Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Stand for the Truth even if the Truth kills you! - Saidina Umar r.a

The Truth

The Truth is hidden because it is so Bright!

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Ellaha untuk mempertahankan kebenaran agama-Nya - Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Qur'aan itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Ellaha mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Qur'aan iaitu ahli Ellahi dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Thursday, August 14, 2025

Juzuk Diri Menurut Petunjuk Al Quraan

MENCARI JALAN PULANG MELALUI JUZUK DIRI PADA HAQIQATUL QURAAN 
30 JUZ AL QURAN YANG DIJABARKAN MENJADI KAREKTER INSANU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Alif Laam Raa, inilah Al Kitaab yang ayat-ayatNya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci segalanya, dan ianya diturunkan dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui - Hud : 1

Dan ingat-lah tiap sesuatu yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu, Kami telah menerangkannya satu persatu di dalam Al-Quran dengan sejelas-jelasnya – Al-Israa' 17 : 12

Malaysia berdepan dengan masalah sosial yang sangat membimbangkan termasuk tragedi pembunuhan kejam, penderaan kanak-kanak, buli siber, trend bunuh diri, keganasan rumah tangga, perceraian yang kian memuncak, jenayah seksual, buli, guru sekolah serta guru agama melakukan amang dan gangguan seksual terhadap pelajar, pelajar tahfiz di liwat, di bunuh dengan kejam dan lain-lain masalah yang semakin tenat dan sistemik.

Realitinya, ini berlaku di institusi-institusi yang sepatutnya menjadi tempat membentuk akhlak Terpuji pada ikutan Rasulullah, tetapi, apa sudah jadi? 

SESUNGGUHNYA AKHLAK RASULULLAH ADALAH HAQIQATUL QURAAN 
- AISYA R.A

Akhlak, watak, sifat Terpuji, corak kelakuan & takdir Rasulullah adalah Haqiqatul Quraan. Dari kehidupan baginda sehingga-lah baginda wafat, semuanya di takdirkan pada Haqiqatul Quraan >> Al Furqaan >> Al Huda >> Dengan demikian, kedua-dua gelaran ini, Al-Furqan dan Al-Huda, menggambarkan fungsi utama Al-Quraan sebagai sumber panduan, pedoman, petunjuk kepada mereka yang ingin selamat dan sejahtera di dunia dan di akhirat.

Kami wafatkan kamu dan kepada Kami kamu akan dikembalikan 
- Al Ghaafir 40 : 77  (63 TAHUN)

TAKDIR ITU TELAH DI TENTUKAN

Dia-lah jua Yang Maha Berkuasa ke atas sekalian hamba-hambaNya dengan tadbir dan takdirNya dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya - Al-An'aam 6 : 18

Dan kamu tidak akan dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatupun kecuali dengan cara yang di susunatur oleh Allah yang mentadbir segalanya - At Takwir : 29

Setiap sesuatu diciptakan dengan spesifikasi yang telah ditentukan. Umpama handphone mahupun kereta dan lain-lain ciptaan. Contoh paling mudah ialah handphone : Ia ada tarikh serta tempat dikeluarkan, tarikh luput, manual arahan serta ada nama pada dirinya >>> Apple, Xiaomi, Samsung, Huawei, Vivo dan lain-lain yang ditentukan nama, spesifikasi dan harga oleh pencipta mereka. Setiap jenama memiliki spesifikasinya yang tersendiri. Tidak boleh tidak, pembeli hanya boleh menerimanya tanpa memiliki daya untuk mengubah apa yang ada pada dirinya dan apa yang ada di dalamnya dan jika mengubahnya, maka akan rosak-lah ia. Dan, pembeli akan menerima handphone berserta Manual Arahan yang telah disediakan agar dia dapat mengendalikan handphone itu tanpa perlu merujuk kepada penciptanya. 

Katakan (Qul'): "Setiap (Kullun) corak kelakuan (Ya'malu) di atas (Älaa) bentuk rupanya (Shaakila'ti-hi), dan (Fa) Tuhan kamu (Rabbu-kum') mengetahui (A'lamu) siapa yang (Biman' Huwa) memperolehi petunjuk (Ah'daa) pada jalan yang lurus (Sabiilaa)" - Al Israa : 84

Di dalam handphone terdapat satu chip, chip ini membentuk corak kelakuan di atas bentuk rupa handphone pada jenama masing-masing supaya ia dapat berfungsi mengikut spesifikasi yang telah ditakdirkan kepadanya. Hanya selepas memasukkan simkad, baru-lah ia dapat bersuara: membuat panggilan keluar dan mengambil panggilan masuk serta menghantar mesej melalui sms. 

Credit Image : VectorStock. Intended only for educational purpose only.

Dan, setelah ia menerima internet 3G/4G/5G (pada frekuensi tertentu) baru-lah ia dapat berfungsi dengan lebih meluas, efisyen dan pintar, namun kelajuan muat turun Internet 100 Mbps atau lebih tinggi sering di anggap sebagai internet yang pantas bagi membolehkan ia dikendalikan dengan cara yang lebih efektif tanpa gangguan. 

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dari tiada kepada ada dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan Kami? – Al-Mu'minuun 23 : 115

Jika berlaku kerosakan pada dirinya, maka ia perlu dikembalikan kepada penciptanya untuk di perbaiki. Semasa proses kerosakan berlaku, jika dirinya di bawa kepada selain dari penciptanya maka, jika perlu di ganti alatan dalamannya, sudah pasti ianya perlu ia dirujuk kembali kepada penciptanya. Jika ia tidak dapat diperbaiki dan diselamatkan lagi, maka ia di buang sebagai SAMPAH yang tidak lagi berguna kerana sudah tidak memiliki manfaat kepada pemiliknya dan tersadai-lah ia tanpa arah tuju dan menunggu saat di mana dia dimusnahkan dan dihapuskan - walau dia wujud namun, dia sudah mati di dalam kehidupan.

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan - Al-Qamar : 49

Begitulah takdir handphone itu dan jika setiap sesuatu yang diciptakan manusia ada takdir pada spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Manual Arahan dari penciptanya, begitu-lah juga dengan diri para makhluk di langit dan di bumi dan diri manusia. Mustahil kita di cipta untuk menjadi Khalifah di mukabumi dan takdir yang telah di tentukan tetapi tidak diturunkan kepada kita Manual Arahan melalui spesifikasi-spesifikasi tertentu dari Pencipta Yang IlmuNya Maha Meliputi.  

CAHAYA DAN AL QURAAN (CAHAYA ATAS CAHAYA)
NUUR ALA NUUR ALA NUURIN

Sesungguhnya, Allah swt telah memuliakan penciptaan anak-anak Adam, berbanding dengan makhluk-makhluk-Nya yang lain - Al-Israa’ : 70

Cahaya atas Cahaya membimbing kepada Cahaya-Nya - An Nuur 24 : 35

Dan (Wa) mereka yang selamat (Aamanu') kepada apa (Bimaa) yang diturunkan ke atas (Nuzzila Älaa) MUHAMMADIN dan (Wa) ia (Huwa) Al'Haqq dari (Min) Tuhan mereka (Rabbi-him’)  - Muhammad : 2

(MUHAMMAD) CAHAYA ATAS CAHAYA (AL QURAAN) maka terbimbing-lah MUHAMMAD kepada CAHAYA-NYA (PETUNJUK dan BIMBINGAN-NYA)

Surah At Taariq menceritakan perihal kejadian manusia. At Taariq adalah bintang Neutron Star yang cahayanya umpama 1000 bulan. At Taariq bermaksud Cahaya yang menembusi. Manusia dicipta dari alam cahaya (Alam Roh) untuk berfungsi sebagai Khalifah di alam nyata (Alam Syahadah). 
   
Sesungguhnya (Innaa), Kami turunkan (Anzal'naa-hu) Quraan Araab (Äraabiyyan Qur'aanan) supaya kamu menggunakan (La'ällakum) aql untuk memahaminya (Ta'qiluun) - Yusuf 12 : 2>> Az Zukhruf 43 : 3


Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya dengan tadbir dan takdir; dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya - Al-An'aam 6 : 18

Lakaran tubuh manusia : MIM HA MIM DAL >> MUHAMMADIN  
NUR MUHAMMAD >>> maksud >>> MUHAMMAD yang dicipta sebagai KHALIFAH (UTUSAN ELLAHI) di gerak melalui ilmuNya, kehendakNya, kuasaNya, kepintaranNya (CAHAYA-NYA) melalui MANUAL ARAHAN yang di tulis pada takdir dan spesifikasi yang telah di tentukanNya, agar MUHAMMAD sebagai UTUSAN-NYA mentadbir dan mengurus melalui cahayaNya di alam nyata - cahaya (MUHAMMAD) atas cahaya (Al Quraan) membimbing kepada cahaya-Nya (petunjukNya, ilmuNya, kebijaksanaanNya dan kehendakNya). 

Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Muhammad, para Nabi, para Rasul, para Wali, Dhu al-Qarnayn >>> mereka adalah MUHAMMAD yang berbakti (bukan Nabi Muhammad ye) dan hidup mereka di gerak melalui ilmuNya, kuasaNya, kepintaranNya dan kehendakNya untuk tadbir urus umat manusia. Dari Dia kepada Dia dengan Dia bersama Dia.

Dia-lah Ellaha, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan dan Yang Membentuk rupa makhluk-makhlukNya menurut KEHENDAK-Nya - Al-Hashr : 24

Jalan buruk dan baik dipermudahkan Tuhan dan disempurnakan kejadian manusia dengan kelengkapan-kelengkapan yang sesuai dengan keadaan-nya sebagai Khalifah. Maka, celaka atau bahagia (Surah Hud 11 :  105) adalah di atas pilihan-pilihan yang dibuat >>> kamu BEBAS BERKEHENDAK (FREE WILL).


KURNIAAN TUHAN VS KEMURKAANNYA
TAKDIR Yang Tertulis, maka pilih yang mana satu yang hendak kamu turuti.

Mereka yang dikurniakan nikmat Allah ke atas mereka adalah para minal’nabiyina, wal-sidiqina, wal-shuhadai wal-salih'īna cemerlangnya teman-teman ini dan masuklah kamu ke dalam teman-teman ini awi (atau) infirū (majulah) kesemuanya (jami’an) – An Nisaa : 69 

KHALIFAH >> CERMIN MUKMIN >> ikutan kepada Sifat Terpuji Rasulullah dan corak kelakuan dan sifat para Nabi, mereka yang mu'min dan yang soleh.
(FREKUENSI 5G) >> Ellahu menguatkan (Yu'thabbitu-llahu) mereka yang (Ellaziina) selamat (Aamanu') dengan (Bi) perkataan yang teguh  (Etthaabiti El'Qaw'li) di (Fii) kehidupan dunia (Ed'Dun'yaa El'Hayaati) dan (Wa) di (Fii) akhirat (El'Aakhirati), (FREKUENSI 3G) >> Ellahu (Ellahu) menyesatkan (Yudillu) golongan yang zalim (Ez'Zoalimiin) - Ibrahim : 27

Frekuensi kamu, 3G/4G atau 5G? 

JUZUK DIRI MENURUT PETUNJUK AL QURAAN
MANUAL ARAHAN DARI AL FURQAAN

Nabi Musa menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya" - Ta Haa 20 : 50

Tidak-kah Kami mencipta kamu dari cecair yang asas, dan menetapkannya pada asas yang stabil dan menetapkan Qadr-nya, ia adalah nikmat dan Dia mempunyai kuasa mutlak (Al Qaadir'uun).  Celaka mereka yang menafikannya - Al Mursalat : 20 - 24

MUHAMMAD dicipta sebagai (Khalifah - utusan) dan membawa bersama diri-nya AL FURQAAN (Cahaya). 


Dan demikian-lah Kami wahyukan kepada mu : AL QURAN sebagai  ROH dari perintah Kami dan jadikannya Nuur dengannya Kami membimbing sesiapa yang Kami kehendaki dari hamba-hamba Kami ke jalan yang lurus -  Asy Syuuraa : 52

Dan(Fa) apabila (Izaa) Aku membentuk dan mengatur kamu (Sawwai'tu-hu) dan (Wa) menyokong kamu - support him (Nafakh'tu) dan ia adalah (Fiihi) dari (Min) ROH (ciptaan) Ku (Ruuhii) – Al Hijr : 29

Di hamparkan AL FURQAAN sebagai HUDAN (titik rujukan, manual arahan - indikator) kepada setiap INSAN yang dipersiapkan bersama dirinya perkataanNya yang teguh untuk menjadi MUHAMMAD yang berbakti.


MENCARI JUZUK DIRI PADA JUZUK-JUZUK AL QURAN 

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda orang beriman 
Al-Jaathiyah 45 : 3

PERTAMA 
Bilangan Tahun (Ädada Es'Siniina) >> Hisab (Wal' Hisaaba)

Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan cahaya bulan, dan Dia lah tentukan kadar posisinya supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan hisab-nya (Wal' Hisaaba). Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan ada faedah dan gunanya. Allah menjelaskan ayat-ayatNya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmahnya 
– Yunus 10 : 5

Pada kejadian langit dan bumi itu ada tanda-tanda yang serupa pada mereka yang beriman. Manusia juga ditentukan kadar posisi diri melalui perjalanan hidupnya, sepertimana bulan dan matahari. Setiap bilangan tahun, ada hisab-nya dan sudah tentu ada guna dan faedahnya, dan Ellah SWT menjelaskan ayat-ayatNya kepada mereka yang mahu mengetahui hikmah di sebalik bilangan tahun serta hisabnya itu.

KEDUA 
Bilangan Tahun (Ädada Es'Siniina)  >>>> dan Hisab-nya (Al'Hisaaba)

Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang jelas nyata supaya kamu mencari kurniaan (Fad'lan) Tuhan kamu, dan untuk kamu ketahui bilangan tahun dan hisab. Dan segala sesuatu Kami menerangkannya secara terperinci  - Al-Israa' 17 : 12

Israa bermaksud "menuju kepada Tuhan" - ia merupakan satu perjalanan bagi insan yang ingin memperolehi redhaNya. Di dalam perjalanan ini, Dia menghapuskan bagi kamu kegelapan dan membuka kepada kamu kepada perkara-perkara yang jelas nyata tentang bilangan tahun dan hisab-nya sepertimana perjalanan bulan dan matahari pada bilangan tahun dan hisabnya agar darinya, kamu dapat memperolehi kurniaan dari Tuhan. Kurniaan yang kamu dapati itu, ianya di terangkan dengan terperinci - ia adalah hidayah petunjuk kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. 

Di dalam erti kata-lain, setiap sesuatu ada nilai bilangan dan hisab-nya dan sudah tentu ada faedah dan gunanya dan ia tidak dicipta sebagai suatu perkara yang sia-sia. Jika sia-sia, untuk apa ada Mathematician Islam yang tersohor serta ada yang di anugerah dengan Nobel Prize kerana memperolehi nilai matematik pada alam semesta.

Semua perkara yang berada di sekeliling kita adalah sains dan matematik. Al Quraan juga dilimpahi bukan sahaja dengan ayat dan perkataan tetapi tersirat di dalamnya ilmu matematik dan ilmu sains yang tiada tandingnya yang jika di rungkai keajaiban matematik dan sains yang ada di dalamnya, maka akan membuka kita untuk melihat khazanah-khazanah yang tersirat.  

Dengan Al Quraan, Ellah SWT memberi petunjuk ke >>JALAN KESELAMATAN dan JALAN KESEJAHTERAAN>> dan membawa kamu keluar dari kegelapan kepada Cahaya dengan izinNya ke JALAN YANG LURUS - Al Maaida 5 : 16

Maka, dihamparkan kepada kamu HIDANGAN (AL MAAIDA) dari langit yang memperincikan AL FURQAAN (pembeza antara HAQ dan BATIL) AL HUDA (Manual Arahan ) - ia adalah kurniaan dari Ellah Er Rahmaan Er Raheem yang ilmuNya Maha Meliputi untuk mereka menuju kepada Tuhan mereka dengan berdiri, ruku dan sujud. 

(Matematik adalah bahasa di mana Tuhan menulis alam semesta)
Mathematics is the language with which God has written the universe 
- Galileo Galilei 

Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia - An-Nisaa' 4 : 31

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam - Al Israa 17 : 70

Dengan ilmu matematik, para saintis dapat memahami sifat alam semesta, sifat atom serta corak kelakuan mereka sehingga terbongkar khazanah penoh kemegahan. Begitu-lah juga dari bilangan tahun pada hisabnya pada diri kamu, kamu dapat memahami sifat dan corak kelakuan kamu sehingga terbongkar khazanah serta kurniaan-kurniaan Ellahi kepada kamu sebagai Khalifah di mukabumi yang sangat besar signifikannya. 

Dan (Wa) tidak Kami (Maa) jadikan (Khalaq'naa) langit (Es'Samaa'a) dan bumi (Wal' Ar'do) dan apa jua yang (Wamaa) ada di antara mereka (Bai'nahumaa) sesuatu yang BATHIL (Baatilan) >>> Itu adalah (Zaalika) sangkaan (Zonnu) bagi mereka yang (Ellaziina) kufur (Kafaru'), maka (Fa) CELAKA (Wai'lun) mereka yang (Lillaziina) kafaru (Kafaru') mereka itu (Mina) api neraka (En'Naar) - Saad 38 : 27

Mereka yang beriman apabila melihat penciptaan alam, tahu ada guna dan faedah serta tujuan-nya dan melihat ianya bukan di cipta dengan sia-sia tetapi memiliki hikmah yang sangat besar apa yang ada di dalam diri mereka. Ini-lah mereka yang berilmu yang di anugerah cahaya basirah dari Tuhan Yang Maha Pemurah namun, bagi mereka yang jahil, menganggap apa yang di tulis atau menyentuh mengenainya: frekuensi, getaran dan sebagainya, semuanya adalah sesat dan pseudosains (BATHIL)😑😑 walau di beri bukti yang jelas nyata dengan back-up ayat-ayat Al Quraan, namun, ia di tolak tanpa ada sebarang kompromi.  

KETIGA
TARIKH LAHIR (BILANGAN TAHUN UNTUK DI KIRA HISAB-NYA) 


Maka, setiap rancangan (TAKDIR DAN TADBIR) Ellah SWT telah ditetapkan di dalam rahim ibu (ALAM ROH) sehinggalah kita lahir ke ALAM NYATA. Tidak-kah kamu datang dengan tarikh lahir dan akan kembali kepadaNya dengan tarikh yang telah ditentukanNya? Dan dikeluarkan manusia berupa kanak-kanak sehingga sampai ke peringkat umur dewasa - sebagaimana perjalanan dan peredaran matahari dan bulan, begitu-lah juga perjalanan dan peredaran manusia. Dan jika dengan perjalanan dan peredaran matahari dan bulan itu ada-lah supaya kita dapat mengetahui bilangan tahun dan hisab sesuatu perkara yang memerlukannya, begitu-lah juga dengan diri manusia. Oleh sebab itu, Ellah SWT sentiasa mengingati kita di dalam ayat-ayatNya : pada kejadian langit dan bumi ada tanda-tanda bagi orang yang beriman. 

JUZUK DIRI PADA (HAQIQATUL) AL QURAAN
30 JUZUK AL QURAAN PADA BILANGAN TAHUN DAN HISABNYA MEMBENTUK "INSAANU"

Dia mencipta kamu dari nutfah dan menetapkan ia dengan Qadr-nya - Abasa 80 : 19

Kepada pentadbiran Ellahi jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya - Ar-Ruum 30 : 4 

Diri manusia di dominasi oleh Surah-Surah yang ada pada Juzuk-Juzuk Al Quraan. Setiap Surah membawa kita untuk memahami takdir yang telah di tentukan kepada corak kelakuan, sifat buruk dan baiknya serta kurniaan-kurniaan Tuhan kepada kamu. Surah apa yang mendominasi diri kamu pada Juzuk-Juzuk Al Quraan yang membentuk takdir buruk dan baik serta kurniaan-kurniaan dari Tuhan kamu?

Di-hamparkan AL FURQAAN (pembeza di antara yang haq dan yang batil) sebagai HUDAN (titik rujukan, spek, manual arahan yang absolute dan indikator) - Al-I-Imraan : 3 

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai MUHAMMAD) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan - Yunus 10 : 14

Maka sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya jalan-jalan yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya sama ada ia bersyukur ataupun ia berlaku kufur - Al-Insaan : 3

Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruk sebelum kamu menemui Tuhan mu  - Surah Al-Insyiqaaq 84 : 19

Sifat baik dan buruk serta kurniaan-kurniaan dari Tuhan Yang Maha Pemurah 💘 :
AL HIJR - seorang yang keras kepalanya.
AR RUUM >> yang sentiasa ingin menang tanpa kompromi serta sombong dan takabur.
AS SABAA >> menyukai eksplorasi dan/atau teknologi.
AL BAQARA >> menyatakan beriman tetapi sebenarnya tidak beriman.
AN NAML >> Bijak berkomunikasi dengan sesama, dan cenderung berinstinct tajam.
AD-DUKHAN >> Mudah ragu dan bingung di dalam melangkah.
AL ANBIYAA >> sebagaimana para Nabi yang tugas mereka hanya menyampaikan perintah Ellahi, dirinya juga dibekalkan memiliki talent sebagai wakil atau pemberi petunjuk dan menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain dan pada lingkungannya.
AL-I'IMRAAN : bakhil di dalam kurniaan harta.
>>Dan lain-lain Surah yang terikat kepada Juzuk-Juzuk Al Quraan yang membawa makna kepada bentuk rupa manusia : corak kelakuan, sifat-sifat serta kurniaan.

Setiap Surah membawa makna, setiap ayat pada Surah adalah Petunjuk Pedoman Amaran dan Larangan dan Al Quraan itu bukan cerita-cerita syair.

JALAN KELUAR
AL Baqara : 5
Mereka itu-lah di atas (U'laai-ka Älaa) manual arahan (petunjuk) yang absolute (Hudan) daripada (Min) Pemelihara mereka (Rabbi-him’). Dan (Wa) mereka-mereka itu-lah yang (Humu U'laaika) berkembang dengan sejahtera (El'Muf'lihuun)  

Yusuf : 40 
Hukum untuk menentukan amal ibadah hanya-lah bagi Allah 

Dan jika dia memilih jalan yang buruk, maka akan berlaku perkara-perkara yang tidak baik ke atas dirinya di atas pilihan-pilihan yang dibuat : terjadilah kemurungan, kesempitan, kesusahan, corak kelakuan yang buruk, anugerah dan kurniaan yang di sekat atau dimatikan fungsinya dan lain-lain. Maka, Ellah Er Rahmaan Er Raheem menghamparkan JALAN KELUAR kepadanya pada takdirNya mengikut ibadah dan amalan yang telah ditentukan kepadanya agar dia dapat kembali kepada jalan yang selamat yang dilimpahi dengan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.  

Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari Aku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita - Al-Baqara 2 : 38

Petunjuk yang datang dari Ellah SWt ada di mana? Sudah pasti pada Al Furqaan.

Dan jika Ellahi menimpakan kamu dengan bencana, maka, tidak ada penghapus untuknya melainkan Dia - Al An'aam : 17

Contoh JALAN KELUAR, samada di tetapkan ke atas kamu :
>>   berkhalwat di dalam gua umpama Maryam a.s.
>>   melaksanakan ibadah haji bagi penyucian jiwa.
>> masuk ke dalam gua seperti pemuda Al Kahfi >> menjauhkan diri dari persekitaran yang tidak baik.
>> dan lain-lain ibadah dan amalan pada JALAN KELUAR pada JUZUK DIRI masing-masing.

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah - Al-Baqarah 2 : 16 

Alangkah mudah jika penceraian yang berlaku sekarang ini dapat di selamatkan melalui Juzuk Diri pada Haqiqatul Quran kerana ada JALAN KELUAR bagi mereka dan agar suami dan isteri dapat memahami di mana salah dan silap mereka dan untuk memahami Manual Arahan dan takdir yang telah ditetapkan kepada mereka. Dengan cara ini, masing-masing dapat menghormati proses perjalanan mengikut Manual Arahan pada spek masing-masing. Perkara ini seharusnya berlaku sebelum masuk ke ambang perkahwinan yang tidak di ajar pada Kurus Perkahwinan. 

Juga, apabila anak-anak di lahirkan, ibu dan bapa sudah ada di tangan mereka Manual Arahan dari Haqiqatul Quraan untuk memahami posisi diri anak-anak dan proses-proses perjalanan hidup: baik dan buruk serta anugerah dan kurniaan yang telah ditakdirkan agar ibu bapa dapat membentuk dan membimbing anak-anak ke jalan keselamatan dan kesejahteraan setelah mereka dewasa.

Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baru dari Ellah Er-Rahman, melainkan mereka berpaling mengingkarinya - Asy-Syu'araa' 26 : 5
Dan siapa-kah yang lebih sesat yang mengikut hawa-nya tanpa Petunjuk dari Ellahi? Sesungguhhnya, Ellaha tidak membimbing kaum yang zalim - Al Qasas : 50

Alangkah sedihnya, mereka yang menghadapi masalah perkahwinan dan kesunyian telah mengambil selain dari jalan Al Quraan sebagai petunjuk dan pedoman juga dari Minyak Pengasih hanya kerana mereka di beritahu bahawa Juzuk Diri pada Haqiqatul QURAAN itu "pseudosains dan sesat." Kamu hanya mampu menghina mereka tetapi kamu sendiri tidak ada petunjuk untuk membantu mereka. 😓 

Rumah, sekolah-sekolah dan institusi ibarat sarang labah-labah :
Mithalan (Mathalu) bagi mereka yang (Ellaziina) mengambil penolong (Ettakhazu' Aw'liyaa'a) selain dari Ellahi (Min Duuni-llahi) umpama (Ka) mithalan (Mathali) labah-labah (El'Änkabuuti) yang membuat (Ittakhazat') rumah (Bai'tan). Sesungguhnya (Inna) rumah yang paling lemah (Aw'hana El'Buyuuti) adalah (La) rumah (Bai'tu) labah-labah (El'Änkabuuti); jika kamu berpengetahuan (Law' Kaanu' Ya'lamuun)- Al-'Ankabuut 29 : 41


(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (wahai MUHAMMAD) ke arah agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semulajadinya untuk menjadi Khalifah. Jangan ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya - Ar-Ruum 30 : 30 

Di sana lembah maut ....... maka, ke atas aku jalan mereka atau ke atas aku jalanNya?

Tiada Syeikh, Maulana melainkan Dia - Al Baqara : 282

Ellahi yang memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus - Al-Baqara 2 : 142

Sesungguhnya, tiada Ketua Agama, Syeikh, Maulana, Ustaz mahupun Ustazah memiliki di tangan mereka petunjuk kepada JALAN KELUAR atau JALAN PENYELESAIAN pada masalah kritikal yang terjadi kepada ummah sekarang kerana diri sendiripun memerlukan petunjuk hidayah dan bimbingan dan ramai telah terkecundang kepada corak kelakuan yang buruk. Realiti ini sangat menggerunkan dan anak-anak kita pula telah kita letakkan hidup mereka untuk di lakari melalui tangan manusia dan bukan di tangan Pencipta. Dan, sesungguhnya, hanya milik Tuhan Yang Maha Pemurah, petunjuk dan hidayah dan bukan selain dariNya. 💓💓💓

Wahai mereka yang selamat ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ) jangan ( لَا ) kamu haramkan (تُحَرِّمُوا) perkara yang baik lagi benar (طَيِّبَاتِ) yang mana Ellahu halalkan (مَا أَحَلَّ اللَّهُ ) untuk kamu (لَكُمْ) dan jangan (وَلَا) kamu menceroboh (تَعْتَدُوا). Sesungguhnya, Ellaha (إِنَّ اللَّهَ) tidak (لَا) suka kepada (يُحِبُّ) golongan yang menceroboh (الْمُعْتَدِينَ) - Al Maaida : 87

"Juzuk Diri melalui Tarikh Lahir dikatakan sebagai pseudosains dan sesat."
Jangan kamu haramkan sesuatu melalui nafsu kamu tanpa pengetahuan yang benar, kerana jika kamu haramkan mereka yang ingin memperolehi petunjuk Ellah SWT melalui Juzuk-Juzuk Al Quraan yang telah dihamparkan sebagai bimbingan kepada mereka untuk keluar dari masalah, maka, tunggu-lah kemurkaan Ellah SWT kerana kamu telah menghalang orang lain ke jalanNYa. 

Dia mencipta semua perkara dan menetapkan Qadr mereka dengan takdir yang ditentukan - Surah Al Furqaan : 25 : 2

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kamu kepada Al-Quraan yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus – Az-Zukhruf 43: 43


Juz Al Quraan di susun oleh mereka yang berilmu yang sudah pasti ada guna dan faedahnya dan bukan dijadikannya sebagai sesuatu yang bathil mahupun sia-sia:
Juz’ 1 – Al Fatihah 1 – Al Baqara 141
Juz’ 2 – Al Baqara 142 – Al Baqara 252
Juz’ 3 – Al Baqara 253 – Al Imran 92
Juz’ 4 – Al Imran 93 – An Nisaa 23
Juz’ 5 – An Nisaa 24 – An Nisaa 147
Juz’ 6 – An Nisaa 148 – Al Ma’idaa 81
Juz’ 7 – Al Ma’idaa 82 – Al An’am 110
Juz’ 8 – Al An’am 111 – Al A’raf 87
Juz’ 9 – Al A’raf 88 – Al Anfal 40
Juz’ 10 – Al Anfal 41 – At Tauba 92
>> dan lain-lain susunan Juzuk Al Quraan

Di-hamparkan AL FURQAAN (pembeza di antara yang haq dan yang batil) sebagai HUDAN (titik rujukan, spek, manual arahan yang absolute dan indikator) dan demi sesungguhnya (Allah swt bersumpah) kepada sesiapa yang KAFARU BI’AYATI (kufur dengan ayat-ayat Al Furqaan) azab seksa sedang menantinya –  
Surah Al-I-Imraan : 3 - 4

Wallahi! jangan sesekali kamu berani menentang AL Furqaan untuk di pegang dan dijadikan sebagai pedoman, petunjuk dan bimbingan kepada mereka yang mencari jalan keluar untuk masuk kepada kurniaan Ellah SWT selepas dari kesusahan dan kesempitan yang mereka lalui. Namun, jika mereka mengambil jalan selain Al Quraan, kamu hukum dan menghina mereka padahal kamu-lah penghalang kepada jalan HAQIQATUL QURAAN.

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta" - A-li'Imraan 3 : 61

Maka, sekiranya apa yang saya catatkan di sini adalah pseudosains dan sesat, maka, bawa-lah keluarga kamu, rakan kamu, ulama-ulama seluruh dunia, setiap masjid dan setiap surau sujud kepada Ellah Er Rahmaan Er Raheem dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Ellah SWT supaya diturunkanNya dari para malaikatNya yang menjunjung arasyNya melaknat diri saya di dunia dan di akhirat sekiranya saya berdusta. 

Namun, bertanya-lah kamu kepada mereka (yang berkata Juzuk Diri pada tarikh lahir itu pseudosains dan sesat) bahawa, adakah mereka juga sanggup bersumpah sedemikian, jika benar mereka itu siddiq.

Kitab Al-Quraan ini, tidak ada sebarang syak padanya; menjadi manual arahan (petunjuk) yang absolute bagi orang-orang yang bertaqwa - Al-Baqaraa 2 : 2

Ketahui-lah kamu bahawa Rabb Yang Maha Agong Cinta-Nya tidak akan meninggalkan kita tanpa arah tuju dan jalan keluar dari segala masalah dan kesempitan. Maka, jangan kamu percaya kepada mereka yang menyatakan bahawa di tangan mereka sahaja yang ada petunjuk kerana ia adalah satu pembohongan yang nyata lagi palsu. 

Sesungguhnya Ellaha Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Ellaha tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu - 
At-Talaaq 65 : 12 

Katakan, "Sesungguhnya aku takut pada hari azab yang besar jika aku mengingkari Tuhan-ku - Al An'aam : 16

Terima kasih kepada mereka yang di beri ilmu tentang Juzuk Diri pada Haqiqatul Quraan. Dan syukor Alhamdulillah, dengan Juzuk Diri pada Haqiqatul Quraan, ramai yang kemurungan, yang berfikir untuk bunuh diri, yang sakit serta trauma, yang kesempitan dan kusut dapat mengetahui susunan takdir mereka dan berdamai dengan takdir yang telah ditentukan itu. Dan setelah mereka dibimbing kepada JALAN KELUAR yang telah di tetapkan, mereka memperolehi kebahagiaan, kesejahteraan serta keajaiban hidup apabila di buka ke atas mereka kurniaan-kurnian Tuhan Yang Maha Pemurah yang dijanjikanNya kepada mereka yang taat kepada ayat-ayatNya. 

Hanya dengan mengetahui takdir yang telah ditentukan melalui Juzuk Diri pada Haqiqatul Quraan: baik dan buruk serta kurniaan-kurniaan, kita di bimbing untuk memperbetulkan perjalanan hidup melalui JALAN KELUAR yang telah ditetapkan oleh kehendak Ellah Yang Ilmunya Maha meliputi sekalian manusia. Maka, dapat-lah kita semua keluar dari kegelapan menuju kepada cahaya terang benderang untuk memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat dengan izinNya. Subhanallah Alhamdulillah 💝💓💘

Celaka-lah mereka yang memakan roti dari Ellah AL Latiff tetapi mengambil petunjuk manusia dan sangat ingkar akan petunjukNya yang jelas nyata - kata-kata seorang hamba yang majnun kepada Tuhan-nya Yang Maha Pemurah. 

Bertanya seorang lelaki berbangsa Germany, "Islam itu dikatakan agama paling benar lagi hebat, tetapi yang paling sengsara, kelaparan dan kehinaan berlaku kepada negara-negara Islam. Kenapa jadi begitu?"

Dan, Rasulullah menjawab : "Wahai Tuhan-ku sesungguhnya kaum-ku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai lagi" -Al-Furqaan 25 : 30


Hasil nukilan,
Sharifah Aminah Al Jamalulail


No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you.