Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Friday, November 24, 2023

Perihal Palestine dan Kejahilan Manusia Membawa Padah

Tarikan kepada jalan yang Satu adalah lebih baik daripada Dua jalan yang goyah dengan keraguan wahai Rabb Yang Maha Pemurah lagi Maha Agong - Maulana Jalaluddin Rumi, Wali Ellahi.

Yaa Siin 36 : 36 
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari dalam diri mereka dan dari apa yang mereka tidak mengetahui  

Setiap sesuatu dijadikan pasangan dan undang-undang ini adalah mutlak dan ia mengajar kita tentang hakikat kehidupan dan hakikat kejadian manusia. Setiap sesuatu memiliki pasangannya dan begitu juga dengan apa yang ada di dalam diri kamu - “anfusihim” : batin - roh, jiwa, kesedaran, pemikiran - sel-neuron, DNA, jantong, organ-organ dll iaitu apa yang ada di dalam diri kamu. 

Jika setiap sesuatu itu ada pasangannya, maka, sudah tentu alam juga memiliki sifat dua-nya. Terdapat 2 alam yang mempengaruhi kehidupan manusia:
An Nisaa : 115 > Alam Kebebasan Berkehenda (An Nisaa: 115) - samada bahagia atau celaka (Hud: 105) >> 2 jalan yang goyah - di atas pilihan-pilhan yang dibuat.
Al Furqaan : 2 > Al Baqara : 138 > Alam Kehendak Illahi - takdir dan celupan yang sempurna – satu jalan yang lurus.

Alam Kebebasan Berkehendak terpenjara melalui hukum alam >> the Laws of Nature: 
Al I'mraan : 191 > Orang-orang yang menyebut dan mengingati Ellaha semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan apa yang ada di antara langit dan bumi ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"  

Adz Dzaariyaat : 47
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuatan dan sesungguhnya Kami yang meluaskannya dengan keluasan yang tidak terhingga 

Lamusi’una – bermaksud : sesungguhnya Kami yang meluaskannya. Lam – adalah untuk menekankan “keluasan” yang tidak terhingga.

Saad : 27
Dan tidak Kami jadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara langit dan bumi itu sesuatu yang BATHIL >>> Itu adalah sangkaan bagi mereka yang kufur, maka celaka-lah mereka yang kufur. Mereka itu api neraka  

Kuasa kehidupan (life force) atau tenaga kehidupan wujud di mana-mana dan di dalam diri kamu ia memenuhi dan di luar, ia meliputi. Di alam Kebebasan Berkehendak (Free Will) : perkataan, pemikiran, emosi, perasaan serta kesedaran tertakluk kepada Undang-Undang Alam yakni apa yang dipancarkan dari dalam diri, di luar ia akan meliputi dan dikuatkan dengan energi yang berkembang samada ke arah kebahagiaan atau kecelakaan - Surah Hud: 105. Oleh hal yang demikian, mereka yang berilmu berdoa, "tidak Engkau ciptakan apa yang ada di antara langit dan bumi sebagai sia-sia, maka jauhkanlah kami dari azab neraka" Al-IImraan : 191. 

Al I'Imraan : 161
Tiap-tiap seorang akan disempurnakan balasan bagi apa yang diusahakannya sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun balasannya  

Albert Einstein terkenal dengan rujukan “Law of Compounding” dan menyatakan ianya sebagai salah satu daripada lapan keajaiban alam. Beliau seterusnya menyatakan bahawa mereka yang memahaminya akan memperolehi keuntungannya dan mereka yang tidak, terpaksa membayarnya dengan harga yang tinggi. Ia adalah meraih ganjaran yang besar daripada tindakan yang kecil walau kelihatan tidak signifikan: 

>>> pilihan + konsisten + setiap masa = hasil tenaga yang ketara, hasil tenaga yang berkembang dengan seluas-luasnya yang tidak terhingga. 

>>> kata-kata/pemikiran + diungkapkan berulang kali secara konsisten + pada setiap masa, saat dan ketika = hasil tenaga yang sangat besar ketaranya. 

Jika pilihan yang di buat adalah baik, maka, beruntunglah kamu dengan keuntungan yang sangat besar ketaranya dan jika pilihan itu buruk, maka kamu terpaksa membayarnya dengan azab yang sangat besar ketaranya.

Yaa Siin : 12
Kami menulis setiap apa yang di tinggalkan oleh jejak mereka  

Al Fussilat : 39
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, kamu melihat bumi kosong lalu diturunkan hujan maka bergetar tanah lalu mekar berkembang, membiak akan ia 

At Takwiir : 3
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa setelah menjadi debu  

Contoh >> 
Menjana dari dalam pemikiran dan laungan dari jutaan suara “Palestine will be free” atau “Palestine akan bebas” maka pemikiran dan kata-kata itu menjadi tenaga dan atom adalah tenaga. Tenaga memiliki sifat getaran. Apa yang dilepaskan dari dalam diri kita mempunyai tenaga kinetik dan bertukar menjadi tenaga potensi semasa ia naik untuk memenuhi ruang di antara langit dan bumi dan turun sebagai getaran tenaga kinetik memenuhi ruang bumi kerana tenaga alam semesta menguatkannya dengan keluasan tenaga yang tidak terhingga.

Tenaga Kinetik ialah tenaga yang tersimpan di dalam objek yang bergerak. Perubahan tenaga kinetik adalah bersamaan dengan “kerja” yang dilakukan oleh objek itu – “kerja” mengikut takrifan Fizik ialah tenaga yang bertindak melalui daya sesuatu objek bergerak. “Kerja” adalah kuantiti Skalar tetapi ia boleh jadi positif mahupun negatif - Wikipedia.

Al Furqaan : 72
Dan mereka (yang diredhai Ellahi itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya  

Elektron dengan jisim sangat dipengaruhi oleh medan magnetik dan boleh memiliki tenaga kinetik di dalam berbillion volt elektron. Ini adalah satu tenaga yang amat menggerunkan. Oleh yang demikian, mereka yang beriman, sambil merenung kejadian alam semesta dan memahami kuasa, frekuensi, energi dan getaran yang terkandung di dalamnya memohon kepada Ellahi agar mereka di pelihara dari seksaan azab neraka - Adz-Dzaariyaat : 47 - oleh hal yang demikian, mereka jauhkan diri dari perkataan dan pemikiran yang sia-sia.

Maka Palestine di getarkan dengan getaran tenaga kinetik yang memiliki berbillion volt eletron melalui kata-kata dan pemikiran yang di lantun oleh jutaan manusia dan terpaksa melalui kesengsaraan tanpa henti kerana lantunan pemikiran dan kata-kata bahawa “Palestine akan bebas” .... “akan” berada di dalam keadaan keberangkalian. 

Apabila berlaku getaran sudah pasti akan ada akibatnya untuk ia mengubah medan tenaga kepada apa yang dibawanya itu dan perkataan “akan” tidak dapat ditranskripsi bahasanya oleh tenaga. Oleh yang demikian, posisi tenaga yang membawa muatan kata-kata itu berada di dalam keadaan kebarangkalian - kemungkinan kebebasan yang tidak pasti.

Otak juga tidak dapat memahami perkataan “akan” begitu juga dengan DNA – Manual Arahan tubuh manusia.  Seolah seseorang itu berkata, saya akan bayar hutang awak, namun, tidak tahu bila ianya akan berlaku atau kemungkinan tidak akan berlaku. Perkataan "akan" adalah mekanisma keberangkalian, sesuatu yang tiada kepastiannya dan berkemungkinan tiada titik noktahnya.

Al Baqara : 141
Bagi mereka balasan apa yang telah mereka usahakan 

Ar Rum : 41
Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia 

What you give, you will surely get 100%! Ini adalah Undang-Undang yang mutlak!

At Tauba : 32
Mereka hendak memadamkan cahaya Ellaha dengan mulut mereka, sedang Ellaha tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya 

Lebih menggerunkan lagi ialah apabila kita jahil tentang alam kesedaran yang dipenohi dengan “life force” yang memiliki tenaga kinetik dan potensi dan energi yang berkembang dengan keluasan yang tidak terhingga dan dengan mewar-warkan di so-sial media kata-kata ngeri (PILIHAN) setiap masa dan setiap ketika (KONSISTEN) seperti “kanak-kanak Palestine di bunuh, genocide Palestine, kesengsaraan Palestine, Palestine sengsara selama 75 tahun dan lain-lain kata-kata yang menggerunkan, sudah tentulah terciptanya event-event dari apa yang kita lantunkan itu dengan tenaga yang besar (HASIL). 

Al Baqara : 284
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Ellaha. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Ellaha akan menghitung dan menjadikan ianya nyata bagi kamu  

Dan yang lebih menakutkan ialah kata-kata dan pemikiran oleh jutaan ummah secara konsisten "zionis kejam, Yahudi bijak" tanpa mengetahui bahawa kita telah menguatkan mereka dengan kekuatan dan kepintaran yang ketara yang tidak terhingga secara tidak sedar.

Oleh itu Ellaha memerintahkan kita menjauhkan diri dari perkataan sia-sia ( Al Mu'minuun 23 : 3). Kenapa diletakkan pada ayat 3? Tiga (3) untuk menyatakan "it takes three to tangle" di dalam bahasa Mekanik Kuantum di dalam Undang-Undang Keterkaitan atau Quantum Entanglement iaitu: 
Perkataan sia-sia (PILIHAN - 1) setiap masa dan ketika (KONSISTEN - 2) akan menghasilkan event-event dengan tenaga yang sangat besar ketaranya (HASIL - 3) dan hanya mereka yang mukmin akan menjauhkannya kerana mereka adalah orang beriman yang tahu akan akibat yang menggerunkan hasil daripada perkataan sia-sia ini.

Adz-Zaariyaat : 1 - 4
Demi kekuatan penabur-penabur yang menabur dengan sebaik-baik taburan. Dan demi kekuatan pembawa-pembawa muatan. Dan demi kekuatan yang berlari dengan selesa. Dan demi kekuatan pembahagi-pembahagi urusan   

Al-Quran mengajar kita mengenai komunikasi tanpa wayar dengan memberi tahu bahawa elektron boleh digerakkan untuk menghasilkan tenaga magnetik (Quran 51:1). Tenaga ini boleh menjana atau mengkodkan muatan (Quran 51:2). Kemudian tenaga yang berisi muatan ini dijanakan kuasa dengan frekuensi, getaran dan kuasa-kuasa tertentu (Quran 51:3). Akhir sekali tenaga ini membahagi-bahagi perintah-perintah itu atau program (51:4) ke tempat yang di arahkan. 

CORAK KELAKUAN MANUSIA MEMBENTUK PERISTIWA DAN THE BUTTERFLY EFFECT

Al I'Imraan : 117
Dan (ingatlah), Ellaha tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri  
Yunus : 44
Sesungguhnya Ellaha tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri

Efek Kupu-Kupu atau The Butterfly Effect - terma ini mempamerkan tentang corak kelakuan manusia melalui pilihan atau keputusan yang di buat walau kecil dan nampak tidak signifikan mampu mengubah nasib dunia. 

Efek Kupu-Kupu dipostulasikan oleh Edward Norton Lorenz. Ia merujuk pada pemikiran bahawa kepakan sayap kupu-kupu di hutan belantara Brazil -- mampu memicu tornado di Texas beberapa bulan kemudian.

Az Zukhruf : 76
Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri  

Apa jua yang di lontarkan di Timur secara berkumpulan mampu memicu kekacauan di Barat. Dan kerosakan yang dilakukan di mukabumi adalah hasil dari tangan manusia dan bukan sesuatu yang telah ditakdirkan berlaku. Apabila kita melanggar Qadr yang ditetapkan oleh Ellaha hasil dari perbuatan kita, maka, terjadilah perkara-perkara yang ditakdirkan berlaku pada ketetapan Qadr itu. Inilah tanggungjawab yang ditawarkan kepada manusia iaitu : menanggung akibat hasil dari keputusan yang dibuat (Al Ahzaab: 72).

Yunus : 14
Supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan  

Kita membentuk corak kelakuan melalui persepsi. Seseorang memiliki corak kelakuan dan cara yang tersendiri melalui apa yang dipandangnya. Alam Kebebasan Berkehendak (Free Will) adalah alam kebarangkalian dan ketidakpastian dinamakan sebagai Prinsip Ketidakpastian Heisenberg (Heisenberg Uncertainty Principle). Prinsip ini menyatakan bahawa terdapat ketidakpastian dan rawak berlaku pada skala atom dan terdapat had asas yang boleh kita ketahui tentang kelakuan zarah-zarah kuantum dan apa yang boleh kita lakukan ialah mengira kebarangkaliannya dan bagaimana ia akan berkelakuan selepas itu.

Superposisi adalah keupayaan kelakuan untuk berada di dalam pelbagai keadaan keberangkalian dan ketidakpastian pada masa yang sama sehingga ia diukur dan diputuskan untuk membentuk satu sifat kelakuan dan semua ini berlaku secara batin kerana pemikiran, kelakuan, kesedaran, semuanya berada di dalam alam batin atau kuantum. Bagaimana kamu akan berkelakuan tertakluk kepada di mana kamu meletakkan posisi diri kamu kerana posisi akan membentuk akibat dari corak kelakuan yang kamu akan lakukan itu, baik atau buruk.

Surah Yunus : 14 jelas menyatakan bahawa Kebebasan Berkehendak adalah pilihan dan keputusan yang tidak ditakdirkan dan berlaku secara rawak sehingga kita memposisi diri kepada satu pilihan dan keputusan, maka, dengan itu, setiap diri bertanggungjawab terhadap pilihan dan keputusan yang di buat dan perlu menanggung akibatnya melalui Qadr yang telah ditetapkan di Lauh Mahfuz. Firman Ellaha yang bermaksud "untuk melihat bagaimana kamu akan berkelakuan" mengesahkan bahawa manusia memiliki keupayaan untuk memilih dan mengubah bentuk dan corak kelakuan atau kesedaran kerana sesungguhnya Ellaha tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka - Al Anfaal : 53.

Az Zalzalah : 8
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya! 

Hasil dari persepsi membentuk corak kelakuan maka timbullah laungan kata-kata dan pemikiran (dari alam batin lalu di lantun keluar ke alam zahir) secara konsisten setiap masa dan ketika - kesedaran yang dijana oleh manusia yang memenuhi serta meliputi di dalam (batin) dan di luar (zahir) maka terjadilah peristiwa-peristiwa dan efeknya amat menggerunkan kerana mampu mengubah dunia menjadi neraka bagi mereka yang tidak berdosa.

Kelak kamu akan di tanya walau sebesar zarah, apa yang telah kamu lantunkan, fikirkan dan katakan dan semuanya tertulis di dalam suratan amal kamu.  

PERANG KESEDARAN DI ALAM BATIN

Ar Ruum : 7
Mereka hanya mengetahui yang zahir nyata namun tidak pernah mengambil tahu tentang hal-hal akhirat (ghaib - batin)  

"Perang besar berlaku melalui permainan persepsi di mana persepsi terletak di alam batin iaitu alam kesedaran" - Tuan Fakri. Dan kekuatannya mampu menggoncang keimanan seseorang kerana ia adalah alam yang menjana tenaga umpama 1000 bom Hiroshima. 

"Di akhir zaman, kita diserang melalui permainan batin yang sangat halus disebabkan oleh kejahilan kita sendiri kerana masih mencari perang di luar (zahir) : serangan kepada manusia melalui "bantuan kemanusiaan" serta serangan "darurat" - semua adalah senjata bagi menggetarkan ketakutan pada kesedaran (batin). Kita semua telah di serang dengan goncangan serangan virus - inilah perang besar dunia yang telah pun berlaku secara "Rahsia" dan "halus" - Tuan Fakri. 

Yaa Siin : 23
Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Ellahi? Sudah tentu tidak patut, kerana jika Ellahu Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku  

Seolah jika tiada bantuan kemanusiaan dari UN, negara-negara kafir kuasa besar, umat Islam akan musnah dan mati kebulur. Jika para agamawan kita pun tergoncang iman dan terkecundang melalui serangan halus ini dengan mengeluarkan fatwa "di suruh cucuk sewaktu darurat even if the pig DNA is there" maka, out lah ummah pun kerana dikatakan tidak boleh derhaka kepada ulama and don't you dare question the ulama!

Al Kahfi : 52
Dan (ingatkanlah) masa Ellaha berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan  

Al A'raaf : 194
Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Ellaha adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, cubalah menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar  

Al Hajj : 13
Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru itu  

Al Kahfi : 5
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta  

Memuliakan Masjid Al Aqsa, menunggu kedatangan Nabi Isa a.s dan Al Mahdi sebagai Penyelamat yang sehingga ratusan tahun berlalu, tidak kunjung tiba dan tidak juga datang menyelamat - mungkinkah ini juga serangan secara halus melalui kesedaran (batin) oleh pihak dajjal yang mengubah perkataan Ellaha? Walhal tidak ada sesuatupun yang wajib dimuliakan dan di agongkan melainkan Dia Yang Maha Mulia lagi Maha Agong kebesaranNya dan tidak ada penyelamat melainkan Dia Yang Maha Menyelamatkan.  

Muhammad : 7
If you give victory to Ellaha, surely He will give you victory! 

Lepas tu dok heran kenapa umat Islam banyak yang sengsara dan beroleh kehinaan serta kesengsaraan di dunia dan kenapa Ellaha tidak menghantar pertolongan. πŸ˜“πŸ˜“ Bila orang sembang bab batin, asyik sesat sesat sesat bila sembang bab Laws of Nature, sesat : frekuensi sesat, getaran sesat. Aduh! 

Azan yang berkemundang 5 kali sehari pada setiap masjid di setiap pelusuk bumi, kita terkandas juga akhirnya kepada dajjal tanpa di sedari kerana kesedaran Tuhan (wahai manusia, Et'taqullah!) tidak lagi relevan di dalam kesedaran kerana bercakap mengenai batin, di chop sebagai sesat dan inilah agenda dajjal - menutup ilmu perihal undang-undang alam.  

Lihat bagaimana bijaknya dajjal memanipulasi manusia dengan senjata "BATIN." Ini adalah kerana, manusia lebih mengutamakan yang zahir dari memikirkan tentang batin iaitu alam yang mudah dikena serangan secara halus. Umat Islam mungkin tidak dapat dijatuhkan secara zahir tetapi, yakinlah, umat Islam akan dijatuhkan hanya dengan serangan secara batin dan kita telahpun lihat bagaimana kita semua telahpun terkecundang tanpa disedari semasa ditakutkan dengan serangan virus. Hanya orang yang beriman sahaja yang kukuh pendiriannya menolak sekeras-kerasnya kerana memiliki kesedaran Tuhan umpama besi di dalam batinnya.

Al Baqara : 114
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Ellahi untuk menyebut nama-nama Ellaha di dalamnya? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Ellaha. Mereka dengan perbuatan itu beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar  

An Nuur : 36
Nur Ellaha itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali di rumah-rumah ibadah yang diperintahkan oleh Ellaha supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingatkan akan nama Ellaha padanya; di situ juga dikerjakan ibadah mensuci dan memuji Ellaha pada waktu pagi dan petang  

Di mana kita letak keBesaran Ellaha? Adakah setiap rumah-rumah ibadah dan masjid-masjid menyebut-yebut dan mengagong-agongkan nama-nama Ellaha atau kita lebih mengagongkan nama-nama selain Ellaha? Maka, kita lihat bagaimana umat Islam beroleh kesengsaraan, dimalukan dengan kehinaan akibat daripada keingkaran menjunjung perintah Ellaha ini kerana menyebut-yebut serta menyeru nama selain Ellaha di dalamnya.

Al Israa : 111
Hendaklah kamu memuliakan Ellaha dengan bersungguh-sungguh 

Al Jiin : 18
Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk ibadah kepada Ellaha semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Ellaha  

Tidak ada seorang pun, especially the ummah, berarak di muka bumi sepertimana yang mereka lakukan untuk Palestine untuk memaksa Ketua-Ketua Agama memenuhi ruang masjid dengan membesar-besarkan dan mengagong-agongkan nama-nama Ellaha dan memuliakan Ellaha dengan sebenar-benar kemuliaan pada kebesaran KeEsaanNya. Namun, di dalam masjid-masjid di merata dunia di penohi dengan ibadah memuji dan menyeru nama selain Ellaha swt tetapi yang saya lihat, nama selain Ellaha di agongkan melebihi nama Ellaha.

An Nahl : 36
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul dengan memerintahkannya kepada mereka: "Hendaklah kamu menghambakan diri kepada Ellaha dan jauhi-lah Taghut (Ketua-Ketua Agama)." Maka di antara mereka ada yang menerima seruan itu dan ada pula yang sesat. Oleh itu, mengembara-lah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan perintah ini  

Apabila Ellaha hapuskan sesuatu kaum yang mengingkari perintahNya, maka, kamu akan lihat berduyun-duyun manusia yang akan masuk Islam. Yang masuk Islam ini pula, jika mereka menjadi penyembah Taghut, akan di musnahkan dan di ganti dengan generasi yang lain dan kitaran ini tidak akan terhenti sehingga-lah pada hari bumi di gulung.

Hud : 57
Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan seruan-ku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus di dalam Al Qur'aan untuk menyampaikannya dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain setelah kamu dibinasakan; dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu  

Al Hajj : 38
Sesungguhnya Ellaha membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Ellaha tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur 

Al Ar'aaf : 191
Patutkah mereka sekutukan Ellaha dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan? 

Semoga Ellahi menjadikan kita orang yang taat mendengar perkataanNya ketika orang lain mempersembahkan diri mereka kepada ketua-ketua dan tuan-tuan mereka - kata-kata seorang yang gila, majnun, cinta, rindu dan taksub hanya kepada Tuhannya.

Yusuf : 106
Dan orang-orang yang beriman kepada Ellaha, kebanyakan mereka tidak beriman kepada Ellaha melainkan mereka mempersekutukanNya juga dengan yang lain  

Renung-renungkanlah!


No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.