Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Huwa'llahu Ahad Ellahu As-Somadu, may you grant me to arrive at the gate of “Bismillah," fanaa my soul in the grandeur of “Alhamdulillah" and may my body, mind and soul immersed in the bliss of “Subhanallah” during the nights of Laylatul’Qadr - Maryam

The Truth

THE TRUTH IS HIDDEN BECAUSE IT'S SO BRIGHT.

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Allah kerana mempertahankan kebenaran agama-Nya - Surah Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Quran itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Allah swt mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Quran iaitu ahli Allah swt dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Friday, 19 January 2024

Amalan Melalui Petunjuk Al Quran atau Amalan Melalui Otak Sangka Orang Kebanyakan?

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta - Surah Al-An'aam 6 : 116

Rasulullah bersabda: akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia. Pendusta dipercayai, orang yang jujur didustakan. Amanah diberikan pada pengkhianat, orang yang jujur di khianati dan Ruwaibidlah turut berbicara.

Lalu sahabat bertanya : apakah Ruwaibidlah itu ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab : orang-orang bodoh yang mengurus urusan umat (orang ramai).

Bertanya seorang anak murid kepada Gurunya yang taksub dan gila pada Tuhannya. Wahai Guru ku, apakah contoh Ruwaibidlah itu, lalu Guru menjawab, apabila dia menyampaikan perintah Ellah swt, dia mentafsirnya mengikut sangkaan dan pendapatnya.

Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ketua-ketua agama mereka sebagai pendidik selain Elah swt - Surah At Taubah : 31

Contoh Pertama: Mengajak manusia bersadaqah agar memperolehi ganjaran berganda dalam pusingan harta dan wang ringgit. Maka, berduyun-duyun-lah manusia bersadaqah dengan harapan memperolehi ganjaran berganda-ganda pada pusingan harta dan wang ringgit serta untuk mendapat premium tiket ke syurga.

Hakikat yang sebenar:

Sadaqah mengharapkan keredhaan Allah swt, kamu akan dilimpahi dengan limpahan dari rahmahNya. Sadaqah mengharapkan pemberian dunia hanya ada di dalam Talmud "hendaklah kamu bersadaqah untuk menjadi kaya."

Guru berkata lagi, maka jika kamu bersadaqah dengan niat memperolehi keredhaan Tuhan mu semata-mata tanpa ada niat disebaliknya walau sebesar zarah, maka kamu akan dilimpahi dengan apa yang Tuhan kamu telah janjikan pada Surah Al Baqarah ayat 261 :  

Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya - Surah Al-Baqarah 2 : 261

Contoh Kedua: Mengajak manusia bersyukor dengan menyebut "Alhamdulillah" apabila dilimpahi dengan harta benda dan kebaikan agar dilimpahi dengan lebih banyak pusingan harta serta untuk memperolehi lain-lain kebaikan dunia.

Hakikat yang sebenar.


Dan kalaulah Nabi Muhammad mengada sebarang kata-kata rekaan yang menentang firman Kami sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami. Kemudian pasti Kami akan memutuskan urat jantungnya supaya ia mati dengan serta-merta. Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang tindakan Kami itu daripada menimpanya - Surah Al-Haaqqah 69 : 46

Adakah Nabi Muhammad berani mengadakan sebarang kata-kata rekaan yang menentang Tuhannya? Amat gerun apabila ada manusia yang berani menukar perkataan Ellah swt dan menyatakan ianya dari Nabi kerana sesungguhnya Nabi tidak sekali-kali akan mengubah perkataan Rabbnya. 


Dan ia (Nabi Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri - Surah An-Najm 53 : 3 


Guru ku yang taksub dan gila akan Tuhan-nya dan perintah-perintah serta QalamNya menyudahi perbicaraan dengan nasihat: 

Elah SWT adalah Al-Haq [Qs 22 : 6] di mana kebenaran sejati itu adalah bersumber dari Ellah. Oleh kerana itu, segala sesuatu yang tidak bersumber, berpedoman dan atau berlawan dengan keputusan, perintah, hukum dan wahyu Ellah adalah kebathilan [Qs 22 : 62 dan Qs 31 : 30] dan kesesatan [Qs 10 : 32].

Semoga Allah swt menjadikan kita orang yang taat mendengar perkataanNya ketika orang lain mempersembahkan diri mereka kepada ketua dan tuan-tuan mereka - kata-kata seorang yang gila, majnun dan taksub akan Tuhannya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "Tidak, bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka menurutnya sekalipun datuk nenek mereka itu tidak faham sesuatu apa pun tentang perkara-perkara agama, dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah dari Ellah? - Surah Al-Baqarah 2 : 170

No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you. Thank you. Love and Light.