bismillah," fanaa my soul in the grandeur of “Alhamdulillah" and may my body, mind and soul immersed in the bliss of “Subhanallah” during the nights of Laylatul’Qadr - Maryam

The Truth

THE TRUTH IS HIDDEN BECAUSE IT'S SO BRIGHT.

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Allah kerana mempertahankan kebenaran agama-Nya - Surah Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Quran itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Allah swt mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Quran iaitu ahli Allah swt dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Monday, 25 August 2025

Menghina Rasulullah Tanpa Disedari

Terjemahan dari hawa nafsu Vs kebenaran dari petunjuk Al Quraan

Surah Al Ahzaab 
Al Ahzaab bermaksud "Kuasa-Kuasa Yang Di Satukan" dan Ellah SWT menerangkan dengan jelas bagaimana untuk tergolong di dalam golongan Al Ahzaab agar kita di beri kemenangan di dunia dan di akhirat dan tetiba ....... out of the blue ... muncul ayat di mana setelah Zayd selesai habis kemahuannya dengan isterinya lalu menceraikan isterinya itu, maka Ellaha kahwinkannya dengan Nabi Muhammad ....  berkahwin dengan bekas isteri Zayd? 

Astaghfirullahalazim! Apa-kah benda ni wahai para agamawan!  

Terjemahan di petik dari lamanweb www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
  ٣٧وَإِذْ تَقُولُ لِلَّذِي أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَنْعَمْتَ عَلَيْهِ أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ ۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِنْهَا وَطَرًا زَوَّجْنَاكَهَا لِكَيْ لَا يَكُونَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِي أَزْوَاجِ أَدْعِيَائِهِمْ إِذَا قَضَوْا مِنْهُنَّ وَطَرًا ۚ وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ مَفْعُولً
Surah Al Ahzaab 33 : 37
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika (wa-idh) engkau berkata (taqūlu) kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (lil'ladhī) (dengan nikmat Islam) (anʿama l-lahu) dan yang engkau (alayhi)  juga telah berbuat baik kepadanya (wa-anʿamta alayhi): "Jangan ceraikan isterimu (amsik alayka zawja'ka) itu dan bertaqwalah kepada Allah (wa-ittaqi l-laha)" sambil engkau menyembunyikan (watukh'fī) di dalam (fi) hatimu (nafsi'ka) perkara yang Allah akan menyatakannya (ma l-lahu mub'dīhi); dan engkau pula takut (wa'takhshā) kepada (cacian manusia) (l-nāsa) padahal Allah jualah (wal-lahu) yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya) (ahaqqu an takhshā'hu). 

Kemudian setelah (fa’lammā) Zaid (zayd’un) selesai habis kemahuannya (qada) terhadap isterinya (dengan menceraikannya)(min'hā wataran) Kami kahwinkan engkau dengannya (zawwajnā’kahā) supaya tidak (li’kay laa) ada keberatan (yakūna) atas (ala) orang-orang yang beriman (l-mu'minīna) untuk berkahwin (harajun) dengan (fi)  isteri-isteri anak-anak angkat mereka (zawwajnā’kahā), apabila anak-anak angkat itu (qadaw) telah selesai habis kemahuannya (adiyā'ihimi izzaā) terhadap isterinya (lalu menceraikannya) (min'hunna wataran). Dan sememangnya (min'hunna)  perkara yang dikehendaki (wataran) Allah itu tetap (wa'kāna amru'l-lahi)  berlaku (mafʿūlan)
😓😓😓😓😓😓😓😓😓😓 to infinity................

>>>> Terjemahan sebenar Surah Al Azhaab 33 : 37 
Dan ketika (wa-idh) disampaikan (taqūlu) kurniaan (ayat 39) (lil'ladhī) dari nikmat Ellahu (anʿama l-lahu) ke atas kamu ʿ(alayhi) maka, nikmat itu (wa-anʿamta) ke atas kamu (ʿalayhi) di genggam/pegang dengan teguh (amsik) ke atas (ʿalayka) pasangan kamu (zawja'ka) dan bertaqwa-lah kepada Ellaha (wa-ittaqi l-laha) dan jangan menyembunyikannya (watukh'fī) di dalam (fi) jiwa kamu (nafsi'ka). Tidak-kah (ma) Ellahu (l-lahu) yang memulai penciptaan kamu (mub'dīhi), dan kamu selubungi diri kamu dengan takut kepada (wa'takhshā) manusia (l-nāsa) sedangkan Ellahu (wal-lahu) lebih berhak (ahaqqu) untuk (an) di selubungi dengan ketakutan(takhshā'hu).  

Maka jika belum ada (fa'lamma) ketetapan (penyelesaian) (qada) pada pertumbuhan/peningkatan (zayd’un) matlamat itu kepada mereka (min'hā wataran) dan pasangan-pasangan (serta kaum keluarga) kamu (zawwajnā’kahā) supaya (li’kay) tidak (laa) ada sebarang (yakūna) ketidak selesaan (harajun) ke atas (ala) mereka yang mu’min (l-mu'minīna) semasa pasangan kamu (fi azwāji) memanggil mereka (adiyā'ihim) apabila hendak (izzaā) menetapkan (penyelesaian) (qadaw) mereka kepada (min'hunna) matlamat itu (wataran) dan perintah Ellahi ini, hendaklah kamu (wa'kāna amru'l-lahi) penuhi (mafʿūlan).

Tidak ada perkataan NIKAH (نِكَاح) di sebut pun di dalam ayat 37 dan tidak adapun di sebut tentang CERAI (طلاق talāq) ke saya yang buta hurof? 😐  

Al Ahzaab : 39
Mereka yang (Ellaziina) telah fasih dan menyampaikan (Yu'balliguu'na) Risalah Ellahi (Risaalaati-llahi) dan (Wa) takut kepadaNya (Yakh'shaw'nahu), dan (Wa) tidak (Laa) takut (Yakh'shaw'na) kepada sesiapa (Ahadan) melainkan (illa) Ellaha. Dan (Wa) cukup-lah dengan Illahi (Kafaa Bi-llahi) sebagai Penghisab (Hasiibaa)

Balliguu dari perkataan >>> (balāghah) >>> secara umum bermaksud kefasihan dan ketepatan kata-kata di dalam menyampaikan sesuatu mesej atau makna, sehingga dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendengar atau pembaca. 

Ayat 39 adalah untuk memahami ayat 37. Ia adalah tentang mereka yang telah dikurniakan untuk memahami dengan fasih RisalahNya, suatu nikmat dari Ellahi dan tidak takut untuk menyampaikannya kepada manusia. Dan ayat 37 menerangkan agar kita berpegang teguh akan nikmatNya itu bersama pasangan dan kaum keluarga kita. Dan bagaimana pasangan kita juga dapat ikut serta di dalam mencapai matlamat ini bersama mereka yang sedang menuju untuk mencapai kepada pertumbuhan itu - matlamat kepada pertumbuhan apa? Matlamat untuk memahami RisalahNya dengan fasih dan seterusnya, menyampaikan ia pula kepada manusia.

Mustahil tetiba keluar ayat Zayd menceraikan isterinya setelah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya itu lalu Ellaha kahwinkannya dengan Nabi Muhammad .... selesai habis kemahuan Zayd terhadap isterinya ?? 😓  

Ayat 36 - 39 jelas menerangkan tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang mu'min yang ingin masuk ke dalam golongan Al Ahzaab dengan berpegang tegoh kepada Risalah-Nya dan menyampaikannya tanpa rasa takut kepada sesiapapun. 

Aduhai Wahai Rabb, apa nak jadi dengan Islam sekiranya lain yang di perintahkan, lain yang di buat 😓😓😓.  


No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you. Thank you. Love and Light.