Quotes

My heart is burning with Love, all can see this flame. My heart is pulsing with passion like waves on an ocean. My friends have become strangers, and I am surrounded by enemies. But I am free as the wind, no longer hurt by those who reproach me.
Cahaya bagi hati adalah ilmu agama. Cahaya bagi aql adalah ilmu sains. Apabila kedua-duanya bergabung maka terpancarlah hakikat. Ketika ia dipisahkan, pertamanya akan menjadi penyakit taksub dan keduanya terjadi penyakit was-was dan syubhah - Bediuzzaman Said Nursi.
Those were seen wandering and dancing were thought to be insane by those who could not hear the music - Friedrich Nietzsche

The Truth

THE TRUTH IS HIDDEN BECAUSE IT'S SO BRIGHT.

Songs and Music

When I am silent, yearning Him speaks for itself and my soul dance to the rhythm of Love - Sallina Ismail
Let No One Ignorant of Oneness Enter!
Berperanglah kamu pada jalan Allah kerana mempertahankan kebenaran agama-Nya - Surah Al Baqara : 244

Ahli Quran

Al Quran itu petunjuk bagi orang yang berserah diri - An Nahl : 89 >>>> Allah swt mempunyai ahli dari kalangan manusia. Para sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka adalah ahli Al-Quran iaitu ahli Allah swt dan golongan pilihan-Nya" - Riwayat Ibnu Majah No. 215 dan Ahmad No. 11870

Wednesday, 1 October 2025

Al Akhirat >> Nak bawa balik apa?

Bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan serta kedahsyatan bertindih-tindih - Surah Al-Qiaamah: 28 - 29

Maka di sana maut! Lembah mana yang akan aku lalui? >>> atas jalan aku atau ke atas aku jalan-Nya?
19 Hurofs
MIM HA MIM DAL : 92   
(9 + 2 = 11 > 4+7) 47. SURAH MUHAMMAD   
47. Muhammad 19 Hurofs Bismillahirrahmaaniraheem
47 Muhammad : 1 dan 9 dan 19
1. Sesiapa yang kafaru dan berpaling dari jalan Ellahi (Sabiili-llahi), amalan mereka adalah sia-sia. 
9. Ini adalah kerana mereka membenci apa yang Tuhan mereka dedahkan kepada mereka maka Ellahu gagalkan amalan mereka. 
19. Ketahui bahawa tiada tuhan melainkan Ellahu. Is'tag'fir' pada dosa kamu! Ellahu mengetahui setiap gerak kamu dan di mana kediaman kamu!

Berani ke nak bawa balik amal? 
Adakah benar kamu pelihara solat dengan memegang amanah yang dijanjikan kamu kepada Tuhan kamu di dalam solat kamu itu? Al Fatiha. Al Ikhlas. Doa Iftitah. 
Fahamkah kamu Al Fatiha Al Ikhlaas dan Doa Iftitah? Atau sekadar lafaz di bibir dengan hati yang kosong dan kemudian di lupakan selepas pada itu kerana sibok dengan urusan dunia. 

Kusyuk-kah solat kamu?
An Nisaa : 142
Sesungguhnya mereka yang munafiq melakukan tipu daya dengan perbuatan berpura-pura beriman sedang batinnya kafir : berdiri dengan malas, tujuan untuk diperlihatkan, tidak kusyuk mengingati Ellah SWT melainkan sedikit sekali. 

Puasa kamu selama ini bagaimana? Telah kamu saksikan Laylatul'Qadr atau sekadar lapar dan dahaga. Dan apa yang kamu raikan semasa Hari Raya? Raya apa? 

Tahu-kah kamu apa yang hendak kamu bawa balik? Dan sudahkah kamu membuat persiapan terhadapnya? :
1.  Tauhid : >> Laa ila ha ila llah.  
2. Perjanjian setia >> Tahukah kamu apa perjanjian itu? Dah settle ke bab perjanjian setia kamu ini dengan Tuhan kamu atau, kamu sendiri tidak tahu apakah yang perlu di janjikan.
3. Amanah >> amanah sangat besar di sisi Ellah SWT. Maka, adakah kamu benar-benar memegang amanah kamu denganNya atau kamu tidak tahu amanah apa yang perlu kamu pegang?
4. Penyaksian dan Kenyataan - Lafaz Alhamdulillah. Subhanallah > sekadar di bibir atau sudahkah kamu bersaksi dengan nyata? Jika hanya di bibir, maka penyaksian itu adalah bohong dan palsu. Lain di bibir lain di hati jadi munafiq-lah pula. Ingat main-main ka?

4A. Aku Bersaksi - Ar Ra'du 13 : 43 
Aku bersaksi bahawa "tiada tuhan melainkan Dia dan Muhammad itu utusanNya" - dah bersaksi ke dengan nyata tiada tuhan melainkan Dia? dah bersaksi ke Muhammad itu utusanNya atau bersaksi di dalam sifat munafiq yang suka berdusta? 
Apabila orang munafik datang kepadamu wahai Muhammad, mereka berkata: "kami bersaksi (Nash'hadu) bahawa sesungguhnya engkau Rasulu’lillahi." Dan Ellahu mengetahui bahawa engkau adalah Rasuuluhu dan juga bersaksi (Yash'hadu) bahawa sesungguhnya El-Munaafiqiina itu berdusta - Al Munaafiquun 63 : 1 >>> 
Sedangkan mereka yang bersaksi dengan jelas nyata dengan mata di hadapan Rasulullah pun di anggap munafiq dan berdusta inikan kita pula yang tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah. Fikir-fikirkanlah ye macamana penyaksian ini dapat menjadi nyata pada kamu. Maka hati-hati dari terjerumus di dalam golongan mereka yang munafiq dan berdusta di dalam bab "Aku bersaksi!" - ingat main-main ka?

5. Az Zukruf : 43 : 44  Dah settle ke bab ini?
6. Nafi Isbat >> apa yang telah kamu nafi dan apa yang telah kamu isbat? Dah settle ke bab ini?
7. Roh dan Nafas >> apa yang telah kamu bawa pada kesedaran roh dan nafas semasa di dunia? Nak bawa balik roh dan nafas apa? 
Nafas kamu mengikat atau terpisah? Roh kamu berselisih atau bersekutu ketika maut menjemput? Dah persiapkan bab ini ke belum?
Hadith riwayat Abu Hurairah dari Saheh Al-Bukhari Saheh Muslim, Kitab Al-Hadith Al-Anbiya’- Bab Al-Arwah Junud Mujannadah. No. Hadith: 3436
Roh-roh itu ibarat pasukan tentera yang dilengkapi dengan kelengkapan, mana-mana roh yang seangkatan mereka akan bersekutu dan mana-mana yang tidak sekutu mereka akan berselisih.

8. Israa. Baqaa. Liqaa atau kamu israa, baqaa dan liqaa pada hal-hal dunia sahaja. Israa (Fanaa) Baqaa Liqaa (bukan sesat ye! semua ada di dalam Al Quran melainkan kamu hanya hafaz Al Quran tanpa ambil tahu akan maknanya).
Israa >> Al Israa : 1 (Israa dan penyaksian)
Baqaa >> kekal berdiri ruku sujud pada penyaksian yang nyata kerana telah perolehi maqam Al Yakiin - Al Hijr : 99Ellaha wa-yattaq’hi - 24. An Nur : 52
Liqaa'a >> Al Kahfi : 110 dan Yunus : 11 >> Kediaman Al Akhirat yang lebih baik adalah kesedaran Tuhan (yattaquna) - Al An’aam 6 : 32

9.  7 Sifat Maani  >> Kenyataan apa yang akan kamu bawa balik kelak? Sempurnakah wudhu kamu?
10. Tahu-kah kamu apakah syahada para Nabi? >> Al An'aam : 90.

Tahu-kah kamu apa yang hendak kamu jawab di akhirat kelak?
1. Siapa Tuhan kamu? - apa yang hendak kamu jawab dan siapa yang akan menjawab?
2. Siapa imam kamu? > Al Israa : 71  
3. Siapa saksi kamu? > An Nisaa 4 : 41
Dah persiapkan diri ke dengan jawapan? Atau masih blur akan Al Aakhirat??

11. Para malaikat musuh kamu atau awliyaa kamu? Al Baqara : 210 >> Al Anfaal : 12 >> Al-Imraan : 18 & 126 >> Al An'aam : 61 & 93 
Dah fikir ke bab ini sebab yang datang menjemput kamu kelak, jika malaikat itu musuh kamu, kamu akan di rentap dengan rentapan yang mengerikan kerana pertindihan yang amat dasyat itu. Namun, jika malaikat itu awliyaa kamu, mereka akan berlumba-lumba mengangkat mu dengan kelembutan cintaNya >> aahhh alangkah indah dan tenangnya and what a beautiful colllide! 💞💞 💞
Abasa : 38 - 39
Banyak muka pada hari itu berseri, senyum dan gembira 💝💝💝


Tiap diri beramal menurut pembawaan jiwa-nya dan hanya Ellah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui siapa di antara kamu yang betul jalan-nya - Al Israa : 84
Wahai anak-anak murid, biarlah kita di hina dan di katakan sesat kerana tidak ikut mereka yang ramai. Tidak mengapa sesat di dunia kerana ia adalah kehidupan yang sementara sahaja, namun, jangan sesekali kamu sesat di akhirat, kerana itu-lah kediaman kamu selama-lamanya. 

Ahli ibadah, amal mereka untuk berjalan ke syorga kerana takut akan neraka.
Namun, mereka yang Al-Ariff >>> menuju kepada Cinta-Nya yang abadi! 💞💘💘


Tidak gembira jika sunyi dari kelazatan, kerinduan dan cinta. Tidak merasa nikmat kehidupan orang yang tidak mempunyai kerinduan, kelazatan dan cinta yang dia merasa tenang, gembira, seronok dan tenteram dengan-Nya. Dengan AKU hendaklah mereka gembira dan seronok! Subhanallah! Takbir!!!! 💖💖💖


No comments:

Post a Comment

Would love to hear from you. Thank you. Love and Light.