Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Tuesday, June 29, 2021

Al Qur'aanan Di Tolak Sebagai Petunjuk Bagi Kaum Yang Ingkar

Dengan nama Ellahu Er Rahmaan Er Raheem
Al A-I'Imraan : 73 - Sesungguhnya petunjuk yang sebenarnya ialah petunjuk Ellaha


Al Qur'aan itu cahaya petunjuk dari Ellaha ataukah ia hanyalah kitaaba yang perlu di baca dengan tartil dan kemudiannya di simpan sebagai perlembagaan yang tidak perlu di pakai lagi? (Al Furqaan : 30)

Al Qur'aan adalah balagha (fasih akan hujah-hujah, peringatan dan nasihat) supaya mereka di beri amaran dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia Ellaha Al Wahiid, dan supaya mereka yang albaab di beri peringatan - Surah Ibrahim - 52

Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat kitab (Al Qur'aan) yang mengandongi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap teguh - Yunus, 1 ; Al-i-Imraan, 138 ; Al Hijr, 9; Al Nahl, 89 ; Az Zukhruf, 4

Dan ini sebuah kitab (Al Qur'aan) yang Kami turunkan, yang ada berkat dan banyak manfaatnya. Oleh itu, hendaklah kamu mentaatinya; dan bertaqwalah kepada Ellah, mudah-mudahan kamu beroleh rahmat -Al An'aam, 155

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu kitab suci Al Qur'aan yang menyatakan segala kebenaran untuk menjadi panduan hidup kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk dengannya, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang tidak berpandukan kepadanya, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri - Az Zumar, 41

Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Ellaha, maka sesungguhnya Ellaha Amat segera hitungan hisabNya - A-li'Imraan 3:19

HambaNya sentiasa menyakini bahawa apa yang diturunkan olehNya di atas lisan (qolbi dan qowli) Rasul-Nya adalah termasuk syahid-syahid keimanan denganNya melalui fiqlinya: tanda-tanda yang memberi petunjuk kepada hamba-hambaNya kepadaNya melalui perbuatan yang menurut undang-undang peraturanNya, maka dengannya, mereka HAQQUL YAKIN akan kebenaran petunjukNya tanpa ragu-ragu. 

Kita adalah makhluk yang suka menyalahkan dari luar, tidak menyedari bahawa masalah biasanya dari dalam jiwa - Imam Al Ghazali

Maka, terbitlah syahid aql (ego, sombong, takabur, aku sahaja yang tahu, aku ada PhD, aku belajar di Arab, Mesir, UK bagai dan bawa balik Sijil, aku betul kau sesat, aku bijak Al Qur'aan dan Hadith dan kau tidak ada apa-apa, aku aku aku dan aku yang tiada kesudahan kesyirikan dan keegoan serta kebingungan sumpah penyaksian dan bergembira dengannya umpama Firaun yang mempertuhankan diri) - kepada syahid wahyu dan syarak, maka, terjadilah perpindahan yang sangat indah: daripada khabar kepada penyaksian yang sebenar-benarnya (tiada lagi sifat "ke-Aku-an diri: aku hebat, aku ada title dan yang sewaktu dengannya).

Memohon Petunjuk Ellaha dengan bertawwasul kepada Al Qur'aan di tuduh sama seperti pengamal biblomancy?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Ellaha - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Ellaha mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Ellaha yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus - Al-Baqarah, 142

Dan ini ialah kitab Al Qur'aan yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat serta banyak faedah-faedah dan manfaatnya - Al An'aam, 92 ;At Takwiir, 27 

Saad; demi Al-Qur'aan yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran - Saad 38, 1

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Ellaha dan carilah jalan (wasila) untuk sampai kepadaNya; dan berjuanglah pada jalan Ellaha supaya kamu beroleh kejayaan - Al-Maaidah 5:35

Disamakan membuka Al Qur'aan untuk memohon petunjuk dari Ellaha sama seperti biblomancy. Banyak amalan orang Kristian di ambil orang Islam namun, tidak pula di tuduh sesat >> sila ke link ini!

Apa itu biblomancy? Bibliomancy merupakan amalan membuka Bible secara rawak dan membaca ayat pertama yang dilihat. Pembaca percaya bahawa apa yang dibaca ialah pedoman yang diperlukannya. Orang Kristian membuka Bible secara rawak dan membaca ayat pertama yang di lihatnya lalu mengambilnya sebagai petunuk. 




Sepertimana pendeta Kristian memegang tongkat di gereja dan imam/khatib memegang tongkat di Masjid, ia sama tetapi tidak serupa, bersatu tetapi tidak bersekutu dan umpama seorang bayi Kristian yang di baptis kerana hendak membuang dosanya dan seorang bayi Muslim mencukur rambut anaknya untuk membuang penyakitnya, namun kedua-duanya juga menggunakan air, yakni, Kristian menggunakan air untuk anak itu di baptiskan, Muslim menggunakan air sebelum bercukur: nampak sama, tetapi tetap tidak serupa. Seperti agama Buddha, Hindu, Kristian menggunakan tasbih, Muslim juga menggunakan tasbih, sama tetapi tidak serupa kerana apa yang di tasbih orang Kristian tidak sama dengan apa yang di tasbih mereka yang muslim..

Kristian korban darah kepada Yahweh sepertimana Muslim juga laksana korban. Ini betul-betul sama! 😏

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Ellaha ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman - A-li'Imraan 3: 68

Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Ellaha Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong - A-li'Imraan 3: 150

Ellaha Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu) - Al-Anfaal 8: 40

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? - A-li'Imraan 3: 80

Sepertimana Kristian percaya Nabi Isa penyelamat di akhir zaman kerana Kristian menganggap Nabi Isa adalah Tuhan hatta penyelamat mereka, Islam pun terpercaya Nabi Isa juga penyelamat di akhir zaman, sama tetapi tidak serupa kerana Islam tidak percaya Nabi Isa adalah tuhan (namun, saya tidak percaya bahawa Nabi Isa as akan di hantar sebagai penyelamat kerana penyelamat saya hanyalah Ellahu Al Ahad As Somaadu kerana sesungguhnya tiada tuhan melainkan Ellaha dan Maha Suci Ellaha daripada apa yang mereka sekutukan!).

(Al-Qur'aan ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar - Saad 38:29

Maka, begitulah kiranya dengan memohon petunjuk dari Ellaha dengan bertawassul kepada Al Qur'aan dan bibliomancy: sama tetapi tetap tidak serupa dan tetap tidak bersekutu. 


Adab di hadapan Ellaha
Membuka Al Qur'aan mempunyai adab yang harus disempurnakan terlebih dahulu. Ibarat adab dengan Al-Qur'aan seperti masuk ke balai penghadapan Raja, Maulana Rumi, awliyaa Ellaha pula membuat analogi "Al-Qur'aan ibarat pengantin yang hanya membuka niqabnya kepada individu yang berhak."

Al-Qur'aan adalah perkataan Kekasih dan Pemerintah, maka kita perlu mengambil kira kedua-dua adab itu serentak. Sesiapa yang pernah memasuki balai penghadapan Raja dapat mengetahui daripada pengalamannya, manakala orang yang tidak pernah berbuat demikian dapat membayangkan kesan kehebatan titah diraja kepada hati.

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia - Al-Nahl, 68 

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Ellaha berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik tabir, atau dengan mengutuskan utusan lalu utusan itu menyampaikan berita kepadanya dengan izin Ellaha akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ellaha Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana - Asy-Syuura, 51

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada mu tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al Qur'aan yang amat besar kemuliaan dan faedahnya - Al Hijr, 87

"Bismillah" pangkal segala kebaikan permulaan segala urusan penting dan dengannya kita memulai segala urusan" Bediuzzaman, Said Nursi

Al Israa : 110 
Katakan, "Seru Ellaha atau seru Ar Rahmaan dan mana yang kamu seru, kepadaNya milik Al Asmaau Al Husnaa.

Adab untuk memohon doa dan petunjuk dari Ellaha ialah dengan memulakannya dengan Bismillahirahmanirrahim. Melalui nama-namaNya terjalin-lah perhubungan di antara hamba yang memohon dua'a dengan Pencipta Yang Maha Penolong lagi Maha Pengasih. Lalu dia bermunajat sebelum di gerak kudratnya untuk membuka Al Qur'aan oleh Ellahu Al Qadiir Al Waasi. Dan dua'a wajib di atas landasan tauhid melalui ikutan para Nabi (Al An'aam : 90) dan Al Fatiha sebagai tunjang Tauhid memiliki rahsia besar bagaimana kita wajib berdiri di atas adab dan berdoa di atas sirat ini. Al Fatihaa itu ibu Al Qur'aan. Bagaimana mungkin tidak memberi tunduk hormat kepada ibu ketika hendak memasuki rumahnya. 

Membaca Al Fatiha dengan tartilnya dengan hebat, tepat dan terbaik tetapi tidak memahami makna disebaliknya umpama mengajar burung menyanyi tanpa dia "tahu" apa yang dinyanyikannya adalah satu kerugian yang amat besar di dalam hidup seorang muslim, dunia dan di akhiraat.


Apabila nama Ellaha di sebut-sebut dan di seru, apakah Ellaha berpaling lalu diam membisu?

Ingatlah Aku nescaya Aku ingat kepada mu - Al Baqara : 152

Aku bersama hamba-Ku ketika dia mengingati Ku. Apabila dia mengingati-Ku di dalam hatinya, Aku ingat dia di dalam hati-Ku. Jika dia mengingat-Ku dan menyebut-yebut di hadapan umum, maka Aku ingat dan Ku sebut-sebut dia di khalayak yang lebih baik. Sesiapa yang mendekati Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta dan sesiapa yang mendekati Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa - Hadith Qudsi.

Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Ellaha Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan - Hud 11:111

Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Ellaha akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya - Al-Anfaal 8:60

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna -An-Najm 53:41

Apa sahaja amal, du'a, usaha dan apa yang kita belanjakan pada jalan Ellaha, akan dibalas dengan sempurna oleh Ellaha dan Dia tidak pernah memungkiri janjiNya. Membuka Al Qur'aan memohon petunjukNya juga berupa satu amal usaha dan kita membelanjakan hidup kita serta berjihad pada jalan Ellaha dan sudah pasti Ellaha akan membalas kita dengan sempurna apa yang kita usahakan dan amalkan. 

Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad - Al-Qur'aan sebagai roh (yang menghidupkan hati dari perintah Kami). Kami jadikan Al-Qur'aan: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya - Asy-Syuura 42:52 

Tubuh manusia menjana energi lingkaran emas (Golden Spiral) paling banyak dan signifikan daripada lain-lain makhluk agar hamba-hambaNya menjalin perhubungan intim denganNya di dalam kesedaran mereka.

Dan (ingatlah), pada sisi Ellaha ada tempat kembali yang sebaik-baiknya - A-li'Imraan 3:14
Lingkaran emas : tali perhubungan.

Dan ia tetap mendapati hukum Ellaha di sisi amalnya - An Nur, 39

Katakanlah wahai Muhammad: kedatangan AL Qur'aan itu adalah semata-mata dengan limpah kurniaNya dan kasih sayangNya, maka, dengan isi kandungan Al Qur'aan itu hendaklah mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal - Yunus, 58

Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya - Hud, 61

Maka, gerak kepada terbukanya Al Qur'aan itu hanya berlaku selepas berdua dan munajat dengan hati yang duka nestapa memohon bimbingan dan petunjukNya, maka kita akan di bawa kepada Surah tertentu serta ayat-ayatnya. Wahai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau mendapatiKu, jika engkau mendapatiKu maka engkau mendapati segala sesuatu dan jika engkau tidak mendapatiKu maka engkau kehilangan segala sesuatu." Hatta, berkatalah Musa kepada Tuhan-nya: wahai Tuhanku, di mana aku mendapati Mu?" Firman-Nya: "di sisi orang-orang yang remuk hati mereka kerana Aku - diriwayatkan oleh Ahmad dalam Zuhud (399). Ini menunjukkan kehampiran dan keintiman mereka yang duka nestapa kerana memohon petunjukNya, dia akan dapati Ellaha di sisinya kerana keperluannya kepada Tuhan-nya. 

Wallahi, setiap du'a di bawa kepada ketepatan ayat-ayat perintahNya lalu tunduk dan sujud roh dan jiwa mengamati perintah-perintahNya dan mereka akan berkata, "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami adalah termaktub." (Al Israa : 108). lalu hamba-hambaNya yang taat, tunduk merendah diri dengan tangisan dan mereka bertambah kusyuk padanya (Al Israa : 109).

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya - Al Qaaf, 16

Cahaya atas cahaya membimbing kepada Cahaya-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki - An Nur, 35

 Sesungguhnya petunjuk Ellaha itulah petunjuk yang benar - Al Baqarah, 120
 
Membuka Al Qur'aan adalah satu akhlak yang mulia dan perbuatan yang baik dan semua gerak yang "baik adalah dari Ellaha" Surah An Nisaa, 79.  Lā hawla wa-lā quwwataʾillā bi-llāhi - tiada kuasa dan daya gerak melainkan dengan gerak kuasaNya. Ini adalah limpahan keagongan kasih sayang Ellaha kepada hamba-hambaNya yang mu'min dan apabila diisyaratkan baginya Surah tertentu dan ayat-ayat perintahNya, dia mendapati Ellaha di sisi isyarat pemberi isyarat itu dan dia tidak ingkar kepada perintah dan firmanNya dan akan gerun jika berpaling darinya. 

Dan didapati-Nya engkau mencari-cari jalan yang benar, lalu Ia memberikan hidayah petunjuk dengan wahyu Al Qur'aan - Adh Dhuha, 7

Dia-lah yang menurunkan kepada hambaNya keterangan-keterangan Al Qur'aan yang terang nyata kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita kepada cahaya iman. Dan ingatlah, sesungguhnya Ellaha Maha Belas Kasihan lagi Maha Mengasihani akan hambaNya - Al Hadiid, 9

Al-Baqara, 186
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada kamu tentang Aku; maka sesungguhnya Aku amat karib. Aku menjawab permohonan/keluhan/aduan mereka yang berdua apabila berdua kepada Aku. Maka hendaklah mereka respon/memberi tindak balas kepada jawapanKu itu dan hendaklah mereka beriman dengan jawapan itu agar mereka di bimbing dengan bijaksana

Mereka itu-lah di atas (U'laai-ka Älaa) manual arahan (petunjuk) yang absolute (Hudan) daripada (Min) Pemelihara mereka (Rabbi-him’). Dan (Wa) mereka-mereka itu-lah yang (Humu U'laaika) berkembang dengan sejahtera (El'Muf'lihuun)  - Al Baqara, 5

Maka di dalam hal ini,  Al Qur'aan tidak di buka secara rawak dan tidak pula dibaca hanya kepada ayat pertama atau ke tujuh atau ke sepuluh. Apabila kita memahami isi kandungan keseluruhan ayat-ayat dari Surah yang di buka itu, maka, dapatlah kita mengambilnya sebagai petunjuk yang absolute di atas landasannya. 

Adh Dhuha 93 : 7
Dan didapatiNya engkau mencari jalan yang benar lalu Ia memberi hidayah dengan Al Qur'aan

Bukan itu sahaja, ayat-ayat yang terbuka lebarannya terkait pula pada ayat-ayat pada Surah-Surah yang lain kerana ayat-ayatNya adalah berulang-ulang menjadikan kita terpaut kepadaNya melalui perintah-perintah dan petunjukNya. Maka, Ellaha sentiasa bersama hamba-hambaNya di dalam urusan hidup kita di atas keagongan ihsanNya di atas sifat Ar Rahmaan. 

Sesungguhnya di antara umat-ku ada yang mendapat ilham dan bisikan hati - Nabi Muhammad, riwayat Muslim.

Dengan yang demikian juga ada ketikanya, Ellaha menganugerahkan melalui ilham satu, dua atau tiga ayat-ayat pada Surah yang di buka itu petunjuk dariNya yang sangat tepat 100% kepada apa yang kita dua dan munajatkan. 

Kitab Al-Qur'aan, tidak ada sebarang syak padanya dari Ellaha dan sempurnanya; ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa" - Al-Baqarah - 2

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Ellaha Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Ellaha sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan - Al-Baqara - 107

💓💓 Alhamdulillah, ramai yang telah memperolehi nikmat, rahmah dan ketenangan dan tiada duka nestapa walau negara sedang di landa masalah. Ini adalah dari limpahan rahmahNya melalui petunjuk hidayahNya, Alhamdulillah. Janji Ellaha itu pasti bahawa Al Qur'aan itu cahaya yang menerangi kegelapan diri. Tiada duka nestapa......hanya cinta dan kerinduan yang mekar berkembang 💓💓 Rugi-lah diri jika hidup di dunia ini tidak mengenal cinta dan kerinduan Ellaha dan alangkah rugi hidup ini jika masih berpaut dengan petunjuk manusia dan taghut dan hanya mengenal dunia dan apa yang ada di dalamnya. Tidak ada kebaikan di dunia dan pada nikmatnya sedangkan Ellaha Yang Maha Esa tidak di cintai, di taati dan di Esa-kan.


Sesiapa yang mentaati petunjuk Ellaha, tenteram baginya kehidupan dan gembira hatinya dengan Ellaha dan tenang jiwanya, sesiapa yang berpaling, hatinya bercerai-berai di dunia dan jiwanya sangat kacau.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya - Al-Kahfi 18:29 - Al Qur'aan tidak tercedera kebanggaannya di atas keegoan kamu berpaling dari membuka lebarannya!

"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!" Surah Al Fussilat, 23

Kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredhaan Ellaha, maka mereka bukan lagi dari orang-orang yang diterima permohonan - Gudnite! Fussilat, 24

Oleh hal yang demikian, sebagai seorang Islam harus Al YAKIN bahawa ia akan dapati pertolongan dari sisi Ellaha Tidak yakin dengan pertolongan dan petunjuk Ellaha? Mengapa jadi demikian rupa sehingga terbitnya hati dan jiwa yang bersangka buruk terhadap KebesaranNya, ilmuNya, ihsanNya dan kekuasaanNya ke atas hamba-hamba-Nya? 

Jika solat istikharah dilaksanakan untuk memohon petunjukNya dan kita di ILHAM kan jawapan dari Ellaha selepas itu maka, apa bezanya memohon petunjuk Ellaha swt dengan bertawwasul kepada Al Qur'aan dan di ilhamkan untuk memperolehi petunjukNya? Apakah ini satu perkara yang mungkar dan sesat? Jika benar ianya suatu perkara mungkar dan sesat, maka, wajib difatwa sebagai sesat agar ummah tidak bergelumang di dalam kesesatan memohon petunjukNya dengan bertawwasul kepada Al Qur'aan. 

Mereka meletakkan menjemput dan memohon petunjuk Ellaha melalui Al Qur'aan setaraf dengan perbuatan sihir (menilik nasib)?


Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang menggembirakan, berkata-lah orang-orang kafir yang merasa hairan itu, "sebenarnya Al Qur'aan ini ialah sihir yang terang nyata - Yunus - 2

Dan ketika kebenaran Al Qur'aan itu disampaikan kepada mereka, berkatalah mereka : "sesungguhnya ini adalah sihir dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya" - Az Zukhruf - 30

Dan apabila dibacakan kepada mereka yang kafir ayat-ayat Al Qur'aan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka terhadap kebenaran Al Qur'aan bila sahaja disampaikan kepada mereka: "inilah sihir yang nyata!" - Al Ahqaaf, 7

Sebenarnya, apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukan-lah syair atau sihir, bahkan, ia adalah Al Qur'aan yang sangat tinggi kemuliaan-nya - Al Buruj, 21

                                              Tukang Tilik Nasib

Dan juga bukanlah Al Qur'aan itu perkataan seorang pawang dan penyair sepertimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang! Amatlah sedikit kamu beriman dengannya - Al-Haaqqah, 41 - 42

Lihatlah kembali keadaan mereka di zaman jahiliyah dan lihatlah keadaan mereka di zaman sekarang. Umpama biji benih yang telah mati kini kembali tumbuh bagaikan cendawan dengan mekar dan segarnya!

Sesiapa memusuhi Ellaha dan memusuhi malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibra'eila dan Mikail, maka ia akan diseksa oleh Ellaha kerana sesungguhnya Ellaha adalah musuh bagi orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayatNya (kafir) - Al-Baqarah - 98

Bahawasanya sesungguhnya yang dibacakan kepada kamu itu ialah Al Qur'aan yang mulia yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan - Al Waaqi'ah - 77

Ellaha bukan pawang mahupun penyair. Dia-lah Ellaha Yang Maha Tinggi KekuasaanNya, maka, apabila memohon petunjuk hidayahNya melalui Al Qur'aan di atas urusan hidup, Surah yang di buka itu adalah firman dan wahyuNya. Penilik nasib hanya dilakukan oleh seorang pawang yang dipimpin oleh syaitan. Al Qur'aan dipimpin oleh malaikat Jibrail yang membawa ilham ke hati manusia dan menyamakan memohon petunjuk hidayahNya melalui Al Qur'aan sama seperti orang yang menilik nasib, kita telah menyamakan kedudukan Ellaha dengan seorang pawang. Hampa ni gila ka apa? 😡

Dan mereka yang beroleh ilmu mengetahui bahawa Al Qur'aan itu ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mentaatinya; dan sesungguhnya Ellaha sentiasa memimpin mereka yang beriman ke jalan yang lurus - Al-Hajj 22:54

Al Qur'aan itu tidak dijadikan kata pemutus kepada urusan kehidupan?
Kata Pemutus Pencipta Vs Kata Pemutus Yang Di Cipta


Dan sesungguhnya Ellaha telahpun menurunkan kepada kamu perintah-Nya di dalam Al Qur'aan, iaitu; apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Ellaha di ingkari dan di ejek-ejek oleh kaum munafik dan kafir, maka, janganlah kamu duduk bersama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal lain; kerana sesungguhnya jika kamu melakukan yang demikian, tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Ellaha akan menghimpunkan sekalian orang kafir dan munafik di dalam neraka jahanam - An Nisaa', 140

Dan apabila diturunkan sesuatu surah dari Al Qur'aan, maka, di antara mereka yang munafiq ada yang bertanya secara mengejek: "siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka, surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira dengan turunnya surah itu kepada mereka -Taubah, 124

Orang-orang yang menghalangi manusia dari jalan Ellaha, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya - Ibrahim 14:3

Dikhabarkan, ada seorang Syeikh Maulana dipetik sebagai berkata bahawa mereka yang membuka Al Qur'aan untuk memohon petunjuk Ellaha, "janganlah kamu mengikut perintah yang diberikan pada surah yang di buka!"  kerana baginya perkara ini tidak pernah di amalkan oleh para ulama terdahulu. Bagaimana mungkin seorang yang berpangkat Syeikh Maulana menyuruh untuk menolak perintah dan firman Ellaha di dalam Al Qur'aan apabila membuka Al Qur'aan selepas memohon petunjuk-Nya? Astaghfirullah'alaziim 😖😠

Dan ketika itu keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka memberi peransang dengan berkata: "jalan terus menurut cara datuk nenek kamu dan tetap tekun-lah menyembah tuhan-tuhan (penolong selain Ellaha) kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki mereka. Kita tidak pernah mendengar perkara seperti ini di kalangan ulama terdahulu: perkara ini hanyalah rekaan dan dusta semata-mata - Saad 38, 6 & 7 

Alasannya, kerana ianya tidak diamalkan oleh para ulama terdahulu iaitu nenek moyang kita. Adakah memohon petunjuk Ellaha melalui Al Qur'aan sesuatu yang wajib di buang hanya kerana itu bukan cara datuk nenek kamu? Dan kamu semua percaya? Padahal, Ellaha melarang kamu menjadi penyembah ketua-ketua agama,
Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Ellaha daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Ellaha dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Ketua-Ketua agama. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul" Al-Maaidah 5:60
 
Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenaran Al Qur'aan, mereka mengingkarinya; maka, laknat Ellaha menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu - Al-Baqarah - 89

Lalu dengan penoh kegembiraan, mereka yang menjadi penyembah Ketua-Ketua Agama menyebarkan di dalam media so-sial untuk tidak membuka Al Qur'aan sebagai tempat memohon petunjuk. Punah orang kita! 😓

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk, dan membeli azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu - Al-Baqarah, 175 Benar wahai Rabb, gerun sungguh di atas kesanggupan mereka itu! 😐

Sesungguhnya, keterangan Al Qur'aan adalah kata-kata pemutus yang sebenarnya  - At Taariq, 13
 
Namun, kata-kata pemutus dan perintah-perintah dari Qalam Ellaha pada ayat-ayat dari Surah yang dibuka itu, kata Syeikh Maulana tersebut, harus diingkari! 

Lalu masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. Pada saat ketika di akhirat, mereka yang kafir akan berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar - Al-Qamar 54:8

Tidakkah engkau hairan melihat orang-orang munafik yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'aan yang diturunkan kepada kamu? Mereka berhakim kepada Ketua-Ketua Agama (Taghut) padahal mereka diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Ketua-Ketua Agama (Taghut) itu. Dan Syaitan sentiasa menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh - An-Nisaa' 4:60

Maka, berduyun-duyun-lah ummah dengan bangganya berkongsi di Whatsapp dan so-sial media kata-kata pemutus Syeikh ini yang perlu di patuhi dan ini bermakna, mereka bersetuju dengan Syeikh (Ketua Agama in) bahawa petunjuk dari firman Ellaha pada Surah yang di buka melalui dua'a harus diingkari. Mengutamakan perintah makhluk yang dicipta dari mengutamakan perintah Sang Pencipta. Beriman dengan Kitab Ellaha. Beriman dengan para MalaikatNya - rukun ni hampa pi buang kat mana? Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan. Ibadahku, solatku mati ku hidup ku hanya untuk Ellaha - amboi!! sakan noooh hampa dok buat janji palsu bagai masa solat tanpa rasa gerun dan takut. 

Kerana orang yang takut melanggar perintah Ellaha akan menerima peringatan Al Qur'aan - Al-A'laa - 10 

Dan orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dia-lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar azab seksanya - Al-A'laa - 11 & 12

So, satu soalan ya Syeikh, apa kata jika saya tidak berhijab, dan apabila saya membuka Al Qur'aan selepas berdua dan munajat kepada Ellaha, saya di pimpin kepada Surah An Nur di mana di mukasurat tersebut terdapat ayat 31 yang memberi petunjuk untuk saya berhijab? So, saya kena tolak dan ingkar perintah Ellaha itu dan pegang pada perintah Syeikh-lah ya? Wow! Speechless!  

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia sebagai pemimpin dan ketua mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutan darinya telah melakukan syirik kepada Ellaha - Al-Nahl : 100

Agaknya, Syeikh tersebut dan mereka yang berkongsi perintah Syeikh untuk mengingkari petunjuk Al Qur'aan (yang sangat besar fitnahnya terhadap Qalam Ellaha, tanpa di sedari) "merasakan keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi kepada petunjuk Al Qur'aan - Abasa, 5. Syeikh itu dan pengikutnya merasakan bahawa, membuka Al Qur'aan itu adalah gerak "aku" kerana "aku" mampu bergerak tanpa kuasa dan daya Ellaha- di lidah Lahaula walakuata illabillah namun ..............😐 besar sungguh sifat keAkuan Firaun pada diri Syeikh dan pengikutnya ye!

Dan Ellaha berfirman: "Jangan kamu bertuhankan 2 tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang Satu; maka kepada Aku sahaja hendak kamu gerun gementar - Al-Nahl 16:51

Celaka-lah mereka yang makan roti dari Ellahu Ar Razaaq tetapi berpaling dari mentaati Qalam-Nya. Celaka-lah saya sekiranya mengingkari dan menjauhi peringatan dan petunjuk dari Pencipta yang mencipta saya dengan sifat Ar Rahman Ar Raheem, yang memberi saya nafas untuk hidup dan makan minum serta tempat berteduh lalu berpaling untuk tunduk patuh kepada perintah Sheikh Maulana ini yang saya pun x kenal siapa dia, sebagai petunjuk (tanpa hampa sedari, 2 tuhan telah wujud >> maqam petunjuk dari Syeikh (yang di cipta) dan dari maqam petunjuk Ellaha (Pencipta) dan hampa dengan gembiranya pilih Syeikh ini dari Dia Yang Maha Menguasai segala urusan?) - nauzubillah min zalik.

Dan bagiNya hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadah dan ketaatan selama-lamanya; maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Ellaha -Al-Nahl 16:52

Sorry Pak Sheikh Maulana, you are not my idola, figura nor my god atau tempat saya meminta petunjuk and never ever will I obey you to disobey my Lord that I love so intensely ....... ever!!

Sesiapa yang tidak percaya kepada Ketua-Ketua Agama (Taghut) dan dia pula beriman hanya kepada Ellaha, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh yang tidak akan putus. Dan ingatlah, Ellaha Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui - Al-Baqarah 2 : 256

Aku tetap berdiri teguh umpama besi pada jalan Ellahi dan tetap memegang dan menerima peringatan Al Qur'aan kerana gerun melanggar perintahNya, dan aku tidak mahu menjadi sangat celaka dengan menjauhi perintahNya hanya kerana kata-kata seorang manusia walau gelarannya Syeikh atau Maulana, Ustaz atau Ustazah kerana mereka hanya-lah manusia biasa yang mereka sendiri sangat memerlukan petunjuk kerana mustahil mereka memiliki di tangan mereka petunjuk melainkan >> awak dua ini dapat ini, awak amal ini dapat ini, awak solat Dhuha awak dapat rizki melimpah dan macam-macam yang penoh dengan sangkaan Qs 6 : 116) >> dan aku tidak akan sesekali menjadikan mereka tempat memohon petunjuk untuk di taati di dalam urusan kehidupan dunia akhirat ku dan tidak langsung mahu mereka menjadi penyeru aku di hari pembalasan kelak.  

Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Ellaha yang memeliharaku; sesungguhnya Ellaha Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya - Ghafir, 44

Cukuplah bagi diri ku Ellaha swt sebagai penolong dan pembimbing ku dan cukuplah bagi diri ku Al Qur'aan dan sunnah Rasulullah yang berdiri hanya di atas Sunnah Illahi sebagai petunjuk yang di perintahkan ke atas diri ku supaya mentaatinya. 

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada kamu dan kepada para Nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika kamu mempersekutukan Aku maka gugur-lah  amal kamu, dan engkau tetap menjadi dari orang-orang yang rugi - Az-Zumar 39:65

Dan jangan jadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Ellaha - A-li'Imraan 3:64

Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang mereka ambil itu untuk melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu pula tidak dapat menolong diri mereka sendiri, dan tidak akan mereka diberi pertolongan dari pihak Kami - Al-Anbiyaa' 21:43

Hanya diri ku yang akan menghadapi soal jawab di dalam kubur, bukan kamu, bukan Ketua-Ketua Agama dan yang sewaktu dengannya dan tidak sesekali akan aku jadikan mereka-mereka ini sebagai sekutu bagi Ellahu Al Malikul Mulk Al Aziz kerana cukuplah Ellahi sebagai Penolong dan Guru ku. Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dan Dia-lah yang akan  aku seru hingga ke hujung nyawa kerana diri-ku hanya tertakluk di dalam genggaman kekuasaan-Nya, bukan manusia. Walau aku di cemuh, di hina, di ejek-ejek, di dustakan dan di fitnah mahupun di penjara, aku tetap kukuh dengan pendirian ku bahawa, tiada tuhan melainkan Dia dan hanya Dia-lah yang selayaknya memimpin ku ke jalan yang benar dan aku hanya berjalan di atas siratNya melalui cahaya Al Qur'aan.

Kemudian penderhaka itu mengubah perintah Kami yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas mereka yang zalim itu bala bencana dari langit - Al-Baqarah, 59

Maka, tidak hairanlah bala bencana dari langit (Covid 19).

"Besarnya rasa takut itu sesuai dengan kapasiti ilmunya" Imam Syafie

Orang yang arif tidak menuntut dan menentang dan menjatuhkan hukum, tidak melihat kuasa baginya ke atas seseorang dan tidak melihat hak baginya atas seseorang kerana bagi mereka, semuanya milik dan hak Ellaha Dia-lah Ellaha Yang Maha Berkuasa dan hanya Dia sahaja yang berhak untuk menuntut, menentang, mencela dan menghukum dan hanya Dia-lah yang selayaknya menempatkan hakNya ke atas makhluk.


Petunjuk Ellaha Vs Petunjuk Manusia


Katakanlah: "Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat atas kemudharatan diriku sendiri; dan jika aku mendapat petunjuk maka itu adalah disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat Saba', 50

Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia - Israa’, 60

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur'aan yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman - Yunus, 57

Maka, bagi al-arif, mereka berpaling daripada perantara-perantara (buku, informasi, nasihat & petunjuk manusia dan sebagainya) untuk memohon petunjuk di dalam menyelesaikan masalah dan urusan hidup di dunia dan di akhirat kerana kesibukan mereka memandang kepada Yang Maha Esa sebagai perujuk segala urusan kerana hanya Dia Yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa. Dia memiliki kemampuan, keadaan dan iradat yang sempurna yang mana apabila diisyaratkan baginya, dia mendapati Ellaha di sisi isyarat pemberi isyarat dan dia tidak ingkar akan nikmat Iradat ini. Yakni, dia memelihara iradatnya daripada bergantung dengan selainNya dan apa yang dimurkaiNya. 

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menghambakan diri kepadaKu - Adz-Dzaariyaat 51:56

Sesungguhnya mereka memperolehi makrifah (mengenal Ellaha dengan sebenar-benar pengenalan di dalam sumpah penyaksian kepada KeEsaan-Nya) dengan mengabaikan hak-hak mereka dan melaksanakan hak-hak Ellaha. Tangisannya di atas dirinya dan segala puji-pujian ke atas Penciptanya. 

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Ellaha; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta - Al-An'aam 6:116

Sebelum ini, perantara-perantara yang menyampaikan petunjuk kepada sesuatu masalah dan urusan dunia dan akhirat yang dirujuk kepadanya, kebanyakan keadaan mereka, pengetahuannya telah diliputi dengan apa yang dia berada padanya (setakat yang dipelajarinya) di mana dia hidup tanpa mengenal Pencipta dengan sebenar-benar penyaksian KeesaanNya dan dia hanya karam di dalam lautan makna yang tidak dikenalinya daripada ingatannya dengan apa yang diingati dan di hafal dan dirinya wujud dengan wujud yang didapati pada dirinya sahaja. Dia tidak memiliki kemampuan untuk mengenal Ellaha dengan sebenar-benar penyaksian (makrifah) dan dengan ini dia amatlah ingkar akan nikmat Iradat dengan kesombongannya dan membebani jiwa dan perasaannya. Maka, tiada kebijaksanaan bagi mereka yang goyah dan bingong akan sumpah penyaksiannya kerana dia melaksanakan segala tindakan yang berpaut kepada hawa nafsu, maka, apa jua tindakannya mengikatnya kepada kejahilan dan kekeliruan.

Maka, bagaimana mungkin, apabila kita sedang menghadapi masalah hidup atau ingin memohon petunjuk tentang sesuatu perkara, dapat merujuk kepada dia yang masih keliru tentang dirinya? Maka dengannya, terhenti apa yang dipandang dan dibacanya dan melalui nasihatnya, manusia kebanyakannya masuk di dalam keadaan celaka dan tidak bahagia (kemurungan, bunuh diri, kesengsaraan, fitnah, mengadu domba, menghukum orang, jiwa kosong, tidak mengenal Pencipta, solat di awangan - batin kafir (Surah An Nisaa, 142) dan lain-lain penyakit hati dan jiwa yang mengerikan - (azab sengsara di dunia).  Alangkah besar beza-nya di antara memohon petunjuk Ellaha dengan memohon petunjuk manusia.

Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya - Al Fussilat, 6

Maka, kecelakaan besarlah bagi mereka yang mencari petunjuk selain petunjuk Ellaha dengan mengambil petunjuk dari selainNya sebagai sekutu bagiNya. Sedangkan semut pun tidak yakin rezeki dari Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Ibrahim a.s menolak pertolongan malaikat semasa dia hendak di bakar kerana cukup-lah bagi mereka Ellaha sebagai Wakil dan Penolong. 


Kehidupan Tanpa Bersaksikan PetunjukNya melalui Al Qur'aan


Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya dengan tidak disaksikan sama oleh Al Qur'aan tentang sah batalnya, maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batal-lah apa yang mereka telah kerjakan - Hud 15, 16

Iaitu jalan Ellaha yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Ellaha jualah kembali segala urusan - Asy-Syuura, 53

Sesiapa yang tidak bersaksikan dengan Al Qur'aan tentang urusan kehidupan dunia-nya, maka, Ellaha akan sempurnakan apa yang mereka usahakan di dunia. Namun, balasannya di akhirat kelak adalah neraka jahanam. 

Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Ellaha; dan kepada Ellaha jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri - Al-Maaidah, 11

Surah Hud ayat 15, Ellaha memerintahkan kita berurusan dengan kehidupan dunia bersamaNya dan beralasan denganNya di atas perintah dan firmanNya. Inilah tempat perintah dan larangan, maka di atasnya ada pahala dan seksaan, kejayaan dan kerugian. Oleh itu, para Nabi, wali-waliNya dan mereka yang beriman sentiasa menghampirkan diri kepadaNya untuk setiap keputusan urusan hidup mereka dan sentiasa berada di sisiNya dengan kemenangan dan mereka sentiasa tegak dakwahNya bersamaNya. 

Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Ellaha; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak) - Al-Nahl 16:94

Sesungguhnya, cara hidup (deen) adalah penetapan undang-undang peraturanNya, maka, syariat dan hakikat di bina di atas penetapan undang-undang dan perintahNya dan kita tidak boleh mengingkarinya dan tidak sempurna iman dan Islamnya melainkan dengan yang demikian. 

Dan ingatlah, ketika Kami wahyukan kepada mu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhan-mu meliputi akan manusia dengan ilmuNya dan kekuasaan-Nya - Al Israa, 60

Ellaha memerintahkan kita beralasan dengan hidup di atas hukum dari perintah dan firmanNya bersamaNya pada siratNya dan ini adalah tuntutan syariat dan hakikat. Maka, jika sedang menghadapi masalah hidup atau mencari petunjuk, wajib memohon hanya kepada Ellaha sebagai tempat merujuk kerana mereka yang keliru di atas sumpah penyaksian, mereka hanya mampu untuk bersangka-sangka dan kebanyakan mereka hanya-lah berdusta (Surah Al-An'aam, 116).

Maka dengan perintah dan larangan, manusia terbahagi kepada bahagia dan celaka di atas pilihan-pilihan yang di buat (Surah Hud, 105).

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Ellaha, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Ellaha jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus - Hud, 56

Ellaha, Dia lah Yang Menguasai segala urusan makhlukNya. Namun, ummah tidak dibenarkan memohon petunjuk Ellaha dengan menggunakan Al Qur'aan sebagai perantara adalah sesuatu yang amat keji. Kamu ni sebenarnya sedang mengadakan peperangan dengan Ellahi tanpa kamu sedari!

Dengan Al Qur'aan, Ellaha menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan dengannya, Ellaha swt mengeluarkan mereka dari gelap-gelita kepada cahaya iman yang terang-benderang dengan izinNya; dan dengan Al Qur'aan juga, Ellaha menunjukkan mereka ke jalan yang lurus - Al-Maaida : 16

Amat menyedihkan apabila mendapati keadaan ummah yang kebanyakannya sudah tidak lagi memohon petunjuk Ellaha tentang apa yang mereka usahakan di dunia (urusan perniagaan, permasaalahan hidup, kepimpinan, kehakiman, urusan kewangan dan sebagainya). Sebaliknya, mereka lebih rela mengambil petunjuk manusia. Inilah dia syirik khafi yang sedang bergelumang di kalangan ummah tanpa di sedari. Maka, tidak hairanlah jika berlaku kebinasaan, kemungkaran, kerugian dan kesengsaraan di dalam tadbir urus kehidupan manusia: sakit kronik, kemurungan, kesusahan, kejatuhan dan lain-lain masalah hidup yang tiada kesudahannya - azab sengsara. 

Dan lebih malang lagi, ada yang bunuh diri, gila dan murung tahap mental (azab pedih) kerana tidak tahu jalan keluar dari penjara Qadr untuk kembali kepada rahmahNya. Walhal, Ellaha menunjukkan kita jalan keluar dari penjara Qadr melalui petunjuk Al Qur'aan. Dan lebih malang lagi daripada ini, perantara yang mereka ambil sebagai pemberi petunjuk selama ini, tiada daya melakukan apa-apa dan hanya mampu diam membisu seribu bahasa kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana.


Apakah Al Qu'raan Itu Jalan Yang Bengkok dan Tidak Lurus Sehingga Diperintahkan untuk mengingkari ayat-ayatNya?


Wahai orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Ellaha, dan rasul-Nya dan kitab yang Ia turunkan kepada rasul-Nya dan kepada kitab yang Ia turunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Ellaha, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata -An-Nisaa’ : 136

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Ellaha dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al Qur'aan yang Kami turunkan. Dan ingatlah, Ellaha Maha Mendalam pengetahuanNya akan segala apa yang kamu kerjakan - At Taghaabun, 8

Setelah Al Qur'aan diturunkan kepada mereka, mereka mengingkarinya: oleh itu, mereka akan mengetahuinya kelak akibat kekufurannya - As Saafaat, 170

Sesungguhnya kaum mu wahai Nabi Muhammad, masih menaruh syak yang meragukan tentang kebenaran Al Qur'aan itu - Al Fussilat, 45

Dan orang-orang yang kafir berkata: kami tidak akan beriman sama sekali dengan Al Qur'aan ini dan lain-lain kitab yang terdahulu. Dan sungguh ngeri kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu di bawa berdiri di hadapan Tuhan mereka untuk di hisab, masing-masing tuduh-menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang yang sombong takbur yang menjadi ketuanya: "kalaulah tidak kerana kamu menindas dan memperdayakan kami, tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman - As Saba, 31

Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan Al Qur'aan setelah disampaikan kepada ku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia, yang menjadikan dia sahabat karibnya - Al Furqaan, 29

Ellahi, Dia-lah Ellaha Yang Maha Tinggi Kebesaran-Nya. Keagongan dan Kemuliaan-Nya beredar di atas sifat-sifat yang bersumber daripadanya dan bersandar keatasnya: Ellahu Ar-Rabb, Ar Rahman. Maka, hanya kepada Mu kami sembah dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus yang Engkau redhai. Maka, Dia terpuji di dalam Uluhiyah, Rububiyah dan Rahmat-Nya. 

Katakanlah wahai Muhammad: patutkah aku terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku hendak mencari hakim selain dari Ellaha, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al Qur'aan yang jelas nyata kandungannya satu persatu - Al An'aam, 114

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran Al Qur'aan yang diturunkan oleh Ellaha Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan sebagai temannya yang menghasut dan menyesatkannya dan tidak renggang daripadanya - Az Zukhruf, 36

Segala pujian bagiNya, sanjungan dan kemuliaanNya pada sifat yang menyempurnakan keagonganNya. Maka, Ellaha berhak menjadi hakim Tunggal di kalangan seluruh makhlukNya dan semuanya tertakluk kepada firman, perintah dan wahyu-Nya. Sesiapa yang tidak mengindahkan wahyuNya, maka, jadilah syaitan sebagai teman rapat yang tidak renggang darinya maka bermulalah fitnah, mengadu domba, menghukum orang hasil dari hasutan teman rapat dan tanpa dia sedari, teman rapatnya itu syaitan yang bertopengkan manusia dan dia telah terkecundang kepada hasutannya.


Surah Al Fatiha - Kunci Al Mu'min


Dan bahawa sesungguhnya, inilah jalanKu yang lurus (Islam) - Al An'aam, 153

Dan kepada Ellaha jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus - Al Nahl, 9 

Sirat atau jalan yang lurus disandarkan kepada Ellaha kerana Dia yang mensyariatkan dan mengadakannya dan ia juga disandarkan kepada hamba-hambaNya kerana merekalah yang akan melalui dan berjalan diatasnya. Jalan yang menyampaikan kepada Ellaha hanya satu iaitu jalan Rasul-Nya dan kitab-Nya. Dan hanya inilah satu jalan yang lurus ke atas-Ku - Al Hijr, 41. 

Jika di sana maut, jalan mana harus aku tempuhi? Jalan yang aku ambil dari Ketua-Ketua Agama atau ke atas aku siratNya?  

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat - Al-Faatiha , 7

Kau yang aku sembah dan tidak ada jalan dan cara bagi hambaNya untuk tahu akan caranya melainkan melalui Rasul-Nya dan sunnahnya. Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan dan tidak ada jalan dan cara bagi hambaNya memohon pertolongan melainkan melalui cahaya petunjuk kebenaran, yakni, Al Qur'aan. Oleh itu, ihsan mutlak jika disandarkan kepada Al Qur'aan maka ia sebagai jalan dan laluan keselamatan untuk memperolehi nikmatNya, "mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk -l An'aam, 82

Dan jika kamu menghitung nikmat Ellaha nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya - Ibrahim, 34

Nikmat keselamatan adalah ihsan mutlak dan ihsan mutlak-Nya dilimpahkan kepada mereka yang beriman. "Mereka itulah yang tetap di atas manual arahan ke hala tuju yang selamat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sejahtera - Al Baqara, 5.

Kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka - Al An'aam, 108

Katakanlah wahai Muhammad, Al Qur'aan itu diturunkan oleh Ellaha yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi - Al Furqaan, 6

Maka, tidak patut bagi Ellaha membiarkan hambaNya tanpa petunjuk kepada perkara-perkara dan perintah-perintah yang hanya Dia Yang Maha Mengetahui akan faedahnya di dalam kehidupan dan kebangkitan hambaNya serta Dia-lah Ellaha Yang Maha Mengetahui apa yang memudaratkan hamba-Nya dan penghormatan ini adalah yang selayak bagiNya dinisbatkan kepadaNya. "Kemudian jika didatangkan petunjuk dariKu, maka, sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara - Taha, 123.


Ellahi, Dia-lah Al Haq, Yang Maha Benar, jalanNya benar dan agamaNya benar dan sesungguhnya ini adalah rahsia yang sangat indah. Maka, seorang mukmin meninggi di atas kebenaran ini dan pada keunggulan hidayah petunjukNya dan di atas landasan inilah, hidupnya tiada duka nestapa dan dia sentiasa bahagia dengan Pencipta-nya.

Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu - Al Hadiid, 3

Allah, milikNya permulaan dan pengakhiran hidup seorang hamba dan selayaknya Dia-lah Yang Maha Mengetahui zahir dan batiin manusia. Maka, dengan sifat Ar Rahman Ar Raheem, Dia memberi petunjuk hidayah ke jalan yang Dia redhai dan menjauhi kita dari perkara yang hanya Dia Maha Mengetahui apa yang dimurkaiNya. 

Maka hambanya berterusan memandang dan karam hanya kepadaNya, melihat dan merasai serta sujud kepada keEsaanNya dan tiada baginya penolong dan petunjuk selain dariNya. Dan tidak dia beriman melainkan hanya kepadaNya dan Rasulnya, malaikatNya serta kitab-kitab yang diturunkanNya.

Al Qur'aan ini ialah panduan-panduan yang membuka hati dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman - Al A'raaf, 203

Wahai Rabb, Engkaulah yang mengurniakan hidayah petunjuk kepada mereka yang Engkau telah kurniakan kepadanya nikmat petunjuk dariMu, maka, jadikanlah bahagian bagi ku dari nikmat ini dan jadikan lah aku di antara mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat hidayah ke jalan yang selamat, jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya Engkau Maha Meliputi dengan rahmatMu dan ilmuMu serta kuasaMu Maha Meliputi urusan hidup dan matiku.

Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab Al Qur'aan dan Dia-lah yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan - Al A'raaf, 196

Dan turutlah Al Qur'aan, sebaik-baik panduan hidup yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut sedang kamu tidak menyedarinya - Az Zumar, 55

Wahai saudara ku, kamu tidak akan di soal mengenai pangkat, darjat, buku, Hadith, phD, Sijil, pangkat, ilmu dari info/data dan sebagainya di akhirat kelak. Tetapi, kamu akan disoal mengenai kandungan isi Al Qur'aan dan amalan yang kamu bawa di atas landasannya "sesungguhnya Al Qur'aan yang memberikan mu kemuliaan dan peringatan yang akan ditanya kelak tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan - Az Zukhruf, 44.  

Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz di dalam buku "Tafsir Al Qur'aan Nik Abdul Aziz Nik Mat - Surah Al Nas, Surah Al Falaq dan Surah Al Ikhlas (yang dihadiahkan oleh seorang anak murid yang dikasihi dan di rahmati Ellaha) :
Apabila kamu membaca Al Qur'aan, kamu kena reti bahawa Al-Qur'aan ini adalah Qalam Ellaha bukannya percakapan orang lain dan bukan juga percakapan Muhammad. Hendak percaya, percaya! Tokse (tidak mahu) percaya, sudoh! (lantaklah!)" Itu orang panggil kira main kasar-lah. Ketika Tuhan mongoh (marah), kena marahlah!" 

Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Ellaha dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat - Al-An'aam 6:94

******** Duduk diam-diam dan cari jawapan, siapa Tuhan kamu? Ini soalan utama yang tiada seorang pun dapat lepas darinya semasa ajal menjemput. Masuk kubor nanti, tidak dapat dah nak kembali ke dunia untuk memperbetulkan kesilapan. Maka, sibok-kan diri mencari jawapan Siapa Tuhan kamu dari sibok-kan diri berkongsi fitnah di dalam media SO-SIAL. Virus datang menjemput tidak kira masa dan waktu. Hati-hati. Kot di jemput balik secara mengejut, tak sempat pula nak dapatkan jawapan dan tak sempat pula nak delete perkongsian fitnah besar terhadap Ellaha. Hampa x gerun ka?

Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir (golongan yang tidak percaya kepada ayat-ayat Mu) - Al-Baqara : 250 
aamiin Ya Rabb💓💕💝

2 comments:

  1. Brilliant ....lack of a better word ...Million thanks ... Allahuakbar !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear. All praises belong to Allah swt. Stay blessed.

      Delete

Would love to hear from you.